HARRISTON Signature Coklat Malaysia

11:12 PM

Seperti yang diperkatakan, ramai wanita mahupun lelaki yang baik telah menjadi milik orang. Apatah lagi yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang tinggi, berkulit gelap dan kacak . Aihhh! Rasa susah hati? Jangan bimbang, bersyukurlah masih ada Harriston untuk menenangkan hati korang yang berduka lara tu.  Sememangnya berkulit gelap dan  kacak walaupun tidak tinggi sob sob sob :P.  Harriston adalah jenama coklat tempatan yang mempunyai pelbagai pilihan dari dark coklat ke white coklat dengan pelbagai perisa yang menarik.

Harriston Signature Outlet, Penang
Cinta menuntut kesetiaan, sementara coklat membuat korang bebas. Bebas memilih seberapa perisa yang korang inginkan. Malahan coklat juga salah satu cara menenangkan mood korang yang suka berubah-rubah itu. Oleh itu, Ika berkesempatan melawat Harriston Signature Outlet di Penang. Kalau datang hujung minggu harap maklum parking penuh sangat. Jom kita lihat apa yang menariknya sehingga menjadi salah satu tempat yang wajib dikunjung malahan dipenuhi dengan pelancong saban hari tahu.



Harriston adalah jenama tempatan yang ditubuhkan oleh keluarga pembuat coklat berdedikasi yang memiliki Harriston Signature, Harriston Boutique dan Harriston Artisan. Ditubuhkan oleh SC Teng pada tahun 2005, seorang lelaki yang suka coklat sejak dia masih kanak-kanak dan membayangkan sebuah emporium coklat terkenal di dunia, Harriston kini dipuji sebagai salah satu pembuat coklat terbesar di dunia dan rangkaian runcit dengan 5 kedai utama di lokasi strategik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang, telah berkhidmat lebih daripada 4 juta pelanggan dari lebih 80 buah negara di seluruh dunia. Ada juga penerangan di sekitar dinding tentang bagaimana coklat di buat. Ambil masa korang untuk membaca ye!



Harriston coklat dibuat berdasarkan 100% mentega koko tulen dan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti dalam mematuhi ISO 9001, keperluan pensijilan HALAL, kawalan kualiti yang ketat dan piawaian kebersihan antarabangsa. Untuk memastikan pelbagai produk, kesegaran dan ketersediaan stok di semua kedai Harriston mengutamakan putaran stok serta pengurusan inventori dan barangan yang cekap.




Di Harriston, mereka menawarkan lebih daripada 300 jenis, dari coklat putih dan gelap kepada coklat Tiramisu klasik, buah coklat tropika eksotik dan coklat herba yang unik seperti Malaysia coklat durian dan coklat Tongkat Ali hingga coklat bebas gula untuk pencinta coklat yang mementingkan kesihatan.



Rasa dahaga? Boleh cuba minuman Cocoa yang percuma. Kalau rasa puas hati baru beli. Bukan sahaja minuman Cocoa je korang boleh cuba. Hampir kesemua coklat korang boleh rasa. Rasa bekenan di hati. Grab je satu tahu.



Antara jenis coklat yang diadun dengan bahan-bahan tempatan seperti nenas,betik, biji kopi, kari, halia dan cili. Nampak unik kan? Rasanya bagaimana? Ada yang sesuai dengan citarasa mulut Ika. Excited Ika mencuba kesemuanya. 



Hoho. Percaya atau tidak Ika sukakan perisa kari :D



Kalau coklat perisa durian selalu dengar kan. Pernah cuba tak isi durian ditengah dibalut dengan coklat? Belum lagi kan? Sebab itu Harisston berperisa Durian yang exclusive menjadi rebutan para pelancong. Mereka menggunakan isi Durian D24. Jangka hayat hanya bertahan 3 bulan dari tarikh coklat di bungkus.  



Sedap oii! Sekarang kan musim durian!



Untuk syarikat-syarikat yang ingin menjadi Harriston sebagai cenderahati sewaktu majlis boleh berbuat begitu kerana pembungkusan yang direka secara estetik dan bijak, beberapa di antaranya diilhamkan oleh budaya dan warisan Malaysia menjadikan Harriston sungguh exclusive sesuai untuk majlis-majlis rasmi.



