Ramadhan Buffet 2018 Di Vistana Hotel Penang

5:21 PM

RAMADHAN BUFFET 2018 . Bulan Ramadhan Al Mubarak telah tiba. Korang sudah ke survey hotel-hotel yang menawarkan Buffet Ramadhan? Jika belum, jom baca pengalaman Ika menghadiri majlis pelancaran Ramadhan Buffet 2018 di Vistana Hotel Penang.

Ramadhan Buffet , Vistana Hotel Penang
Untuk maklumat korang, Vistana Penang  terletak di sekitar Bukit Jambul, Pulau Pinang berhampiran Bayan Baru dan berdekatan dengan persekitaran perniagaan dan rekreasi. Sempena Ramadhan tahun ini, Vistana Penang mempamerkan hidangan buffet istimewa dengan tema 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan . Ramadhan Buffet kali ini bertempat di Grand Ballroom Vistana Hotel Bukit Jambul.



Tempat pengambilan makanan sangat luas di sepanjang koridor diluar Grand Ballroom. Pelbagai warung makanan diwujudkan supaya pelanggan mereka dapat mengambil makanan dengan lebih selesa. Kiri dan kanan penuh dengan pelbagai hidangan makanan. Teruja Ika melihat susun atur yang disediakan oleh pihak Vistana Hotel Penang.



Antara stesen makan yang disediakan seperti Nasi Kerabu, Warung Asam Laksa, Warung Sup dan Bubur Lambuk, Warung Bubur,Warung Young Tau Foo, Warung Ice Kacang, Warung Satay dan lain-lain. Dengar sahaja sudah teruja bukan? Sebab itu korang kena datang dan lihat sendiri makanan bertemakan 101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan.


Aneka Kerabu

Ulam-ulaman
Vistana Hotel menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman antaranya Ulam Raja, Jantung Pisang, Daun Pegaga dan Petai sedap ni kalau cicah dengan Sambal belacan. Selain itu ada juga Sambal Mangga, Cencaluk,Budu, Tempoyak dan Sambal Hitam. Hendak lagi umphhh, makan nasi putih panas-panas dengan Ikan Pekasam atau Ikan kering cicah sambal belacan. Sedap.

Menu Hidangan Utama

Nasi Kerabu
Warung Nasi kerabu. Korang kena cuba. Sedap seperti nasi kerabu yang korang beli di Kelantan .


Ikan Keli Bakar dan Ayam Panggang Percik



Gulai Lemak Talang Masin, Asin Asin Labu Masak Lemak, Ayam Masak Merah dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih sedap ni.


Aneka sayur . Sambal Tempe Ikan Bilis, Kacang Goreng Buncis Dengan Chili,  Siew Pak Choy Dengan Kulit Tauhu Dan Sos Cendawan Enoki, Kailan Goreng Belacan  Dan Pajeri Terung Ala Kampong.


Warung BBQ kambing dan Satay. Kena beratur tahu. Panjang sangat tetamu yang sukakan BBQ kambing dan Satay. Makan dengan nasi briyani, memang sangat lazat.Kuah kacang satay pun pekat dan likat. Chef pun cepat sahaja buat kerja :D Walaupun panjang beratur, Ika tak perlu tunggu lama. 

Asam Laksa 
Warung Asam Laksa, sangat sedap, kuah yang pekat dan padat dengan Ikan membuatkan Asam Laksa dari Vistana Hotel Kegemaran Ika. Dua kali juga Ika repeat makan.

Young Tau Foo


Warung Murtabak. Order sahaja nanti Chef akan buatkan. Makan panas-panas dengan halwa bawang.

Warung minuman sejuk dan panas
Ika cadangkan korang mencuba Nescafe Tarik dan Teh Tarik. Bukan sahaja sedap tapi terus hatiku tertarik.

Pencuci Mulut

Ais Kacang


Pelbagai Jenis Bubur yang sedap, antaranya Bubur Pulut Hitam, Bubur Mutiara dan Bubur Kacang Hijau.Jeruk dan buah-buahan tempatan. 

Kuih-muih


Kalau bawa Nenak, Emak, makcik atau ayah datang sini pasti mereka sangat gembira dapat merasa pelbagai jenis kuih-muih tradisi.

Agar-Agar
Menarik bukan menu berbuka puasa di Vistana Hotel, Penang ? Apa lagi cepat –cepat buat tempahan .Lagi pun Vistana antara hotel terdekat dengan kawasan kilang perindustrian Bayan Lepas. Lepas kerja boleh datang terus ke sini untuk berbuka. Disediakan juga tempat letak parking yang luas dan selesa untuk kemudahan tetamu.



