DEKORASI MINI WORKSTATION DALAM BILIK TIDUR

8:04 PM

Dekorasi Mini Workstation.  Apa khabar semua! Di dalam sebuah bilik yang kecil, agak sukar untuk memperuntukkan sedikit ruang sebagai workstation . Namun itu tidak memutuskan semangat Ika  untuk memerah idea memastikan  sekurang-kurang nya Ika mempunyai ruang stesen bekerja walaupun hanya bekeluasan satu meter. 

DEKORASI MINI WORKSTATION
Fuhh. Katil sahaja sudah memenuhi hampir separuh daripada ruang bilik tidur belum termasuk almari baju. Bila dah setup dua benda ni, baru Ika google idea ciri-ciri bentuk meja yang sesuai sebagai workstation Ika. Kalau boleh tidak mahu yang besar. Ruangan Ika agak terhad. Asalkan ada laci untuk meletakkan barangan Ika. Nak kata workstation itu tidak la sepenuhnya kalau boleh Ika hendak jadikan ia makeup table juga. 2 in 1 la sangat kan.



Hendak beli di Ikea jauh sangat, Jadi kita beli yang boleh hantar barang sampai depan rumah. Semasa process google, dan pencarian disekitar Penang. Ika ada jumpa pelbagai design meja. Ada laci yang tertutup. Ada laci yang terbuka atau rak. Kalau boleh Ika hendak meja yang seperti diatas rak yang disediakan boleh la Ika simpanan makeup, skincare, planner dan buku. Ika pilih design ini kerana sesuai ciri-ciri yang Ika nak. Rak di bahagian kanan mempunyai 4 tingkat rak manakala bahagian kiri 2 tingkat rak. Meja seperti ini harganya RM300 dan warna hanya putih atau koko. Alamak, tidak sesuai dengan tema  Ika. Jadi  ter survey di Ezbuy . Semua barang yang Ika hendak semuanya ada dan harga jauh lebih murah. Akhirnya Ika  order dari Ezbuy tanpa fikir panjang. Kira nasib la. Kalau sampai, sampai la, kalau tak sampai menangis di tepi bucu katil. Sebelum ini pernah sahaja beli dari Ezbuy tetapi barang yang Ika beli lebih kurang RM50 kebawah. Pada kali Ini Ika order lebih kurang beratus dalam satu order.  Ika mempunyai hubungan Love Hate dengan Ezbuy ini.  Sejujurnya masa Ika order , Semua sampai tepat pada masanya cuma order terakhir delay 2 bulan. Malas Ika hendak cerita pasal delay ni. Sepuluh hari cerita tak habis. Hari ni Kita fokus tentang mini workstation+ makeup table by Ika.



Pilihan warna pula mempunyai 5 pilihan. Namun tema Pink memang tidak  boleh nak lari kan. Bahagian kanan, Rak pertama dan kedua (paling atas), sesuai untuk meletakkan skincare dan barangan makeup kerana hanya 1.5 jengkal jari. Manakala rak ketiga dan keempat (bahagian bawah,lebih luas sesuai untuk meletakkan buku, atau barangan lain yang lebih tinggi.  Kalau korang perasan, mejaa ini mempunyai 2 tone warna. Rak nya bewarna pink dan meja pula warna putih. Ika memang sengaja pilih macam ni. Kalau nak semua pink pun ada! Kena pandai cari la. Setiap penjual harga berlainan tau.


Meh nak bagi tau rahsia ! Meja warna putih sebagai alas dan background untuk tangkap gambar produk . Gambar flatlay Ika yang cantik-cantik, guna meja ni la. Di awal entry Kan Ika sudah bagi tau, ruang bilik Ika sangat terhad.


Kerusi Ika pilh kerusi beroda 5 ,Basic Kerusi Executive. Hendak acah-acah pusing 360 darjah masa buat kerja. :P Yang penting warna pink.


DEKORASI MINI WORKSTATION
Vanity mirror. Tengah tunggu korang sponsor baru lengkap mini workstation+makeup table by  Ika. HOHOHO. Alang-alang tu bubuh karpet bulu pink kat bawah. Berbulu aku menaip ni :P. Baru rasa Diva kau.. Ini rupanya Mini workstation + makeup table by Ika. Mungkin tidak semewah atau setanding orang lain. Namun Ika tetap puas hati. 


