MY TOP 10 WISHLIST'S FROM ALTHEA

7:20 PM

My top 10 wishlist from Althea. Hohohoho! Semua sudah maklum Althea K-Beauty supplier yang berpangkalan di korea. Menjual produk secara online dan juga pada tahun ini mereka telah melancarkan produk mereka sendiri. Tahniah diucapkan kepada mereka. Hari ni Ika hendak senaraikan 10 produk yang Ika suka sangat sama ada pernah cuba dan yang teringin untuk dicuba.




Ika dan cuba Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal X Althea. Bau yang best dan wangi. Satu botol yang Ika ada tidak cukup tau. Santa Althea, Ika nak lagi please!!! Ika dah sembur seluruh badan dan bau rose yang lembut sangat menawan hati Ika untuk jatuh cinta dan jatuh cinta lagi dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal X Althea.


KLAIRS GENTLE BLACK SUGAR POLISH


Pada tahun 2014, Ika pernah cuba Gentle Black Sugar Facial Polish, Ika hanya gunakan seminggu sekali je .Muka memang lincin dan lagi best bau dia ala-ala herba dan buat Ika tertarik. Kalau ada kesempatan lagi. Ika hendak cuba lagi sekali Gentle Black Sugar Facial Polish untuk hilangkan bitnik hitam dan bintik putih di muka ni.

HAIR  REPAIR SERUM

Serum rambut yang bagus pernah Ika guna. Satu botol tahan satu bulan macam tu. Dah la bau yang wangi, yang lagi best rambut Ika bertambah lembut dan tidak kering lagi. I need more Perfect Repair Serum ni. Kalau korang belum pernah cuba, dipersilakan beli. Harga yang ditawarkan Althea sangat murah dan berpatutan. Sudah pasti korang akan jatuh cinta lagi.



Kulit bibir kering dan mengelupas. Ala dah tak cantik kalau guna lipstick jadi Ika nak try Golden Monkey Glamour Lip 3 Step supaya dapat mengembalikan kelembapan bibir Ika. 



Pobling Mini Ion Applicator (Pink) untuk memudahkan nutrition dari skincare meresap masuk ke dalam kulit wajah Ika. Rugi je beli produk mahal-mahal kalau produk tersebut tidak mampu memberikan kebaikan untuk kulit muka. Yang lagi best! Pink you guys! 



Sebut sahaja jenama Etude House. Sudah pasti teringat pelbagai produk dengan packaging yang comel dan cantik. Bubble Tea Sleeping Pack (100g) buat Ika teringat minuman kegemaran Ika Pearl Milk tea Brown Sugar.Ermmm So Ika teruja hendak cuba mask ni hahha


Ika hendakkan bulu mata yang lentik bak bulu mata Rozita Che Wan! Jadi Ika rasa  terkejut bila Etude House mengeluarkan produk melentikkan bulu mata My Lash Serum (9g). Sure la tertarik nak cuba!



Bawah mata Ika yang lebam kerana kurang tidur dan letih bila mengadap computer dalammasa yang panjang perlukan rehat secukupnya. Jadi Ika rasa Petitfee Ruby & Bulgarian Rose Eye Patch (60 Patches) perlu untuk membantu Ika mengurangkan lebam bawah mata.


Mediheal Line Friends Ampoule Mask tertarik Ika dengan packaging yang comel ni. Stock mask Ika dah hamper habis! Ika belum pernah try Mediheal Line Friends Ampoule Mask so bila dengar ramai blogger kata bagus. Sudah pasti Ika hendak cuba kan.

Etude House Play Color Eyes (8g)_Cherry Blossom menampilkan warna soft yang sesuai dengan semua event mahupun pergi kerja. Eyeshadow ini la Idaman kalbu Ika. Sure kena ada satu ni. 

Ini sahaja senarai wishlist Ika tak banyak kan.Sepuluh je Hohoh . Semoga Santa Althea dengar ye!
For more Info Please visit :  Althea Korea





You Might Also Like

1 comments

  1. kite suka la dgn bau bulgarian rose, serius mmg wangi klau mana2 produk yg ada bulgarian rose ni!

    ReplyDelete