Ramadhan Buffet 2018 Di Flamingo Hotel Penang

8:54 PM

RAMADHAN BUFFET 2018 | Buffet Ramadhan Best 2018 Di Penang. Ika berkesempatan berbuka puasa di Flamingo Hotel Penang by the beach. Mari kita lihat menu-menu berbuka puasa 2018 yang menarik disini.
Ramadhan Buffet, Flamingo Hotel Penang
Jom cuba Ramadhan buffet sedap dan murah di Flamingo Hotel Penang. Kenapa? Sudah diketahui, Pulau Pinang adalah syurga makanan untuk food hunter. Laksa, Char Koay Teow, Rojak, Pasembor dan Ikan Bakar yang lazat hanya terdapat di Penang. Menginap di Flamingo Hotel Penang membolehkan korang merasai kita semua jenis makanan yang lazat di bawah satu bumbung. Malahanpun Flamingo Hotel Penang terletak tidak jauh dari tengah-tengah Georgetown, dan berhampiran Batu Ferringhi. Kalau hendak mandi laut. Sini la tempatnya.

Flamingo Hotel by the beach

Pembuka Selera

Ulam-ulam
Ulam-Ulam Dengan Sambal Belacan (Ulam Raja, Pegaga, Daun Selum, Kacang Kelisa, Tomato Kacang Panjang, Timun, Jantung Pisang Rebus, Petai, Terung Bakar Dan Pucuk Janggus) Bangkok Sosej Salad Dengan Daun Selasih. 

Sambal : Cencaluk, Sambal Belacan, Sambal Tempoyak,Sambal Nyor,Budu Dan Sambal Kicap Dengan Bawang. 

Aneka Kerabu
   
Aneka kerabu
Acar Timun, Acar Rampai, Kerabu Perut, Telur Masin, Kerabu Taugeh Dengan Kerang, Anak Ikan Gelama Masin, Keropok Ikan, Udang, Popadum Dan Keropok Lekor.

Setor

Special Kambing Bakar Sos BBQ dan pudina hanya ada pada hari Jumaat , Sabtu atau Ahad Sahaja. Datang la weekend kalau nak rasa Kambing bakar ni.

Kambing bakar
Selain itu terdapat paha Kambing Percik Golek Dengan Bawang Jeruk Dan Sambal Pudina. Sosej dan ayam goreng tepung yang lazat. Ika ratah sahaja ayam goreng ni. Urmph! Ikan pari bakar ala Portugis pun ada.

Sangat istimewa, hanya ada di Ramadhan Buffet di Flamingo Hotel Penang adalah Durian dan Cempedak GorengIka belum lagi jumpa kat mana-mana Ramadhan Buffet 2018 yang menawarkan menu Durian dan Cempedak Goreng. Istimewa bukan? Sebelum ini, Ika pernah beli di luar, 3 (tiga) ketul Cempedak Goreng kat luar RM2, ada yang lagi mahal harganya. Sob Sob Sob

Durian goreng
Opps jangan risau kalau korang datang Ramadhan buffet di Flamingo Hotel Penang,  korang makan la sepuas hati Unlimited. Peminat durian, Ika recommend Durian Goreng, digoreng panas – panas oleh Chef. Nikmat sangat. Tak pernah try, hampa kena mai ye!



Rojak Penang, Lemang & ketupat kukus dengan rendang daging dan serunding daging , dan Mee udang. 

Sup

Sup ayam masam manis dan Sup daging berempah.Mampu menaikan selera makan korang.

Sup

Menu Utama

Pilih sahaja hendak Nasi Putih Ke Nasi Pelangi. Jika Ika, suka pilih nasi putih, baru makan dengan pelbagai lauk baru sedap.

Nasi Pelangi

Ketam Masak Tiga Rasa Dan Ayam Berlada Hitam. Yang ini korang memang kena cuba.Tak perlu segan untuk koplek ketam guna tangan. 

Ketam Masak Tiga Rasa Dan Ayam Berlada Hitam

Kopek ja,tiada siapa hendak perhati korang. Korang malu, korang rugi. Nyumm


Gulai Daging Ubi Sengkuang ,Ikan Paprik, Ketupat Sotong Masak Lemak, Kurma Kambing ,Kerutuk Telur Sayur Bayam Masak Lemak Dengan Ubi Keledek.

Pencuci Mulut

Kuih-muih traditional

Aneka Puding dan Kek

Kek
Sedap kek ni. Ala, Ika tidak ingat la namanya. :P

Menarik bukan menu berbuka puasa di Flamingo Hotel, Penang ? Apa lagi cepat –cepat buat tempahan .Lagi pun Flamingo Hotel antara hotel yang korang boleh berbuka puasa dekat dengan laut. Romantik gitu yang lebih menarik korang boleh menjamu selera di tepi kolam kerana kolam renang berhampiran café sahaja. Disediakan juga tempat letak parking percuma yang luas dan selesa untuk kemudahan tetamu.



