Planner for blogger

10:53 PM

Custom Planner I Planner 2019. Mari Ika perkenalkan Custom Planner 2019 yang terbaru. Special ni taw. Kenapa awal sangat order? Sebenarnya dari tahun lepas lagi Ika mahukan custom planner. Planner yang sesuai untuk seorang blogger. Namun pada waktu itu, kebanyakkan penjual sudah tutup order dan yang available pun hanya boleh custom made cover sahaja. So tahun Ini, Ika cepat-cepat order sebelum hujung tahun. Ika mahukan kelainan pada planner kali ini. Ika membuat keputusan untuk membuat planner yang khusus untuk blog, aka “Blogger Planner”. Macam mana tu Blogger Planner?


Sebelum Ika explain lebih lanjut meh kita lihat planner yang Ika tempah dari @comelydesignplanner . Comelkan pembalut planner Ika ni. Kita rasa macam terima hadiah je ni! Eh kenapa ComelyBoxes? @comelyboxes dan @comelydesignplanner adalah owner yang sama, yang membezakan @comelybboxes untuk order box dan @comelydesignplanner untuk jual planner dan notebook.


Untuk pengetahuan korang, rata-rata seller yang claim boleh custommade planner hanya benarkan customer customize cover sahaja. Apa yang buat Ika tergerak hati nak order dengan @comelydesignplanner adalah kita boleh design sendiri "inlay / design dalaman/ isi planner" secara keseluruhan. Selain itu, owner dia sangat peramah dan melayan je kehendak merepek Ika ni. Tak pernah dibuatnya orang order Blogger Planner, Nadia (@comelydesignplanner) ikut kan je permintaan Ika ni. Dia cuba sebaik mungkin merealisasikan kehendak Ika. 

I have no plan, and no plan to plan
Cover. Cover hadapan planner yang keras (hardcover) korang boleh custom sendiri design mahupun pilih design yang sedia ada. Ika pilih design yang sedia ada. Yang ready made pun dah cantik sangat dah. Kalau mahukan design sendiri pastikan gambar dengan resolusi tinggi kalau tak mahu gambar pecah bila di print. Korang boleh pilih dua jenis kulit sama ada matte laminate ataupun glossy. Pilihan Ika , Matte Laminate.


Inlay design. Bahagian dalaman planner ini yang terbaik. Ika sendiri design. Cewah berbakat juga aku ini ye :P . Copyright reserved by Ika Sani. Sebenarnya korang boleh mix and match mana-mana inlay yang sedia ada. Kalau korang ada idea tapi tak tahu design, korang draft je idea korang pastu tunjuk kepada Nadia. 


Tak mungkin ku lupakan header blog Ika. Instead as a cover planner, I do as separator inside.


Calender tahunan ni ,memang Ika gunakan yang sedia ada design . Senang hendak rancang cuti tahunan. Sejak bekerja ni, cuti pun Ika dah tak ingat bila hohoho.


Bill tracker under Finance Inlay .Korang boleh buat keputusan untuk masukkan atau tidak.


Debt payment tracker pun sama under Finance Inlay .Ika masukkan senang hendak track expenses yang Ika gunakan hasil dari duit blogging.


Layout Bulanan. Kalau ada event-event penting ke senang je. Tulis situ. Mana tahu, tahun hadapan rezeki lebih melimpah- ruah.


Blog Ika kan niche beauty, lifestyle dan food kan. So untuk beauty, Ika ada 30 days mask challenge setiap bulan. Bukan memain challenge ni. Ika serious ye. Kata nak kulit flawless :D


Nampak tak betapa banyaknya mask yang Ika beli hohoho. Erm erm sesiapa hendak sponsor mask, email me ikathequeen@yahoo.com


Yang ni Ika tak fikir untuk tulis apa lagi hahah. Yang bahagian bawah kanan tu untuk tick berapa gelas kita minum air sehari.



Ini separator or divider. Setiap 3 bulan akan ada Quote ni. Quote ni Ika pilih sendiri, korang google je, gambar kamera ni sure le google :P, rearrange I do by myself :P Kan Ika dah kata, Ika berbakat orang nye :P


Kalau korang peminat cerita Korea, korang pasti tahu Quote ni dari drama mana. Yup betul dari drama Mr Sunshine. :D  Quote ni bermain di fikiran Ika so Ika realisasikan sebagai separator planner hoho.


Entah bila nak jadi BFF travel trip dengan Ms A. Buat semangat sikit menabung hahah. Untuk pengetahuan korang, Inlay design adalah hitam putih sahaja tanpa warna. Hanya separator sahaja akan bewarna. Kerana fokus utama @comelydesignplanner untuk bagikan korang custom planner harga yang mampu milik dan murah berpatutan la ye. Namun kalau korang mahukan semua bewarna dari depan sampai belakang tiada masalah, pastikan korang minta sebut harga dahulu dari Nadia.


Gift Review. Ni la inlay untuk blogger planner. Ika design dua jenis satu untuk gift review dan pay review. Untuk gift review simple sahaja. Usually gift review ni T&C  tidak terlalu banyak. Idea untuk menulis bebas .Yang pasti point-point penting kena ada. Korang boleh Zoom untuk melihat detail inlay.


Pay review. Untuk Pay review, selalunya T&C lebih detail. Jadi Ika peruntukkan ruangan draft Idea yang lebih luas. Client requirement pun kena tulis, takut lupa nanti. Nanti semasa hendak menulis senang. Boleh refer semula. Zoom kalau hendak lihat lebih jelas.


Selain planner, korang boleh order normal notebook mahupun student notebook. Untuk planner harga bermula RM45.


