Ramadhan Buffet 2018 Di Lexis Suites Penang

12:42 AM

RAMADHAN BUFFET 2018 . Assalammualaikum semua. Terasa cepat masa berlalu, Alhamdulillah, kurang dari sebulan, kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak. Setahun hanya sekali je kita akan jumpa Ramadhan. 

Ramadhan Buffet Di Lexis Suites Penang
Pada waktu ini lah umat Islam  berlumba-lumba mengejar pahala berlipat kali ganda. Bagi yang bekerjaya , keletihan atau kesuntukkan masa untuk memasak juadah berbuka puasa semestinya perkara biasa .Sekali sekala apa salahnya kita berbuffet Ramadhan bersama keluarga mahupun rakan sekerja. Minggu lepas Ika berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran Ramadhan Buffet Dinner di Lexis Suites Penang. 

Tema tahun ini  memperkenalkan Ramadhan Buffet Dinner Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan oleh Lexis Suites Penang. Buffet Ramadan yang lazat disediakan dan diketui oleh oleh Chef Eksekutif, Chef Johnno Fong dan pasukan kulinari beliau. Ramadhan Buffet 2018 Menawarkan pilihan sehingga 100 menu masakan citarasa tempatan dan antarabangsa telah menambat hati Ika pada hari itu.Namun pada hari pelancaran hanya hampir 80% menu yang disediakan merangkumi appetizer, main course dan dessert. 



Pada setiap hari, menu untuk Ramadhan buffet akan bertukar supaya pelanggan yang datang tidak akan jemu sepanjang Ramadhan.Namun Sup Gear Box,Kambing Golek dan Gulai Udang Kawah disediakan setiap hari ye! Kambing Golek wajib dicuba di Ramadhan buffet ini. Tahu tak berapa kali Ika repeat pergi ambik daging Kambing Golek ni? Hampir 3 kali, Ika ratah sahaja.Ratah ja pun dah sedap kerana rempah ratus meresap kedalam daging kambing ni. Kalau tidak percaya, mai la try.



Wah disini, Ika bekersempatan untuk mencuba Shawarma. Shawarma adalah yang sangat popular di timur tengah.  Menariknya Shawarma ini dagingnya di Golek mengunakan alat khusus  disajikan bersama garlic sauce. Siapa yang belum cuba,kena try tahu!



Gulai Udang Galah @ Kari Udang Galah. Bagi orang Penang perkataan “Gulai” adalah merujuk kepada “Kari” ye. Gulai Udang Galah merupakan salah satu Signature Dish yang korang kena cuba. Hendak makan dengan Nasi Hujan Panas boleh, makan dengan pulut kuning pun boleh! Gulai nya pekat ini,terasa rempah ratus sehingga keisi Udang!







Sup Gear Box! Walawei! Sedap wei, mahu pula kalau cicah dengan roti banggali ni. Nak guna je tangan tapi segan, ramai media kat sini, So Ika pun bersopan santun guna garpu! (Acah comel la tu) Erggg bukan Ika makan sorang ye.Ika dengan Ain Makan berdua sampai mengah perut tak boleh habis tau.




Station yang menyediakan Gulai Udang Galah,Mee kari ketam,Laksa dan bubur lambuk! . Sudah tentu dalam masa yang sama , pengunjung juga boleh menikmati hidangan tempatan seperti  mee goreng mamak, koay teow goreng dan putu mayam serta snek jalanan seperti goreng pisang, karipap, cekodok pisang, keropok lekor dan papadam. Bagi pencuci mulut, nikmati gula-gula tempatan seperti biskut badam London, biskut badam coklat, biskut dam aji.



Walaupun selalu beli Satay di pasar malam, Nampak biasakan menu ni. Beza sangat kalau Chef berpengalaman yang sediakan. Sedapnya tu kami ulang 3 pinggan! >_< Satay diperap rempah ratus , kuah kacang dengan nasi impit.!  Semuanya disediakan dengan rempah dan sos buatan sendiri chef yang menghasilkan rasa unik yang unik. Dah macam hari Raya pun. Seafood sup pelbagai makanan lauk. Wajib try walaupun warna nya agak ganjil.


