Pembersih Solekan kalis air dengan Imaan Premium Wet Tissue dan Suci Facial Wipes

5:30 PM

Pembersih Solekan kalis airMemakai alat solek atau pun makeup merupakan rutin harian untuk wanita yang bekerjaya. Seharusnya makeup yang diletakkan dimuka adalah yang selamat dan bebas bahan kimia yang berbahaya. Sebab itu, hampir kebanyakkan wanita tidak kisah melaburkan setiap bulan untuk membeli alat solek yang berjenama. Sebut sahaja jenama M, jenama E jenama N. Sudah pasti ada diatas meja. Tidak terkecuali juga Ika. Namun adakah korang menitik beratkan process mencuci kulit wajah setelah 8-10 jam menggunakan alat solek? Ramai yang hanya mencuci menggunakan pencuci muka sahaja. Tahukah korang pencuci muka sahaja tidak mencukupi.


Sebab itu, kita digalakkan menggunakan makeup remover. Ini untuk menyelamatkan kulit korang dari pori-pori tersumbat. Masalah pori-pori tersumbat boleh mengakibatkan keradangan atau jangkitan yang tidak diingini. Malah jika tidak dibersihkan dengan betul sisa-sisa makeup boleh menyebabkan jerawat naik bak cendawan tumbuh di muka. Takutnya Ika!


Mari Ika perkenalkan Imaan Premium Wet Tissue dan Imaan Suci Facial Wipes. Merupakan makeup remover dalam bentuk wipe tissue. 


Packaging yang cantik dan design rama-rama sangat memikat hati Ika. So sweet. Setiap satu pek ada 10 tissue. Cara penggunaan, buka sticker dan tarik sehelai wet tisu. Kemudian tutup semula sticker tersebut. Ini untuk mengelakkan wet tissue Imaan kering.


Kegunaan Imaan Premium Wet Tissue (Pink) - RM8
Untuk kulit kering.
Sehelai tisu cukup untuk menanggalkan solekan seluruh wajah.
Mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E bagi melembap dan melindungi kulit muka. Dinamakan sebagai Premium kerana ada bahan tambahan "Argan oil" berbanding Imaan Suci Facial Wipes(Blue).
Dermatologically Tested, Formaldehyde Free, Paraben Free, Alcohol free.


Kegunaan Imaan Suci Facial Wipes(Blue) - RM6
Sesuai untuk kulit berminyak
Fungsi Pembersih Wajah
Fungsi pembersih solekan (deep cleansing)
Formula Aloe Vera & Vitamin E
Tambahan Formula Minyak Argan
Membersih dan menyegar
Membersih dan melembap


Permukaan 3D Honeycomb menggandakan kuasa menanggal makeup walaupun waterproof makeup :D. Pengalaman Ika menggunakan kedua-dua. Sudah semestinya Ika sukakannya. Disebabkan kulit muka Ika adalah jenis kombinasi. Kedua-dua sangat serasi dengan Ika. Kalau tiba waktu solat, hanya lap je muka untuk remove makeup sebelum mengambil wuduk. Tak renyah pun. Haaaa! hampa tengok, bukti setelah wipe muka Ika dengan wet tissue dari Imaan. Habis keluar semua nya. Terutama makeup yang waterproof. Selain itu, Imaan wet tissue senang dibawah, dan sedia digunakan dimana sahaja. Letak sahaja di dalam beg tangan, ringan pula tu. 


Tadaaa! Muka Ika sekarang bersih dari sisa-sisa makeup. Nampak fresh kan? So lepas ni . Kalau guna makeup kalis air pun tiada masalah. Imaan wet tissue kan ada. Ok, selain Imaan Premium Wet Tissue dan Imaan Suci Facial Wipes, Imaan juga mengeluarkan dua lagi wet tissue. Imaan Family Wipes dan Imaan Feminine Wipes.


Imaan Family Wipes. Tisu untuk seisi keluarga. Kena ada di dalam handbeg Ika. 

Kegunaan Family Wipes - RM6
Menjaga kebersihan seisi keluarga
Kegunaan semasa anak-anak makan, menyusu, menukar lampin, muntah dan lain-lain.
Kegunaan aktiviti keluarga di luar rumah (travel)
Membersihkan dan menyegarkan kulit (peluh,daki)
Menghilangkan bau badan (bertindak sebagai deodorant)
Membersihkan peralatan mainan kanak-kanak, perabot dan lain-lain
Kegunaan orang sakit, orang kurang upaya
Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan

Cara Penggunaan. Lapkan tisu lembab di sekitar kulit di bahagian wajah dan tubuh. 

Jika sibuk di pejabat dan tiada masa untuk makan. Ika akan alas perut dulu dengan makan coklate mahupun biskut semasa di office. Jadi Ika gunakan Imaan Family Wipes untuk lap jari-jemari Ika. Bersih betul, tiada kesan melekit pun. Banyak kegunaannya bukan kepada orang dewasa, guna untuk lap dikulit kanak-kanak pun boleh. Multipurpose betul. 



Imaan Feminine Wipes merupakan tisu lembab untuk zon intim wanita dengan 3 fungsi utama iaitu 3M (Membersih, Menyegar, Melindungi miss V). Yang paling penting mampu melindungi miss V dari fungal, bakteria, dan keradangan. Sukatan PH seimbang (3.5 - 4.5) dan penting wangi sekali!  

Di formulasi dengan pati mawar dan ekstrak daun sireh. Pati mawar juga bertindak sebagai penyeimbang PH dan memberi rasa nyaman dan sejuk pada kulit. Manakala Extract Daun Sireh merupakan sumber asli yang mengandungi anti septik mematikan kuman dan antioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat. Berkhasiat mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman. 

Cara Penggunaan : Hanya lap di kawasan intim wanita. Untuk kegunaan luaran sahaja. Selamat digunakan tanpa Alkohol. Penyelamat Ika di kala Toilet tiada air. 

Kelebihan Imaan Feminine Wipes - RM6
Solat tanpa was-was
Tiada bau keputihan
Aman ketika haid
Segar dan yakin
PH seimbang
Tiada masalah gatal
Memudahkan pergi travel

Berminat dengan produk-produk dari Imaan? Korang boleh dapatkan di


p/s: cepat-cepat jangan lambat-lambat


You Might Also Like

0 comments