Ramadhan Buffet 2018 Di G Hotel Kelawei Penang

9:30 AM

RAMADHAN BUFFET 2018 | Buffet Ramadhan Best 2018, Penang. Ramadhan sentiasa masa terbaik untuk buka puasa dengan keluarga mahupun rakan sekerja. G Hotel Penang tidak pernah mengecewakan kami dengan Buffet Ramadhan mereka tawarkan setiap tahun. Mari baca pengalaman Ika menghadiri majlis pelancaran Ramadhan Buffet 2018 di G Hotel Penang.

Sempena Ramadhan tahun ini, G Hotel Kelawai Penang mempamerkan hidangan buffet istimewa dengan berinspirasikan Bazar Ramadhan dengan buffet kelas pertama.

Ramadhan Buffet , G Hotel Kelawei Penang
Untuk maklumat korang, G Hotel Gurney dan G Hotel Kelawai terletak berdekatan sahaja. Yang membezakan adalah G Hotel Gurney berhadapan dengan laut manakala G Hotel Kelawai terletak di bahagian belakang G Hotel Gurney, bersebelahan dengan Kedai Makeup Sephora pintu belakang Gurney Paragon Mall. Kedua-dua hotel ini terletak di lokasi yang menonjol di samping pusat membeli-belah kelas atas dan restoran-restoran penjaja yang terkenal dengan tapak warisan dunia UNESCO dan pantai yang berdekatan. Nikmati jalur lebar internet percuma dan Wi-Fi, bar mini tanpa alkohol, gim yang canggih dan penggunaan kolam sambil menikmati pemandangan sekitar Penang.


G Hotel Kelawai buffer Ramadhan di buat di SPOON Café menampilkan 9 gerai, di mana para Chef mereka akan memasak secara langsung selepas pesanan di terima. Jom kita menerokai stesen pertama kita, Nasi Kandar. Orang Penang,kalau tidak makan nasi kandar seminggu sekali memang tidak sah betul?

Kari Ayam, Kambing Kurma, Beef Rendang, dan Kari Kepala Ikan . Kari kepala Ikan Kerapu atau Red Snapper, yang segar akan dibersihkan dan dimasak bersama dengan ramuan khas campuran herba, rempah dan asam jawa. Waw sangat menarik dan sedap.



Action Stall

Stesen makanan lain yang mungkin menarik perhatian Ika Curry Mee adalah , Ice Kacang dan Cendol, serta Mua chi , Sharvarma, Nasi Ayam, Satay. Yang menarik, pesan sahaja 1 pinggan Char Koay Teow, dan chef akan masak live di depan mata korang.Jangan malu , jangan sengan korang boleh cuba semua menu di sini. Unlimited ya.



Wah, chef yang penuh bergaya tengah membakar Satay Ayam, Daging dan Kambing untuk para tetamu. 


Ika suka sekali Panggang Stall. Pilih sahaja menu makanan laut seperti sotong, Ikan, daging dan pelbagai siput. Pilih dan berikan kepada chef untuk dibakar.Tapi korang kena tunggu lama sebab ramai sangat tetamu yang serbu  Panggang Stall.

Seafood 
Sementara menunggu udang Ika di bakar, jom kita lihat aneka kerabu dan hidangan menu utama.


Aneka Kerabu

Terdapat pilihan salad barat dan salad tradisi seperti 5 jenis Ulam dengan Sambal Belacan, Acar Jelatah dan Kerabu . Korang kena cuba Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Lautan. Hendak tahu macam mana rasanya? Datang sini Ke G Hotel Kelawai, Penang. Tak cuba, tak tahu ye.



Hidangan Utama

Beberapa hidangan yang lazat dari chef yang kita kena rasa seperti Nasi hujan panas di makan dengan sayuran seperti Kailan Ikan Masin, Sayur Campur, Sambal Sotong Petai untuk membekalkan vitamin seharian.


Ayam Masak Madu, Lamb Varuval dan Daging Masak Hitam.


Siakap 3 Rasa, Chilli Crab , Lala Kam Heong, Udang Goreng Mentega Butter Oat.


Tidak lupa juga Bubur lambuk dan Sup tulang cicah roti benggali, waw nikmatnya.



Pencuci Mulut

 .  Fruit Flan dan Black Rice Cheese Cake. Rasanya yang unik. 
Cheese Cake
Coconut Mousse, Coconut tart signature dessert Ramadhan Buffet 2018. Selain itu terdapat juga Yam Slice Cake dan pelbagai kuih melayu.

