Tips basic sewaktu memilih kamera pertama

10:00 AM

Kegilaan Ika terhadap dunia photograpy tidak dapat dibendung lagi. Ika gilakan gambar flatlay kualiti yang cantik. Apa itu flat lay?  Gambar yang di ambil daripada atas dan juga pemandangan . Dah lama memendam rasa dan keinginan sama mahu membeli kamera sama ada mirrorless atau DSLR. 



Percaya atau tidak aktivity survey specifikasi kamera sahaja 6 bulan +++  Bukan apa takut tersalah beli sahaja. Banyak review yang dibaca . Malah melihat sendiri testing kamera di youtube terutama channel International blogger . Mereka ini terlebih dahulu mendapat peluang mencuba semua model-model baru yang dipasaran. Percaya atau tidak rata-rata youtuber masih sarankan Sony α6000. Semi-Pro Mirrorless sebagai kamera pertama untuk beginner sehinga hari ini. Sony α6000 . Ini cinta pertama Ika ye.


Tips basic sewaktu memilih kamera pertama

Korang tahu tak? Sony α6000 dikeluarkan pada 12 February 2014. Walaupun 4 tahun berlalu, Sony α6000 terbukti menjadi kamera yang sangat popular. Pada awal tahun 2016, ia dilaporkan sebagai kamera kanta laras yang boleh ditukar serta menjadi mirrorless terlaris sepanjang zaman Sony α6000. Namun kekurangan hanyalah screen tidak boleh flip screen menyebabkan sukar untuk selfie atau vlog. Namun korang boleh beli extra monitor.

Kalau korang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia photographer Ika percaya korang pasti blur-blur tentang kelajuan shutter (shutter speed) aperture, dan ISO kan? Bukan korang je, Ika pun pening masa mula-mula. Mana ada orang mula membaca sebelum belajar A B C kan?  Jadi Ika cadangkan korang belajar tentang shutter speed, aperture, and ISO. Kalau korang ada semangat hendak belajar tidak ada masalah. Tiga sekawan ni penting kalau korang hendak ambik gambar guna mode manual. Tetapi jangan biarkan itu menghalang korang membeli kamera. Buat sementara korang boleh guna Mode Auto. Benda kita boleh belajar. Mau tak mahu sahaja.


Sebagai seorang yang tiada pengalaman dalam bidang photographer ini panduan yang Ika pegang untuk membeli kamera pertama  .Simple dan senang paham . Amaran artikel ini ditulis dari pandangan seorang pembeli dan bukan amateur mahupun  professional photographer.

Tips basic sewaktu memilih kamera pertama saya.

Budjet. Ika tak mahu kupas tentang budjet, semua atas diri sendiri. Dapatkan range budjet yang korang mampu terlebih dahulu sebelum memilih model yang korang kehendaki. Ini untuk mengelakkan korang frust menonggeng bila korang tersuka sesuatu sebelum melihat harganya. Tekadnya Ika nak beli kamera ni, bayangkan phone pecah screen retak seribu pun tak tukar hampir setahun setengah. 


Membeli kamera pertama 
Tujuan membeli kamera. Apa fokus utama korang?  Vlog Tutorial? Gambar? Blogging? Jika blogging bagaimana pula niche korang Travel? Food? Sport? Lifestyle? Beauty? Parenting? Deco? Bila korang dah sapat tujuan utama korang. Buat research banyak-banyak. Baca review international blogger atau youtuber  , seperti yang Ika kata mereka ini terlebih dahulu mendapat peluang mencuba semua model-model baru yang dipasaran.

Megapixel. Lagi tinggi lagi bagus. Mengapixel adalah untuk melihat jelasnya dan sharp object di dalam gambar. Terutama print dalam saiz yang besar seperti poster mampu memberikan hasil yang baik. Rata-rata kamera menawarkan 16.00 megapixel dan keatas. Mungkin korang tidak perasan gambar yang di post di social media nampak sama sahaja tapi ada beza. Kalau korang nak tahu, korang kena zoom .Baru korang tahu kualiti gambar tersebut sama ada masih jelas atau object menjadi kabur. Ika tetapan garis panduan, mahukan 20.00 Megapixel paling kurang pun.

Screen. Semestinya prefer flip screen yang kita boleh melihat sendiri sewaktu selfie. Sangat membantu sewaktu membuat video mahukan selfie. Tidak perlu meminta bantuan orang orang lain tangkap gambar kita sewaktu Tutorial makeup atau travel gitu. Kalau minta bantuan orang awam sewaktu travel, sangat merbahaya kerana kecurian kamera adalah perkara biasa.


