COFFEE 45, LOVE LANE, GEORGETOWN, PENANG

11:51 PM

Coffee 45 l Cafe Hunting. Pulau Pinang mungkin kecil tetapi kamu mungkin tidak percaya jika Ika katakan banyak kafe di area Georgetown yang mungkin korang belum menjejak kaki. Jom ikut Ika dan sahabat menerokai lorong Love Lane, Georgetown. Love Lane, terletak disekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO, George Town yang yang menghubungkan Farquhar Street dan Chulia Street. Disaat ini, rumah kedai yang bertahun lamanya telah diubah menjadi asrama bajet, kafe hipster dan bar. Wah lorong Love lane sangat happening di malam hari dengan pelancong melepak disekitar sini. Untuk Kafe hunting kali ini, jom ikut kami bersantai di Coffee 45 di Love Lane, Georgetown, Pulau Pinang.


Lorong Love Lana adalah jalan sehala. Kafe Coffee 45 berada di bahagian kanan korang selepas melepasi tempat meletak kereta awam. Coffee 45 di Love Lane, Georgetown, Pulau Pinang bewarna kuning dan reka bentuk dalam kafe yang ceria.


Kafe Coffee 45 mampu menampung 50 hingga 70 pelanggan dalam satu masa, sesuai untuk meraikan majlis hari jadi atau majlis aniversary kecil-kecilan. Apa yang menariknya semua meja dan kerusi mereka dibuat daripada kayu yang dicat bewarna-warni. Unik betul.


Kafe Coffee 45 di Love Lane, Georgetown, Pulau Pinang beroperasi setiap hari dari 8 pagi sehingga 8 malam. Menawarkan makanan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Mengikut kata pemilik kafe, Ms Jane, Kafe Coffee 45 mereka selalu full house pada waktu pagi, breakfast set mereka laku keras.


Korang boleh melihat di sekitar dinding untuk memesan makanan dan minuman yang ditawarkan. Menarik bukan? 


Pelbagai jenis kopi dan teh korang dapat cuba. Jangan risau korang juga boleh minta normal menu untuk melihat dengan lebih lanjut . Yang lagi best semua makan di dalam menu disertakan gambar. 


Kami bertiga memesan minuman Dark Chocolate Ice Blended, Salted Caramel Latte dan Rose Latte. Tidak disangka, Minuman kami dihidangkan di dalam Cawan berbentuk lensa kamera.


Tudia. Hipster betul kafe ni. Lawa kan cawan dia. Untuk pengetahuan korang, Ika peminat tegar minuman berasakan kopi . Jadi Ika memesan Salted Caramel Latte sejuk - RM10. Serious sedap sangat kopi di kafe ni. Terasa Kopi dibru segar. Korang Kena cuba order taw.


Set sarapan pagi terbaik kegemaran pelancong dan boleh dikatan hot selling breakfast set . American Breakfast Set - RM 11. Hidangan ini mempunyai chicken Ham, 2 Chicken Sausages, 2 Eggs & 2 pieces of Toast Bread.


Untuk peminat durian korang boleh try Durian Smoothie – RM14 yang menggunakan buah durian segar yang di blend bersama ice. 


Untuk makan malam, kami bertiga memilih menu yang berlainan . Jom lihat apa yang kami pilih. Ika memilih Black Pepper Chicken Chop - RM 17. Sos black pepper yang sederhana pedas menepati selera Ika malam ini. 


Sos Salad yang disertakan bersama hidangan ini dibuat sendiri oleh Ms Jane.


Nasi Lemak Chicken Rendang - RM 12 . Coconut Milk Rice or White Rice served with Crispy Anchovies and Peanuts, Egg, Cucumber, Chicken Rendang & Sambal Chili Paste.


Menjadi pilihan JasJas pada malam itu. Ika cuba try chicken rendang. Seriuosly, the best chicken Rendang yang Ika pernah makan. Semua makan ini dimasak oleh pekerja Indonesia Ms Jane yang beragama Islam.


Chicken Bolognese Spaghetti -  RM 14 menjadi pilihan makan malam Jas’s husband. 


JasJas & husband. Terima Kasih kerana menjemput Ika untuk food review kali ini. :D


Harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan adalah berpatutan dan tidak terlalu mahal. Status kafe: Pork Free


Selain itu, terdapat juga pencuci mulut seperti kek dan macaron. Terliur Ika melihat kek pelangi tu. Kek-kek ini dibuat oleh kawan baik Ms Jane yang berbangsa melayu dan beragama Islam.  


Menu kek ini tidak tetap dan mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. 


Ika berkesempatan merasa hot selling kek mereka iaitu Teh Tarik Caramel kek – RM15 . Serious sedap. Terbaik betul. Setiap kek akan dihidangkan bersama 1 scoop ice cream secara percuma. Korang boleh pilih sama ada Vanilla, Chocolate atau Strawberry ice cream. Secara keseluruhan, Ika sangat suka dengan suasana, layanan mesra pemilik kafe dan yang penting makanan dan minuman cukup rasa dan berpatutan. Andai korang berkesempatan datang ke Pulau Pinang. Jangan lupa singgah ke kafe Coffee 45.

Coffee 45
Address : 45, Love Lane, Georgetown, Penang
Business Hours :Monday until Sunday - 8am until 8pm
Facebook: https://www.facebook.com/doubleexposurecafe/

You Might Also Like

0 comments