Cake
Mua Chi dan Ham Chim Peng adalah pencuci mulut kegemaran Orang Cina . Kalau hendak makan mungkin sukar untuk dicari, kerana orang melayu tidak pandai membuatnya. Kalau hendak beli, hanya boleh didapati di Kedai Makanan penjual Cina. Namun status halal agak di ragui. Pada sesiapa yang hendak cuba dan dijamin halal, kat sini sahaja korang boleh cuba Buffet Ramadhan G Hotel Kelawei Penang.

Mua Chi Halal
 Mango pudding. Ika love Mango!! Untuk maklumat korang, Chef Pastry G Hotel Kelawai, Chef Lim Kok Suw adalah chef yang bertanggungjawab menyediakan pencuci mulut sepanjang Ramadhan Buffet 2018. Kalau hendak makan dessert yang sedap menjilat jari datang la sini.

Mango Puding

Teh Tarik Sedap
Teh Tarik yang sedap bukan sahaja didapati di kedai mamak. Di sini pun boleh, minum panas-panas sambil bergosip ni nikmatnya urmmph. Gosip apa? Kami gossip Ramadhan Buffet yang mana paling best je :P 




G HOTEL KELAWEI PENANG
 Tema 
Inspirasi Bazar Ramadhan,Ramadhan Buffet Dinner
Masa: 7.00 malam - 10.00 malam
Tarikh : 17 Mei 2018 - 14 Jun 2018
Tempat: Spoon Café , G Hotel Kelawei Penang

Harga
RM75.00 nett (Dewasa)
RM45.00 nett (Kanak-kanak)



G HOTEL GURNEY PENANG
Masa: 7.00 malam - 10.00 malam
Tarikh : 17 Mei 2018 - 14 Jun 2018
Tempat:Taste Café , G Hotel Gurney Penang

Harga
RM125.00 nett (Dewasa) Ahad - Khamis
RM160 .00 nett  (Dewasa) Jumaat-Sabtu
RM60.00 nett (Kanak-kanak) Ahad - Khamis
RM70.00 nett (Kanak-kanak) Jumaat-Sabtu


Instagram :G Hotel Penang


***** G Hotel Kelawei Penang is  offering Buy 10 adults Voucher FREE 1 Adult Please call 04-218 000 for more details.

***** Selamat Hari Raya Buffet at Spoon G Hotel Kelawei Penang

Masa: 7.00 malam - 10.00 malam
Tarikh : 15 Jun 2018 - 16 Jun 2018
Tempat: Spoon Café , G Hotel Kelawei Penang

Harga
RM105.00 nett (Dewasa)
RM70.00 nett (Kanak-kanak)


You Might Also Like

13 comments

  1. wah menariknya nampak menu ni! semuanya nampak sedap-sedap belaka! harga pun berpatutan setaraf dengan namanya!!

    ReplyDelete
  2. Area mana eh hotel ni, hotel baru eh? Awat masa duduk Penang tak pernah dengar pun hotel ni,heee.. Tapi makanan bufet ramadan dia wowwww...mengundang, lapo lak tengok...

    ReplyDelete
  3. Suka sangat dengan hidangan dessert di sini memang sedap siap tambah lagi. Harga pun murah dah berpatutan. Hidangan menu memang banyak sangat. Apa pun memang berbaloi berbuka di G Hotel Kelawai.

    ReplyDelete
  4. Variety of delicious food. Banyak betul menu. Bukan kat kl je ada buffet. Kat Penang pun full of choices.

    ReplyDelete
  5. Love the layout and setting of the restaurant itself. Food also presented very well. The coconut tart looks heavenly.

    ReplyDelete
  6. I want the Satay. My favourite. The buffet food looks so tempting and so many variety. And sumore the di nine place is comfortable

    ReplyDelete
  7. Wahhh banyak sungguh menu yang ditawarkan di hotel ini ya. Semuanya nampak menyelerakan sekali. Agak jauh beza juga yer harga kedua-dua hotel nie. Apa2 pon, ia berbaloi dengan apa yg ditawarkan. Tambah2 lokasinya di penang.

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik hidangan buffet Ramadhan kat sana. Tempat pun tengok selesa dan luas. Tart tu memang menarik sungguh..kalau sis ada kat sana..dessert memang sis ngapp dulu

    ReplyDelete
  9. that's good to know of this place to dine. I don't know of it til I see here. I wanna try their buffet soon, shall let my friend know.

    ReplyDelete
  10. meriah kalau anak-anak dapat merasa kesana

    ReplyDelete
  11. Tertarik dengan gerai seafood dia... Semuanya belum dimasak lagi.. So baru terasa sikit aroma masakannya selepas lama menunggu

    ReplyDelete
  12. There are so many types of dishes served there, and all looks very delicious. Wish to try that when i go back to Penang.

    ReplyDelete
  13. hotel banyak bintang ofcoz makanan pun berbintang2.. hihi.. tengok bahagian dessert selalu menjejes ailio..

    ReplyDelete