Model kamera. Dengan empat point basic ini, Ika dah list kan beberapa model kamera yang menepati citarasa . Kamera yang Ika senaraikan mengikut budjet yang Ika ada dari minimum until maximum budjet. Harga berbeza setiap kedai dan juga online. Jika korang percaya untuk beli secara online, harga lagi murah dari yang Ika senaraikan. Ini harga secara rawak sahaja. Harga tanpa free extra gift adalah lagi murah. Harga yang dijual di kedai kamera biasa lagi murah dari kedai official brand. Tapi kalau beli kedai kamera biasa, waranty masih under setiap brand contoh beli Canon still barang under Canon Malaysia . (itu yang Ika heran nape mahai sangat kalau beli di kedai official brand)

Untuk mirrorless kamera pilihan Ika adalah:
1)    Sony a5100 (24.3MP, YEAR 2014, RM1700+-)
2)    Canon EOS M100 (24.2MP, YEAR 2017, RM1800+-)
3)    Sony a6000 (24.3MP, YEAR 2014, RM2100+-)
4)    Canon EOS M50 (24.1MP, YEAR 2018, RM2750+-)
5)    Fujifilm X-T100 (24MP, YEAR 2018, RM3288+-)

Manakala untuk DSLR kamera pilihan Ika adalah:
1)    Nikon D5300 (24MP, YEAR 2013, RM2800+-)
2)    Nikon D5600 (24MP, YEAR 2016, RM3230+-)
3)    Canon EOS 750D (24MP, YEAR 2015)
4)    Canon EOS 800D (24MP, YEAR 2017)


Kedai. Survey beberapa kedai dulu.  Ika survey guna facebook kerana senang nak bandingkan harga di page fb mereka. Kalau nak walk in sahaja boleh je survey, if korang ada banyak model nak tanya harga, Ika tak rasa mereka nak layan korang. Sekarang banyak je kedai ada page FB siap tulis harga + free gift apa yang korang dapat. Senang je kan nak survey?


Pengalaman membeli kamera.
Boleh kata rezeki Ika juga la. Budjet yang ada kebetulan kena time TAX HOLIDAY + Mid Year Sale. Ika beli time hujung bulan June 2018. Korang bayangkan berapa banyak discount Ika dapat. Memang korang kena ambik kesempatan time TAX Holiday ni.  GST 0%.  Ika terlupa ahad hujung minggu terakhir Mid Year Sale gitu.  Ika turun dari Cameron highland dengan kawan Ika Ms A (bercuti sat) sebelum balik rumah singgah di kedai kamera di Prangin Mall. Berbekalkan 8 model dalam pemikiran Ika, terus kami bagi tau penjual tu, Ika nak pegang dan try 8 model ni.

Tak semua model kamera Ika dapat pegang dan test . Sony a5100, Nikon d5300 (penjual tu kata model lama mereka tak jual sebab focus model baru). Nikon D5600 dan  Canon EOS 750D unit promosi dah habis. Fujifilm X-T100 menawarkan harga asal tanpa promosi. Stress plak Ika di situ L


Kami try pegang Canon Eos M100, Sony a6000. Tak sedap nak pegang. Comel sangat saiznye.  Lagipun jari Ika yang besar ni macam hendakan sesuai yang besar sedikit. Ika try Canon EOS M50 (mirrorless) dan Canon EOS 800D(DSLR) .Ok hat ni macam cun selesa pegang tapi alamak banyak pula fungsi-fungsi yang Ika kena buat research ni. Mixed feeling Ika dekat situ.Canon EOS M50 sewaktu research,  memang tidak banyak lagi review , tips dan trick dari amateur atau professional photographer. Maklumlah baru je keluar bulan March 2018. Jadi macam ragu-ragu walaupun Canon EOS M50 mempunyai kelebihan 4k movie kualiti dan slow motion.  




Dikenali di Malaysia sebagai Canon EOS 800D, (di America sebangai  EOS Rebel T7i dan di Japan EOS Kiss X9i) dilancarkan pada February 2017. Sehingga kini ada lah banyak review try, test, trick yang dikeluarkan oleh amateur mahupun professional photographer. Tambahan pula Canon EOS 800D ada tambahan fungsi iaitu viewfinder.

Sejam juga Ika duk pilih! Cewah macam pilih baju kan >_< Yang menentukan Ika pilih kamera antara dua kamera adalah https://cameradecision.com/compare/Canon-EOS-M50-vs-Canon-EOS-Rebel-T7i . Canon EOS 800D, Ranked #69 out of 1145 in all Cameras dan Canon EOS M50 Ranked #100 out of 1145 in all Cameras. Alang-alang menyeluk pekasam, baik sampai lengan kan. So Ms A bagi pandangan, "Harga perbezaan lebih RmX00 je, kenapa tidak ambik DSLR, sebab dari dulu hang cakap kat aku nk DSLR DSLR DSLR kan ?" Kesimpulannye Ika tutup mata dan cakap penjual tu Ika cakap nak Canon EOS 800D. Harga? Korang google je kalau hendak tahu :P. Ni bagusnya bawa kawan baik time nak beli barang, she will remind you what you wants bila dia tengok hang terkeluar dari landasan disebabkan penjual suggest apa yang dia nak jual instead apa yang hang nak beli.

