Ramadhan Buffet 2018 Di Olive Tree Hotel Penang

11:28 PM

RAMADHAN BUFFET 2018 . Bulan Ramadhan Al Mubarak akan menjelma beberapa hari lagi. Korang sudah ke survey hotel-hotel yang menawarkan Buffet Ramadhan? Jika belum , jom baca pengalaman Ika menghadiri majlis pelancaran Ramadhan Buffet 2018 di Olive Tree Hotel Penang.

Ramadhan Buffet , Olive Tree Hotel Penang
Untuk maklumat korang, Olive Tree Hotel Penang terletak di sepanjang koridor perindustrian dan korporat Pulau Pinang, Olive Tree Hotel adalah hotel yang sesuai dengan Indeks Bangunan Hijau Indeks (GBI) yang membanggakan akses mudah ke mercu tanda utama dan menjadi tuan rumah persekitaran yang selesa dan kondusif bagi para pelancong perniagaan dan percutian. Hanya 550meter atau 7 minit berjalan kaki untuk sampai ke Spice Arena membuatkan Olive Tree Hotel Penang pilihan utama penganjur dan pekerja konvensyen malah pelangan yang menghadiri acara di Spice Arena.

Sempena Ramadhan tahun ini, Olive Tree Hotel Penang mempamerkan hidangan buffet istimewa dengan pilihan kegemaran dari rakyat seluruh semenanjung Malaysia dengan tema “Citarasa Semenanjung”.


Dari Utara Perlis ke Selatan Johor, Buffet Ramadhan 2018  kali ini mengetengahkan menu Kambing Golek dan Nasi Beryani yang perlu korang cuba.  Sangat sedap dan menyelerakkan. Cubaan Ika memotong sendiri Daging Kambing Golek hoho.

Action Stall


Di Action Stall korang boleh mencuba Satay Ayam dan Daging, Aneka Cucur dan pisang goreng, Thai Pataya Kebab,Mee Rebus dan  Char Koay Teow. 



Satay Ayam dan Daging yang dibakar oleh Chef. Waa berapi nya. Dengan kepakaran Chef, walaupun berapi begitu, ianya tidak hangus :P


Selain itu terdapat Sup Daging Madura, Shawarma dan juga Bubur Lambuk di bahagian pintu masuk Cafe. Tidak lupa  bubur kacang hitam.

Aneka Kerabu


Kerabu Kacang Botol, Kerabu Ayam, Kerabu Perut, Telur Masin, Keropok Lekor, Keropok Goreng sebagai kudapan. 



Pelbagai jenis Salad sebagai appertizer dengan beberapa dressing sause.

Hidangan Utama


Lengkapkan menu berbuka korang dengan Nasi Putih,Daging Rendang Tok, Oxtail Osso Bucco, Mantis Prawn With Salted Egg dan Braised Mushroom with Garden Vegetables. Berasaskan protein, karbohidrat dan vitamin untuk mengembalikan tenaga yang digunakan pada waktu siang.



Selain itu korang kena juga cuba Chicken Varuval, Sweet & Sour Fish, Taukua Sambal Hijau dan Sambal Udang Petai.



Salah satu hidangan makanan laut yang penting yang korang sendiri kena cuba, mengikut my Chinese friends ,Mantis Prawn with Salted Eggs It helps to spread laughter around! telur masin yang disalut ke atas udang mantis dan goreng sehingga garing dengan daun kari. Ia sungguh rangup dan lazat! Ika's Favourite.



Kalau dekat rumah, mak Ika, suka buat Gulai Nangka Ikan Bilis.makan dengan Nasi putih beserta pekasam atau ikan masin ke memang sangat sedap. Perghh layan..

Pencuci Mulut

Fresh Fruit Platter


Dessert Section

Pelbagai kuih-muih tradisional dan moden disediakan . Antaranya adalah Cheese Cake, Tart, agar-agar, abok-abok, kuih talam, tepung bungkus dan sagu gula Melaka.



Lai Chee Kang dan ABC juga turut disediakan. Boleh repeat banyak kali. Unlimited taw.



Keluasan Café Selah untuk Ramdhan Buffet di Olive Tree Hotel.



Santai sangat, sambil-sambil makan sambil berhibur dengan cerita P. Ramlee.



 Tema 
Citarasa Semenanjung,Ramadhan Buffet Dinner

Masa: 7.00 malam - 10.00 malam
Tarikh : 21 Mei 2018 - 13 Jun 2018
Tempat: Selah Café ,Olive Tree Hotel  Penang


Harga
RM89.00 nett (Dewasa)
RM49.00 nett (Kanak-kanak)


***** 
Olive Tree Hotel Penang is  offering Buy 10 adults Voucher FREE 1 Adult Voucher OR Buy 4 Adult Voucher FREE 2 Kids Voucher . Please call 04-637 7856 for more details.



Rakan blogger yang menghadiri majlis pelancaran Ramadhan Buffet



Menarik bukan menu berbuka puasa di Olive Tree Hotel, Penang ?  Apa lagi, jangan lupa cadangkan Olive Tree Hotel, Penang sebagai pilihan berbuka puasa kepada bos korang. Mana tahu tahun ini, bos berbesar hati untuk menaja semua staff beliau sebagai tanda penghargaan :D

Promosi JOM! BALIK KAMPUNG
Untuk korang yang menjadi anak perantau . Jika tahun lepas balik seorang, Single katanya,  Tahun ini balik bertiga beserta anak sulung, Jangan risau jika rumah dikampung tidak cukup bilik tidur. Tempah sahaja Bilik di Olive Tree Hotel Penang.  Harga bilik bermula dengan RM 215++ per night sempena  Promosi JOM! BALIK KAMPUNG yang dianjurkan khas oleh Olive Tree Hotel Penang.