Flamingo Hotel Penang
Tema 
Wau Ramadhan Buffet

Masa: 7.00 malam - 10.00 malam
Tarikh : 16 Mei 2018 - 13 Jun 2018
Tempat: Flamingo Café, Flamingo Hotel Penang


Harga

Weekday
RM75.00 nett (Dewasa)
RM45.00 nett (Kanak-kanak)

Weekend
RM85.00 nett (Dewasa)
RM49.00 nett (Kanak-kanak)



*****
 Please call 04-892 7167 for reservation.


You Might Also Like

18 comments

  1. banyaknyaa pilihan makanan.. seronok ^^

    ReplyDelete
  2. Buffet ramadhan Flamingo Hotel Penang tuh di buat konsep suasana taman ya. Wuiihh... Keren banget kan makan di swimmingpool. Menu makannya bervariasi ya. Seperti ingin nyicipin semua menu

    ReplyDelete
  3. wow not bad jugak harganye ek, banyak pilihan sungguhlah. kak lily suka yg goreng-goreng tuh. nasi pelangi pun ada gak ek

    ReplyDelete
  4. Sedap!pernah makan kt sni 4 tahun lpas masa bulan posa sambut bday dekat sni...not bad makanan dia

    ReplyDelete
  5. Memang saya daripada tahun-tahun lepas tak pernah miss berbuka kat Flamingo Hotel. Balik Penang sure bawak parent datang berbuka kat sini sebab harga affordable dengan banyak pilihan makanan.

    ReplyDelete
  6. Kalau harganya tak melebihi RM100 masih ok lagi harganya. Variasi pilihan. Flamingo Hotel ni ada satu kat Kuala Lumpur ni. Ketupat sotong tu masakan orang Pantai Timur.

    ReplyDelete
  7. sedapnya semua menu2 buffer ramadhan kat hotel ni...harga pun berpatutan siap ada kambing bakar lagi..

    ReplyDelete
  8. Duriangoreng, menu baru pertama kali dengar..wah..tu mesti menjadi tarikan buka puasa di flamingo..berbuka di tepi kolam memnag menarik la..hehee

    ReplyDelete
  9. Allahu Penang! Kalau sebut Penang mmg automatic terbayang makanan dulu haha! Adoii sedapnya tengok semua makanan tu, macam-macam pilihan ada kan semua nampak sedap-sedap belaka! Paling excited baca bab durian and cempedak goreng tu! adoii both my fav tu tauu alaaa nak pergi sana sekarang pleaseeeeee 😍😍😍

    ReplyDelete
  10. buffet ramadhan mmg nampak meriah juga ya...suka tengok pilihan makanan ada macam2 semuanya nampak sedap2...harga pun kira murah lagi sebab bawah rm100

    ReplyDelete
  11. wahhhhhh, makan tepi kolam memang bestttttt..feeling sangatkan... Harga dan pilihan makanan pun sangat berbaloi,kalaulah duduk penang lagi,hehe...akanku terjah dah ke sana

    ReplyDelete
  12. Bestnya tengok kambing golek tu hehehe menyelerakan kita lah nak buka tapi kat sini jauh kalau kita ada kerja kat sana boleh cuba makan sini harga ok juga menarik...

    ReplyDelete
  13. Jauh sangat nak ke Flamingo Penang tu...tak apa lah..you all tolong makanlah ya, jangan lupa nasi pelangi tu tau..hehehe. Sis makan kat Hotel Flamingo kat KL ni aje lah...:D

    ReplyDelete
  14. Menariknya makanan dekat situ, Kambing golek memang Win! macam-macam menu ada... terliur tengok.. Kalau dekat mesti dah ambik pakej bufet ramadhan ni!

    ReplyDelete
  15. Seronok tengok banyak juadah tradisi - buat Rawlins terliur plak tengok pagi-pagi begini. Haha. Harganya pun berpatutan kan.

    ReplyDelete
  16. wahhh patutlah the best, sebab mmg macam2 hidangan yg ditawarkan di Flamingo Hotel nie. Aduhhh tak kuad rasanya nampak org memotong hirisan daging kambing yg dipanggang itu. rasa nak dtg sana sekarang jugak.

    ReplyDelete
  17. Nampak meriah dan sedap semua menu yang ada. Rambang mata jadinya nak makan yang mana satu. Tapi mana mana bufet Ramadhan mesti kambing yang hero

    ReplyDelete
  18. Durian Goreng tu sangat menarik tau. Memang banyak kali gak makan. Suka flamingo hotel sebab view dia tepi pool & tepi laut.

    ReplyDelete