Kamera pertama saya
Tetapi disebabkan TAX HOLIDAY + Mid Year Sale kami dapat save dalam RM700+++So korang, sempena Tax Holiday ni yang ada seminggu je lagi beli kamera ,handphone atau barang electronic yang korang idamkan. Sementara tengah murah .  Lepas ini no more Tax Holiday dah! Cinta pertama Ika sampai hari ini. Masih diingati iaitu Sony a6000. Walaupun kecil, senang nak masuk dalam beg. Tapi tu la, cinta pertama tidak semestinya dimiliki kan. Berjodoh dengan Canon EOS 800D sekarang. 



Canon EOS 800D yang Ika beli dekat kedai ni termasuk SD 32GB Memory kad, Battery,Tripod, Beg Canon + Cleansing kits . Lepas tu Ika tambah glass filter extra. Yang lagi best. Korang boleh redeem extra battery di laman web canon! Dalam 3 minggu after pendaftaran. Yihahh Ika dah dapat extra battery.



Sehingga hari ni Ika memang tak habis lagi belajar manualnya. Tetapi Setakat ini Alhamdulillah boleh la. Semoga dengan kamera baru ni bertambah la gambar yang cantik-cantik dalam blog ni ye. So anyone yang nak Ika review your product email Ika di ikathequeen@yahoo.com 


You Might Also Like

21 comments

  1. teringin gak nak beli kamera camni tapi rasa mcm lebih kepada kehendak, bukan keperluan.. so pakai camera phone je.. hehe.. amek gambar cantik2 ye lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. teringinnya nak ada camera sendiri. masih mengumpul duit ni walaupun duit tu kumpul je hilang pergi mana entah memang tak disiplin

    ReplyDelete
  3. AM penah cuba canon EOS 800 D.. memang feeling dia best & bila capture gambar pun meletup.. tgh kumpul duit gak nak memiliki kamera sendiri.. insyallah

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi jalan2 terutamanya kalau guna kamera ni memang puas hati. Nak nak DSLR. Kalau ada duit lebih mengapa tidak?....

    ReplyDelete
  5. bagus perkongsian awak mengenai camera . saya pun teringin nak ada camera macam awak . tapi kena saving dulu la . hehe

    ReplyDelete
  6. Cik en bru beli olmpus pen p9.. dh alang2 beli nk yg ok la kan.

    ReplyDelete
  7. Tahniah ika dah beli camera baru. Lia Pun pilih camera atas bnyak faktor juga. Lama juga survey dan pilih yang mana sesuai dengan lia.

    ReplyDelete
  8. Liez berangan nnt nak beli mirrorless utk job blogging tp xth la boleh tercapai kebtak..rs puas klau dpt ambil gambar yg cantik utk job kita kan..

    ReplyDelete
  9. Wahhh camera baru nampaknya. Kalau sy, sy akan pilih sesuatu ikut budget. So far mmg guna relefon je dulu utk ambil. Saya kalau boleb naci surbey A&W

    ReplyDelete
  10. Penting buat survey dan banyak membaca sebelum beli barang yang mahal, maklumlah nanti sesal tak sudah

    ReplyDelete
  11. Emi punya canon eos 650d. Tu pun bukan reti sangat nak guna haha. Plan nanti nak cari camera yg lebih compact.

    ReplyDelete
  12. Memang ada pasang niat untuk memiliki camera sendiri, tpi sekarang cuma mampu untuk ambil gmbar dengan phone.rupanya banyak juga perkara perlu diambil kira untuk memilih dan membeli camera

    ReplyDelete
  13. Penting utk kita buat survey dulu. Selalunya syira beli ikut bajet dan kemampuan. Kalau terlebih bajet tu kadang sebab design dia cantik or byk function menarik

    ReplyDelete
  14. dulu pernah beli DSLR masa belajar. lepas tu rosak. sekarang ni rasa nak beli utk kerja2 blogging. banyak yang kena ambik gambar.

    ReplyDelete
  15. BAnyak benda nak di ambil kira semasa nak beli kamera yang banyak spesifikasi ni kan. Ibu ada kamera di handphone je. Hehe

    ReplyDelete
  16. Saya memang kurang minat nak belajar selok belok kamera ni. Tapi nak beli barang memang bagus survey dulu

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni, husband saya dok gila pasal lens. Bila dah pandai explore max function camera, best la dia.

    ReplyDelete
  18. Ms mula2 nk beli mmg konpius mana nknpilih.. asal nk ambk A5100.. bl gi kedai..tgk olympus lg bgus.. sbb pk nk beli better cri yg berbaloi2 kn.

    ReplyDelete
  19. Camera merupakan alat dokumentasi yang wajib dalam tiap lakukan trip. Artikelx penting bangat dan sangat membantu bagaimana cara memilih kamera yang cocok untuk peruntukannya. Tq sharenya yah

    ReplyDelete
  20. Buat masa skrg ni kak guna hphone jer..haaa..xreti nk guna camera gitu...pegang lglah terkial2, sebagai Fotographer ekoklah Ada camera.

    ReplyDelete
  21. bagus atas perkongsian article macam ni. mudah untuk orang buat rujukan sebelum beli kamera peribadi sendiri.

    ReplyDelete