DEKORASI MINI WORKSTATION DALAM BILIK TIDUR
Dulu teringin hendak jadi mermaid. Dah tua ni baru rasa hoho. Kebetulan masa SURVEY dekat Ezbuy ada selimut mermaid warna pink. Sekarang Ika jadi ARIEL THE MERMAID. Selimut mermaid ni besar. Plus size macam Ika memang muat,lagi pun material selimut boleh stretch. Boleh dikatakan ruangan dan barangan untuk workstation+makeup table by Ika dibeli dari Ezbuy, duit sendiri.  Cuma pink laptop ja dari Malaysia. Entry ni bukan entry sponsor ye. Kalau korang hendak beli dari Ezbuy, korang baca la announcement di page pertama di Ezbuy. Banyk parcel delay. HOPEFULLY dia orang boleh settlekan cepat mungkin masalah mereka ni. Teringin Ika nak shopping lagi ni.

TOTAL KOS KESELURUHAN

SELIMUT MERMAID: RM 46.31
KERUSI BASIC EXECUTIVE: RM 98.57
MEJA: RM 112.86
KARPET BERBULU (2PC):  RM 29.32+ RM 29.32
PRIME POSTAGE: RM8.80
PRIME POSTAGE WAREHOUSE CHINA TO WAREHOUSE MALAYSIA:  RM18.80
WAREHOUSE MALAYSIA KERUMAH : RM30.00

TOTAL: RM 373.98



Kalau korang nak beli kat Malaysia boleh je.Tapi seperti Ika survey, jika beli di Malaysia, Harga meja sahaja sudah RM300.Tidak termasuk kerusi,karpet berbulu dan selimut mermaid.Kalau semua barangan ni Ika beli di Malaysia.Mau RM850+ .Kalau Ezbuy tak buat hal.Sure Ika dah beli macam-macam untuk prop tambahan.Apa boleh buat,tunggu sehingga mereka settlekan masalah  barang Delay.  



Lupa Ika hendak memberitahu korang.Perabot yang korang beli dari EZbuy korang kena setup sendiri. Dia tidak datang seketul gedebuk macam tu. Dia mai satu-satu korang pasang setiap bahagian sendiri. Meja dengan kerusi Ika pasang sendiri . Tiada pertolongan orang lain. Kalau Ika boleh buat, korang pun boleh.Apa yang Ika boleh simpulkan di sini adalah, untuk ruang yang sempit penggunaan konsep minimalist adalah penting. Semoga tip di atas dapat membantu korang untuk menghias ruang mini workstation dalam bilik tidur korang yang mempunyai ruang terhad dengan lebih efisyen dan berkesan.

You Might Also Like

50 comments

  1. wah cantiknya..sedap mata memandang workstation ni

    ReplyDelete
  2. Semangat nak menaip bila ada ruang kerja macam ni,kan..kalau k.fiezz, more concentrate nak buat sudut untuk tangkap gambar produk..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat bilik Ika Ruang terhad. Sudut untuk tangkap gambar hanya dekat meja tu.

      Delete
  3. kena kumpul duit blogger untuk beli meja.. hahaha.. sekarang ni katil la tempat workstation Nurul.. sebab meja dah penuh dengan barang planner :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Planner Ika dengan note ada 2 buku ja haha. Ika simpan dekat rak meja tu. NAk guna baru bawa keluar dan tulis atas meja tu.

      Delete
  4. Cantik. Kreatif la ika ni 😍

    ReplyDelete
  5. ya allah..cantik sgt ika! suka tengok tau.Walau ina bukan kaki pink.tapi bila tgk ika ponya bilik kerja,terus terjatuh cinta ni.tq yea ika.. nnt dah selesai isu tu.Ina pon nak join jigak beli..ehehehehe..pape update ya.I follow u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ina. Selain warna pink ada warna biru, putih,koko, hitam, dan warna lain-2 .Kena pandai cari je penjual di Ezbuy ni.

      Delete
  6. cantiknya workstation ika..ciktom pun teringin nak buat SOHO kat umah baru ni...sbb start thn depan start fully kerja dari rumah je smbl jaga anak..hihi..kena start kumpul bajet dah ni =)

    ReplyDelete
  7. btw lupa nak puji cantik2 la pic flatlay ika..bkenan tgok..

    ReplyDelete
  8. Wow cantik nampak kemas hehehe orang perempuan dalam bilik macam-macam ada tengok bilik adik sendiri pun dah tahu wakakakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ika tak suka bilik yang serabut selalu kemas.