 

Antara main course @menu utama yang disediakan.Nasi hujan panas korang boleh cuba makan dengan Udang nestum atau Ayam percik serai wangi negeri Sembilan, Ikan sweet & sour, Sayur Lodeh, Ikan Tenggiri Gulai kampung, Gong po sotong dan Beef Rendang Dendang Sayang.Signature Dish Udang Nestum, Udang fresh, senang untuk kupas. Rasanya lain dari yang lain tau. Ika recommend. Wajib cuba. Takcuba rugi hampa.



Bulan puasa badan kita memang kekurangan air kan, Jangan risau hampir 8 jenis air ais disediakan termasuk Nescafe , Teh Tarik, Lemonade, Bandung dan lain-lain. Kalau Ika,memang air Nescafe jadi pilihan selain plain water :P



Pilihan Kurma yang berkualiti dan pencuci mulut buah –buahan. Terdapat juga pelbagai buah-buahan tempatan segar. Makan buah tembikai sedap ni,masa bulan puasa,boleh menghilangkan haus. Namun untuk Ika, pencuci mulut marshmallow atau buah strawberry celup chocolate cair menjadi pilihan hati Ika. 



Selalunya, Buffet yang Ika selalu pergi, paling mengutamakan kualiti  makanan main course dan penyediaan dessert hanya sekadar ala kadar namun, Ramadhan Buffet di Lexis Suite Penang, menitik beratkan kualiti semua makanan dari appertizer sehingga dessert. Cuba korang tengok dessert yang disediakan Nampak lazat kan? Kami berdua dah cuba, dessert memang tiptop.Sejujurnya, kami adalah orang terakhir meninggalkan Majlis! Hahha, kami berdua repeat dessert sambil sembang, tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 9.45 malam. Kalau boleh tak mau balik! 



Tidak dilupa juga kuih-muih tradisi kita. Kalau mak Ika datang,dia suka makan kuih –muih dari kek. Ika boleh katakan Lexis Suite Penang, peka dengan cita rasa setiap golongan umur. Sebab itu Ika kata,hampa kena mai sini. Try cuba buffet Ramadhan sini. Ika nak habaq, Early birds promotion hampa bayar RM70/pax dengan syarat hampa kena mai 1st week of Ramadhan.



Tema 
Sajian Laut, Selera Kampung Nelayan ,Ramadhan Buffet Dinner


Masa: 6.30pm - 10.00pm
Tarikh :17 May 2018 - 14 Jun 2018
Tempat: Lexis Suites Penang

Harga
RM 70.00 nett (Dewasa), dari 17-23 May 2018
RM 78.00 nett (Dewasa), dari 24 - 30 May 2018
RM 98.00 nett (Dewasa), dari 31 May – 14 June 2018
RM70.00 nett (Warga Emas), RM50.00 nett (Kanak-kanak)

Instagram: lexissuites


Gambar bersama Staff Lexis Suites dan rakan media yang lain.



You Might Also Like

28 comments

  1. Best la Ika pi jemputan preview ramadhan hotel best macam Lexis Suites ni ha...akak tgok gambar pun dah teruja tau..semua makanan nampak sedap sangat....

    ReplyDelete
  2. Meriahnya buffet ramadan ni terutama udang galah tu..Ya Allah memang buat kecur air liur dibuatnya

    ReplyDelete
  3. Sedapnya semua makanan tu. sup gear box, udang tu. hai geram semua. Tapi harga dia masih murah tu rugi kalau tak grab.