Pelbagai coklat untuk dipilih. Sejam berada di sini tidak cukup ye.



Macam hendak makan semua coklat dalam bakul je ni!



Susah hendak buat pilihan la



Seronok tak,  jika korang boleh menghadiri Harriston DIY Workshop .Workshop ini Khusus untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas. Rasai pengalaman yang menyeronokan menghasilkan coklat sendiri. 




Ada rupa kucing tak? >_<





Apa yang lebih menarik korang boleh membawa pulang coklat buatan tangan anda sendiri. Yuran hanya RM35 seorang, termasuk bahan, kit coklat Harriston DIY, apron dan sijil. Murah sangat berbanding dengan 4 jenis pembuatan coklat yang korang boleh buat dalam temph 1 Jam.



HARRISTON SIGNATURE

Address: 68, Jalan Kelawei, 10250,
Georgetown, Penang,
Malaysia

Tel: +604 226 1626 / +604 226 2306
Operation Hours: 9am-6pm daily



You Might Also Like

18 comments

  1. cantik box coklat tu. Bestnya..,kalo dapat gift mcm ni..ermm...confirm tamau bukak sampai bebila.Ehehehe.. bestlah coklat tu..,ada pelbagai perasa..nenas memang tak pernah lagi rasa.Macam mana lah agaknya dalam coklat bergabung..

    ReplyDelete
  2. Alamak boleh terbayang masa walk to this place smells that lovely delicious aroma of cohoclate. Whoa!!! ada banyak jenis pulak tu.

    ReplyDelete
  3. I love chocolate.. especially harriston signature.. can't resist.. so nice.. so yummy!

    ReplyDelete
  4. wahhhh coklat dia nampak ekslusif dan sedapppp

    ReplyDelete
  5. Alahai..telan air liur akak..dah la akak penggemar choc...sure sedap ni...macam pernah ternampak la choc jenama ni tapi tak ingat kat mana..

    ReplyDelete
  6. sis dah pernah makan choc ni, memang sedap, macam2 perasa ada. Rasa durian tu..fuhhh sedappp

    ReplyDelete
  7. wowww ayat berbunga-bunga... tp cerita pasal coklat hahaha... Kita bukan pengemar coklat.. Tapi bila nampak durian... itu buat diri ini macam nak rasa je....

    ReplyDelete
  8. Omg! Bestnya HARRISTON Signature ni! Banyak pilihan plus packaging dia mostly cantik-cantik! Onie pun pencinta coklat ❤

    ReplyDelete
  9. Bestnya siap boleh hias2 coklat. First time dgr coklat perisa kari. Agak2 mcm mna lah rasa dia erk. Nanti nk cuba jugak

    ReplyDelete
  10. best nya dpt blj buat coklat..😋😊🤗 sy follow awk..

    ReplyDelete
  11. banyak ya coklat. memang happy to have them all. The Durian one looks very interesting la.

    ReplyDelete
  12. ya ampun mmg kita pernah makan coklat kat sini mmg sedap giler. coklat dia natural sedap sebab tu takde bahan pengawet. plg suka yang versi durian sedap nak mateyyy

    ReplyDelete
  13. Wow.. ada coklat, bagi dong heheee. Aman nih karena ada sertifikat halal. Per box pun harga terjangkau. Cocok buat hadiah ulang tahun teman

    ReplyDelete
  14. Sedapnya coklat.. terliur tengok semua coklat yang ada. Klu stress, memang coklat la yang dicari-cari. Actually, first time tahu pasal brand ni asal dari malaysia. Next time nak try beli dan rasa

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya. Penang pun ada tempat melawat Coklat dan buat aktiviti. Tak pernah terfikir nak pergi tempat Coklat di Penang. Sebab duk mencari makanan lain di sana. Hahaha. Nasi kadar, cendol, pasembor dan lain-lain. Hahaha. Tq for this blogpost. Good info. Hehe

    ReplyDelete
  16. cantiknya kedai! saya mgm hantu coklat :)

    btw singgah & follow

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  17. Best nyer dapat visit to kilang chocolate, I love love love durian chocolate, sedap giller.

    ReplyDelete
  18. Best tau choc durian tu.. kak liez bwk balik sekejap je mmg habis.. anak kak liez enjoy choclate workshop tu..siap request nak peegi lagi

    ReplyDelete