Vistana Hotel Penang
Tema 
101 Resepi Penuh Tradisi Tok Wan

Masa: 7.00 malam - 10.00 malam
Tarikh : 16 Mei 2018 - 13 Jun 2018
Tempat: Grand Ballroom, Vistana Hotel Bukit Jambul Penang


Harga
RM70.00 nett (Dewasa)
RM30.00 nett (Kanak-kanak)


***** 
 Vistana Hotel Penang is offering early birds promotion RM60 nett for adult . Please call 04-646 8000 for more details.

You Might Also Like

18 comments

  1. Byk stesen2 warung tu. .Fav nasi kerabu.. Asam laksa tu pn ..Bila pi buffet ramadhan pasti rambang mata mana nk mkn kn. .selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. sebenarnya kan menu macam ni lah pembangkit selera waktu bulan puasa sebab tekak rasa nak makan yg sedap. dengan status hotel yang mcm ni harga pun okay sangat

    ReplyDelete
  3. wahhh siap ada nasi kerabu lah. dah macam kat Terengganu dah. tapi napelah jauh sangat penang tu. kalau dekat bolehlah plan pergi bawak budak ofis. btw tq tau share dan selamat berpuasa. 😍

    ReplyDelete
  4. Sedapnya tgk menu2 yg ada... Kalau kita dh rambang mata da nk pilih mana.. Nak kaut je semua rasanya. Hahaha.. Mcm2 menu ada kan.. Nasi kerabu, murtabak, ais kacang, laksa penang xleh miss.. Hihi.. Tgk blogger lain review pon kata sedap...

    ReplyDelete
  5. Macam nampak muka Arz Moha je dalam gmabar kat atas tu..hahaha...apapun menarik betul semua masakan kat situ, kalau akak benda pertama akak terjah selain kambing panggang akan akan terjah juga asam laksa...sedapnya...kalau pi buffet ni masalah utama cuma x tau nak makan yang mana satu...

    ReplyDelete
  6. Jauhnya nak pergi..hehehe. Untunglah orang Penang ekk. Sekarang ni kat mana2 hotel dh buat buffet ramadhan ni..antara sempat dan tak je nak pergi..and budget..hehehe

    ReplyDelete
  7. Murah la rm70.. 1st makanan yg liez akan cr tu asam laksa.. mmg fav.. then mknan lain pun nampak tempting jr

    ReplyDelete
  8. menarik sungguh juadah yg disediakan, ada kuih muih Melayu, ada nasi kerabu...ahhh my favourite sangat..kalau dekat mau cheq pi terjah bulan posa ni ..

    ReplyDelete
  9. Menariknya harga dia - takde la mahal sangat kan. Rawlins kalau pergi hotel mesti pergi ke arah desserts dulu - tu tengok kuih muih tradisi terus pecah liur. haha

    ReplyDelete
  10. Mana mana buffet ramadhan mesti ada kambing..memang kira menu wajib patut ada kalau ada buffet ramadhan nih kan. Makanan lain oun nampak menarik dan menyelerakan. Nasib baik jauh nun di penang

    ReplyDelete
  11. Nasi kerabu dan asam laksa yang konfem jadi pilihan eiza jika eiza berbuka kat Vistana. Harga buffet pun taklah mahal sangat. Thanks for the sharing.

    ReplyDelete
  12. wowww nasi kerabu dia..... Siap ada pelbagai menu lagi... Cuma xnampak menu yang berat-berat... So boleh la rasa kesemua menu yang ada di sini

    ReplyDelete
  13. Alahai, rindunya la haaaa penang ni haaa.. harga okay la dan pilihan makanan pun banyakkan.

    ReplyDelete
  14. Vistana Hotel antara Ramadan Buffet yang harga murah dah berpatutan. Pilihan makanan memang menarik dan menyelerakan. Semua bertemakan hidangan tradisi melayu yang dulu.

    ReplyDelete
  15. I have always loved having a good kampung infused meal. The nasi kerabu has a beautiful blue, would love to have this again

    ReplyDelete
  16. Oh I love this kind of buffet, ramadan is one of my favorite months because of all the good food.The lamb and nasi kerabu looks really good.

    ReplyDelete
  17. Eh, not bad lah dengan menu banyak macam tu harga dalam RM70 je. Memang tengah cari lokasi nak bawa parent berbuka nanti ke sana.

    ReplyDelete