You Might Also Like

19 comments

  1. Bahang Ramadhan hampir terasa, bestnye ada banyak menu dekat situ... Kambing Golek tu nampak sangat-sangat mengoda! Mana-mana bufet Ramadhan, first sekali, mesti akan terjah Kambing Golek! Bolehlah syorkan dekat kawan-kawan Bonde yang duduk Penang nanti.

    ReplyDelete
  2. Wah... Menggamit kenangan betul berbuka puasa sambil menonton cerita P. Ramlee tu! Lain daripada yang lain! Menu pun nampak banyak sangat. Harga pun masih dikira berbaloi tu! Masalahnya jauhlah pula. Phew...

    ReplyDelete
  3. Sukanya ada buffet berbuka mamcam ni kat Penang. Pening kepala cari lokasi ke mana nak bawa parent nanti berbuk masa balik kampung. Boleh usha sini nanti.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya menu buffet ramadhan yang ada. Rambang mata tengok.kerabu pun banyak jenis dan pilihan.harga memang berpatutanlah dengan menu yang dihidangkan.

    ReplyDelete
  5. Unik nama hotel ni tapi pilihan menu dia memang banyak. Best betul. Kalau pergi penang bolehlah try berbuka disini sbb nampak
    Menarik

    ReplyDelete
  6. Katanya nasi kerabu dia sedap. Yeke???? Leh la gi penang puasa ni cuba kt olivee ni

    ReplyDelete
  7. Dengarnya hotel ni antara yang terkenal di Penang dengan pilihan jenis makanan dengan harga yang sangat berpatutan..banyak masakan menarik dan dedap-sedap..kalau SA ada kat Penang pun SA akan pilih hotel ni sebab konsep pun menarik hati..

    ReplyDelete
  8. Makin dekat nak Ramadhan ni makin banyak tempat dok promosikan hidangan istimewa mereka. Jadi rambang mata dah nak pilih yang mana satu kan..hehehe.
    Hidangan di Olive Tree ni nampak menarik jugak, banyak betul pilihan dia ya! Kalaulah sis dekat sure sis akan berbuka puasa di sana

    ReplyDelete
  9. Ok, menu dia banyakkkkk. Berbaloilah dengan bayaran menu dia banyak sungguh. Kalau ke Penang bulan puasa nanti boleh la try cuba test kat sini. Anyway thanks sharing buffet Ramadahan yang best

    ReplyDelete
  10. The Kerabu look tempting and so many variety to be choose. I saw the Satay also not bad and the chef so talented. Raya food always my favorite

    ReplyDelete
  11. Wow chef tu melenggang bakar satay hehehehe tengok makanan sini banyak dan sedap-sedap semua kalau kita sampai Penang bulan puasa boleh buka kat sini harga pun menarik....

    ReplyDelete
  12. Bila dah banyak Ramadan review di internet ni, nampak sangat lah Ramadan tu memang dah tak lama lagi. Olive Tree Hotel ni salah satu hotel yang suka Bella pergi bila ke Penang. Tapi sebelum ni tak pernah pergi waktu Ramadan jadi tak tahu pula ada Ramadan Buffet macam ni. Banyaknya pilihan dan nampak semua sedap2 belaka. Harga pun berpatutan. Kalau Bella ada ke Penang Ramada nanti, insyaAllah Bella parti ke Olive Tree ni untuk iftar

    ReplyDelete
  13. Hummmmm sedapnya.semua foods yg dihidangkan. Mmg klau puasa ni, semua foods nak rasa. Harga pun berpatutan dan yg penting sedap

    ReplyDelete
  14. Satay tu nampak mengancam.. Seronok tengok macam-macam juadah ada. Terliur betul tengok. Yummeh. Btw, harga dia agak murah berbanding buffet di kl. Puasa pun dah dekat, memang orang cari tempat buffet camni

    ReplyDelete
  15. Kenapa meriah sangat menu-menu yg dihidangkan dekat olive tree hotel nie. Sangat beruntung sape yg duduk dekat tu. Harga pulak bawah 100 ringgit. Consider murah tu. Berbaloi dengan hidangan yg ditawarkan.

    ReplyDelete
  16. Harga masih dibawah seratus ringgit. Bagi emi okay sangatlah tu sebab mostly buffet ramadhan tahun ni emi tengok harganya dah melebihi seratus ringgit.

    ReplyDelete
  17. Menariknya menu yang dorang sajikan... Kalau mai sana, tak de terasa macam dok utara... Tapi pakej balik kampung itu ok... Cuma, kampung kita dekat dekat sana hahaha... Tapi boleh je cuba ;)

    ReplyDelete
  18. The buffet looks really generous, I've not heard of this place before but I'll love to pay them a visit in the future when I visit Penang.

    ReplyDelete
  19. Masyaallah best betul makanan dia dan harga pun bawah seratus, why not cuba kan, boleh la pergi bila ke Penang ni.

    ReplyDelete