      Delete
  9. wahhhh cantiknya dahla saya peminat tegar pink... omg.. takle move on tgk ni..

    ReplyDelete
  10. Cantik work station tue , teringin jugak nak ada work station dalam blik ,, kalau ika boleh buat , knapa CCL tak boleh kan . Atas kehendak masing-masing . Pandai ika survey2 barangan2 dalam online shopping kan .. cuma hrga yg berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari sgt berbeza. Kena pandai cari n sabar menunggu je.

      Delete
  11. Cantik, nampak Sgt selesa. Tips yg Sgt berguna ni.. Lps ni Nak wat jgk workstation di rmh supaya ank2 x kcu ibu wat keje..thanks nadia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih semoga perkongsinlperkongsian ini memberi manfaat

      Delete
  12. ikaaaa.....cantiknya workstation tu. jeles kak ana. comel dan sweet sangat warna2 dia. jeles tau. kak ana dah lama nak ada workstation sendiri tp xdpt2 juga. hehe. bile tgk ikanya tetiba rasa bersemangat nak ada workstation blk. banyak kali kot scroll gambar2 atas ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank kak ana. Boleh je buat. Pilih tema dan google je cari nk yang mana .

      Delete
  13. Cantik betul. sesuai warna tu kan..ikut tema semua. meja boleh buat tempat tangkap gambar flatlay pulak tu. Nanti nak survey2 juga kat ezbuy. tengok apa yang boleh beli untuk workstation Qiss pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Ika beli ikut tema. Baru semangat nk menulis.

      Delete
  14. Seriously cantik. Kemas je tengok. Bilik saya bersepah2 lagi pulak ada kucing memang habis jahanam semua. Kita jeles tengok bilik awak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ika suka kucing. Dulu ada kucing. Dia org suka masuk blik. Buat sepah huhu

      Delete
  15. I like your workstation.. It's so nice... Motivated to do more job and work.. lol

    ReplyDelete
  16. cantik dan kemas eyqa oiii..memnag semnagat nak menulis macam ni..kita pun tengah cari kerusi kerja..

    ReplyDelete
  17. Great idea! Hilma pun tgh nak setup2 mini office kat bilik hehe..

    ReplyDelete
  18. wah... seronoknya ada workstation macam ni walaupun dalam ruang yang kecil. alangkah bagusnya kalau ada rumah sendiri di KL ni. T.T

    ReplyDelete
  19. Cantik sangat,kak pun suka pink color

    ReplyDelete
  20. Cantik gila workspace ika. Saya punye memang berterabur dengan macam-macam barang termasuklah buku buku anak. Alahai jelesnye tengok

    ReplyDelete
  21. Pandai nya deko workstation sendiri. Akak punya workstation dah lama terbengkalai. Btw flatlay tu semua cun!!

    ReplyDelete
  22. I like your workstation. Mini with pink chair. So neat the place.

    ReplyDelete
  23. lawa, seronok ada work station mcm ni. Semangat sket, kan nak buat kerja?

    ReplyDelete
  24. Ika..cantik sangat ni...
    Suka akk tgk...

    ReplyDelete
  25. wahhh bestnya ada meja untuk blog dan prop. Teringin nak ada macam ni jugak... Nak tengok kat ezbuy jugaklah. Thank for info. Done follow sini.

    ReplyDelete
  26. haha girls sure love this! pink pink! well its important to have a organized workstation.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  27. Thanks for the tips, I love the chair and it's so cheap! I'm gonna try ezbuy also!

    ReplyDelete
  28. Dah lama nak buat mini workstation dlm bilik sendiri jugak. Lebih bersemangat nanti nak update blog.

    ReplyDelete
  29. Menarik saya pun nak cuba jugalah buat dekorasi workstation dalam bilik, penat je terus landing tidur atas katil

    ReplyDelete
  30. cantiknya ! lisa tak reti nak design2 ni hahaha adeh

    ReplyDelete
  31. cantik.. mesti semangat buat kerja ada workstation macam ni.. tak perlu ruang yang banyak sangat

    ReplyDelete
  32. kreatif tul cik ika memanipulasikan ruang bilik yg kecil.keep it up!

    Abam Kie follows here. no 1184. TQ.

    ReplyDelete
  33. Cantiknyaaa, nampak diva...hehe..cute pon iya jugokkk!

    Alahaiii, nak jugakkkksss

    ReplyDelete