Planner Ika lebih kurang 200pages+. Tebalkan? Berbaloi Ika rasa beli. Untuk custom planner yang Ika order ni harga RM70 kerana Ika banyak menggunakan print bewarna. Kalau korang hendak Inlay semua hitam putih mungkin harga lebih murah.  Jangan segan jangan malu, kalau korang ada budjet tertentu , bagi tahu Nadia nanti dia kan consult dengan korang. Ika design dan berbincang dengan Nadia ambil masa 3-4 hari. Lepas tu process printing 1 minggu, received parcel selepas 3 hari. Keseluruhan process ambil masa lebih kurang 2 minggu sahaja untuk planner Ika sampai. Yipieee 


So tak perlu tunggu lama-lama. Jangan order last minit nanti keempunan guna new planner pada 01.01.2019 . Untuk maklumat lanjut layari


Whatsapp: +6011 549 149 36




You Might Also Like

26 comments

  1. Cantiknya.. Kreatif awak design, memang first time dengar blogger planner hehe

    ReplyDelete
  2. Eh seriously not bad la harga macam tu je boleh design semua sendiri. Yani memang dok pakai planner ni, next year boleh order.

    ReplyDelete
  3. cantik la planner.. dah lama cari planner tapi selagi tak jumpa yang betul2 sesuai rasa mcm tak berbaloi beli but this one serious cantik giler!!! ^^ since we're going 2019 soon, dah boleh dah ready nak buat satu XD

    ReplyDelete
  4. Cantiknya planner Ika nie. Rawlins macam nak plak beli satu tapi ada satu masalah - Rawlins lebih banyak bergantung pada my phone berbanding planner. Haha

    ReplyDelete
  5. Planner ni sangat penting kan especially for us yang banyak deadlines and posting nak kena kejar! comel2 je inlay Ika punya ni. RM70 is worth value for money. Nak comparekan dengan satu local brand yang jual planner sampai beratus, dalamnya tak terlalu terperinci macam planner ika beli ni. Nice one!

    ReplyDelete
  6. wahh cantik buku planner ni..buka untuk tempahan ka bg tahun hadapan..menarikk

    ReplyDelete
  7. Bagus Ika siap ada planner. I jarang dapat invite pergi event dan paid review so tak payah yg special camni. I bet this is useful for bloggers who are hot selling. lol..

    ReplyDelete
  8. Perghh! Lawa gila. Serious tak tipu. Boleh buat nie untuk tahun depan. Senang sikit kan

    ReplyDelete
  9. menariknya! kreatif sangat. saya pun suka beli planner.. tp masalahnya tak berapa nk istiqamah. haha selalu semangat awal2 tahun je. hujung2 tahun planner jadi krik2. btw terima kasih share ttg ni! <3

    ReplyDelete
  10. bestnya ada planner khas utk blogger mcm ni. rasanya dah boleh tempah planner untuk 2019 ni.harga pun berbaloi.lagi semangat nak blog lepas ni

    ReplyDelete
  11. Ada planner yang cantik macam ni buat kita jadi lebih bersemangat nak merancang masa dan lain lain kan. Semangat juga tu

    ReplyDelete
  12. Wah menarik. Akk mmg suka planner mcm ni☺️ Bolehla daptlan nanti masa awal tahun. Suka planner Sbb nmpk kehidupan kita terancang sikit

    ReplyDelete
  13. Wow... creative nih. Desain yang di tampilkan di gambarnya tuh cantik cantik semua.

    ReplyDelete
  14. A planner is super useful! Perhaps I should start owning one, since I'm always mixing up dates, need to be more organize now hehe

    ReplyDelete
  15. Smart gilan planner macam ni..tp leceh gak nak pilih satu per satu..apa kata Ika jadi consultant utk blogger buat planner macam ni?

    ReplyDelete
  16. wah bagus yer Ika, awal betul sediakan planner. Tak ready lagi nak tinggalkan 2018 ni. Thanks sharing kat mana nak tempah planner yang cantik dan lengkap ni.

    ReplyDelete
  17. Planner tahun baru dah keluar ya. Bagus tu, sebab boleh fikir dan rancang apa matlamat nak di capai tahun depan

    ReplyDelete
  18. Tiap kali tukar tahun nak masuk tahun baru mesti akan cari dulu planner dan kalender kan. Sebab banyak guna. Biasa kalau kerja pejabat ada bagi

    ReplyDelete
  19. cantiknya! nak beli jugaklah!

    ReplyDelete
  20. Buatan tangan sendiri ya kak? Heheehe cantik kali itu. ๐Ÿ˜Š Salam saya dari negera tetangga..

    Visit juga diblog saya yak https://langitsenjaku13.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. Haaa...kak take pernah buat planner, to npknya kena buat jgk..๐Ÿ˜€cantik design ya Dan kak suka tgk

    ReplyDelete
  22. Interesting nya blogger planner tu! Nanti kalau boleh i pun nak beli jugak la. hehe

    ReplyDelete
  23. Kak liez jenis hangat2 tahi ayam klau bab planner ni.. pernah beli harga mahal tapi last sekali xguna dan hilang xth letak mn.. so skrg just pakai buku biasa je

    ReplyDelete
  24. Aida google and landed here, tentang planner. Aida nak yg simple :-)
    Yours are sgt comprehensive. Sgt bagus! Tebal plak tu hi hi...

    ReplyDelete
  25. Oh gosh, perfect-looking planner! I really like your design - kemas, kreatif & komprehensif. Walaupun dah ada mcm2 software/apps - akak tetap prefer tulis dlm planner. :D

    ReplyDelete