    ReplyDelete
  4. Alamak... Menunya memang nampak mengancam tapi jauhlah pula. Kalau dah dekat ni bolehlah singgah. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. wauuu jauh ni penang. tapi kalau berkesempatan balik kg awal, boleh ajak sedara dan famili sendiri berbuka di sini. banyak betul pilihan lauk pauk dia

    ReplyDelete
  6. Meriahnya menu-menu di Lexis Penang tu. Confirm sedap sebab Ana dah pernah try makan dekat sana. Gulai udang galah tu paling win. Kalau ana confirm ratah tu je.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...makanan - makanan kat sini tu nampak sangat menyelerakan je. Nak pergi tapi jauh sangat pulak. Terima kasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya buffet ramadhan kat sini. Kita yang terliur wakkk! Ada rezeki berbuka puasa disini memang teringin la nak pergi hihi tapi jauh la pulak insyaAllah akan datang mana tahu kan :)

    ReplyDelete
  9. Gulai udang galah tu...wowwww besarnya udang. Makanannya kemain mewah. Kalau gini tak tau nak makan yang mana dulu. Tema ni I suka sebab sudah semestinya menghidangkan makanan laut yang sedap2 belaka.

    ReplyDelete
  10. Besarnya udang galah. Looks delicious and the food here makes me feel hungry now. Great choice to have Ramadhan buffet.

    ReplyDelete
  11. Cepatnyer dah nak Ramadhan. Sedap giler la tengok post awak ni.

    ReplyDelete
  12. Hamboi. Gear box! Kambing panggang! Lumayan ni. Rambang mata time berbuka nanti ha ha ha....

    ReplyDelete
  13. wow... sedap2nya menu..
    awat sop tulang tu.. arghhh
    im hungry right now.. really?
    udang dlm kuali tu beso betui.
    acaner nak makan dlm tuh.. ambik
    sekor kah.. 😄😄

    ReplyDelete
  14. Jauhnya review Ramadhan kali ini hehehe kalau pergi sana masa puasa boleh cuba hotel ni tengok makan pun semua sedap-sedap..

    ReplyDelete
  15. tak sabar pulak nak puasa.. mesti terliur habis bila tgk menu ni kat sana nanti

    ReplyDelete
  16. Menu tukr hari2 yek..kelainan tu. Sbb x jemu. Hari2 berbuka kt sni mmg best.. ahahha

    ReplyDelete
  17. Besarnya udang tu. Kuih muih dia pun lazat. maybe boleh bawa family berbuka kat situ kalau balik kampung kelak. Hehe

    ReplyDelete
  18. wahhhhh ! Nampak menyelerakan sungguh hidangan yang ditawarkan di lexus penang nie ya. Rasa teringin nak cuba tapi aduiii jauh lah pulak nun jauh ke penang. takper, boleh suggestkan pada kawan yg duduk berdekatan situ

    ReplyDelete
  19. belum pernah pergi lagi LEXIS SUITES PENANG ni.. almaklumlah.. jauh.. huhu.. kalau ke sana boleh lah TB singgah.. tengok menu pun sedap-sedap belaka.. tetiba perut berbunyi.. haha.. belum makan lagi ni..

    ReplyDelete
  20. That looks like a perfect place to get some delicious foods. All foods looks really yummy it makes my mouth-watering.

    ReplyDelete
  21. eeee dah nak puasa ni ramai buat blog post pasal juadah buffet . nak menangis je tengok makanan sedap2 ni.

    ReplyDelete
  22. Oh my your soup great box!!! I want that too..... I really love Ramadan month... So much food to easy!!

    ReplyDelete
  23. What a generous buffet spread, looks very delicious as well. I would totally grab the Early Bird promo if I lived in Penang!

    ReplyDelete
  24. Wow thats a huge bone! I bet its delicious my Mom loves that part of meat.

    ReplyDelete
  25. Bestnyaaa tengok macam2 menu ada. Emi memang berhantu sikit dengan buffet ramadhan ni, haha. Mesti nak punyalah.

    ReplyDelete
  26. Such an enjoyable Ramadan buffet at Lexis suites!! Seems like you have enjoy alot of food there, I don't mind dining there too.

    ReplyDelete
  27. Wow. Totally value for money. Tempting on the meat

    ReplyDelete
  28. Bestnya buffet Ramadhan. banyak makanan!! Dah nama pun buffet kan. Hii.

    New follower here! Jemput join giveaway dan segmen di Blog Siqah kalau ada kelapangan ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete