DINNER DI MARIO’S ITALIAN RESTAURANT, BUKIT JAMBUL , PENANG

5:59 PM


Hai dolls! Hujung minggu ni sedapnya kalau dapat makan pizza dengan BRUSCHETTA cicah mushroom soup. Terliurnya! Alamak jauhnya hendak pergi Italian Café dekat Georgetown! Nasib baik, masa Ika google , Ika jumpa sebuah  Italian Restaurant di Bukit Jambul Indah yang terletak dekat  area umah Ika. Jadi kami berenam bersepakat untuk makan malam di Restaurant ini. Restaurant ini diberi nama Mario’s Italian Restaurant. Yang lebih memeranjatkan restaurant ini beroperasi di sebuah rumah banglow yang terletak di atas bukit. Waa. Exclusive. Tidak tahu rupanya di sekitar sini ada restaurant,Ika ingat hanya rumah mewah sahaja.


Hendak tahu menu apa yang disediakan , mari kita masuk dan lihat. Jika korang boleh lihat keluasan restaurant ini agak luas. Setiap tempat duduk antara satu meja dengan meja yang lain jaraknya jauh dan memberikan setiap meja privacy yang tersendiri untuk bersembang, tanpa di dengari oleh meja bersebelahan. Mario’s Italian Restaurant menawarkan indoor dan outdoor seated. Yang menariknya, jika anda memilih outdoor seat, korang boleh melihat pemandangan malam yang indah dan juga jambatan kedua pulau pinang, pemandangan bertentangan adalah Hotel Equatorial. Pengudaraan untuk outdoor hanya lah angin malam sepoi-sepoi bahasa. Disebabkan malam itu agak panas, kami memilih indoor seat.


Kita mulakan dengan dengan baked bread. Mario’s Italian Restaurant menawarkan 3 pilihan roti panggang. Pilihan Ika pada malam ini adalah Cheesy Garlic Bread dan Bruschetta. CHEESY GARLIC BREAD (RM4.50). Crusty bread dengan mentega bawang putih dan keju. Dimakan panas-panas . Terasa cheese yang lazat dan lebih sedap jika di makan bersama mushroom soup. Nyummm


BRUSCHETTA (RM8.50). Crusty bread dengan tomato, basil dan minyak zaitun. Kalau datang Italian Restaurant dan korang tidak memilih bruschetta tidak lengkap makan malam korang. Bruschetta dipanggang dengan sempurna, ranggup, tomato tidak berlendir, dipanggang sehingga garing. Lagi sedap jika korang makan bersama soups! Recommend.


CLAM CHOWDER (RM16.00) yang terkenal di mario dibuat dalam gaya tradisional new England - dengan kerang, krim, kentang, bawang dan thyme. Clam chowder pilihan Lia dan Olivia. Next time jika Ika berkesempatan datang lagi Ika akan memesan sepinggan Clam Chowder kerana sangat sedap dan rasa yang light membangkitkan selera Ika.Recommend.

CREAM OF MUSHROOM (RM16.00). Best seller soup dengan krim dan cendawan liar yang dikisar . Rasa yang kaya dengan cendawan pekat,likat mengenyangkan.

CONSOMME MARINARA(RM16.00). Dibuat dengan campuran makanan laut, tomato dan cili. Rasanya seperti kuah spagetti bolognese . 


Setiap pesanan soup akan mendapat sepinggan roti . Roti kosong yang sesuai di makan dengan mushroom soup. Cicah dan ngap .


CHICKEN LASAGNA ( RM 32.90). Sos asli mario dengan lapisan pasta segar, mozzarella dan ricotta segar dibakar dan dihiasi dengan keju parmesan. Di makan semasa panas-panas . Rasa chicken lasagna pada malam itu agak masin. Di harap pihak restaurant mengurangkan sedikit kandungan garam. Namun mampu membuatkan Ika terliur . Selain chicken lasagna, korang boleh juga cuba beef lasagna dan vegetarian lasagna.


APPETIZERS
SMOKED SALMON (RM 21.90). Salmon Salai di atas salad yang dihidangkan dengan hirisan parmesan dan sos balsamic. Isi salmon salai yang fresh rasanya yang seimbang membuatkan kami bertambah selera menanti menu seterusnya.Recommend.


GARLIC KING PRAWN SPECIAL (RM 29.90). Udang raja ditumis dengan bawang putih dan pasli, disajikan dengan keju feta dan sos napolitana. Peminat bawang putih seperti Ika, harus mencuba. Bau yang harum, rasa udang raja yang fresh, memikat hati Ika! Aummm.Recommend.



Linguini Aglio Olio (RM 23.90) Hidangan klasik, ringkas namun penuh dengan rasa. Pasta dimasak dengan bawang putih segar, minyak zaitun, keju parmesan dan serpihan cili. Rasanya yang pedas sesuai untuk orang dewasa.


SALMON FILLET GRILLED (RM 39.90) diasaskan dengan sos oren mustard, dihidangkan dengan mashed potato dan sayur-sayuran bermusim. Ikan salmon di masak dengan penuh terliti, rasa sos oren mustard yang sebati dan ikan salmon fresh ,sesuai dengan peminat seafood. Perahan lemon membuatkan hidangan lengkap dengan pelbagai rasa.


Hidangan utama di tunggu-tunggu pada malam ni adalah pizza yang baru dan bakal dilancarkan pada 30 October 2017 ini. Waah kami rasa amat berbangga untuk menjadi antara yang pertama untuk mencuba Chicken Masala Pizza dan Prawn Masala Pizza.


CHICKEN MASALA PIZZA rasanya yang kaya dengan rempah ratus dan pedas. Pizza dengan roti yang lembut ditaburi dengan cheese. Jika korang hendak memesan main course , Ika nasihatkan korang pilih salah satu menu antara pasta atau pizza. Pasti kenyang!


PRAWN MASALA PIZZA adalah pizza kegemaran ika malam itu . Kalau diberi pilihan untuk repeat order, Ika akan pilih prawn masala pizza. Pizza dengan roti yang lembut.  Ditaburi dengan cheese dan fresh udang di dalam kuantiti yang banyak. Kurang pedas dan secukup rasa . Rasanya yang light membuat Ika makan dua potong pizza.Recommend.


Tak lengkap jika malam Ika tanpa secawan Cuppocino. Kopi yang menyenangkan membuat ika lebih segar untuk driving pulang ke rumah. Tahu tak korang yang Cuppocino adalah minuman kopi Itali yang secara tradisional disediakan dengan espresso berganda, dan susu. Recommend.


Keseluruhan makanan, minuman, ruang makan, sangat selesa dan bersih. Yang lebih menarik tempat parking yang free. Kalau korang hendak bersembang dari awal hingga tengah malam pun tidak perlu risau untuk membayar harga sewa tempat letak kereta. Untuk pengetahuan, Mario’s Italian Restaurant adalah pork – free. Tukang masak terdiri daripada pekerja muslim. Makanan yang di sediakan adalah halal dan bersih mengikut piawaan halal namun disebabkan café ini menyediakan minuman keras, certificate halal tidak dapat diberikan kepada mereka.


Jangan terkejut di dalam rumah bungalow terletak juga homestay , 3 bilik yang luas untuk korang yang teringin bercuti dan istirehat di dalam banglow mewah .Jangan terkejut jika Ika katakan, bilik yang lengkap dengan peti ice, tv, aircond  hanya RM150 untuk 1 bilik yang menempatkan  2 orang +breakfast free . Manakala bilik untuk 4-7 orang RM200 – RM250!. Omg serious murah sangat untuk penginapan di banglow ini.

Apa yang lebih menarik pemandangan di bilik ini sangat-sangat cantik,bilik yang bersih, baru, breakfast free, harga 70% lebih murah berbanding hotel-hotel disekitar sini. Apa tunggu lagi? Call pihak Mario’s Italian Restaurant untuk menempah penginapan hujung tahun korang di Pulau Pinang. Jangan lupa call dan reserved untuk tempahan makan malam romantik korang .Restaurant yang sesuai untuk korang melamar kekasih hati atau  sambutan hari lahir dan Anniversary perkahwinan.


Gambar makan malam kami berenam credited to Lyana. Korang juga boleh membaca ulasan tentang makan malam mereka di Mario’s Italian Restaurant di link dibawah ini



Mario’s Italian Restaurant
Waktu Operasi : 11.30 am -  2.30pm dan 6.00pm – 10pm
No Telefon :019-472-5837
Alamat : 88 Lintang Bukit Jambul Sungai Nibong ,
11900 Penang , Malaysia .
Instagram : mariosbukitjambul



You Might Also Like

24 comments

  1. Now I am craving for Italian. I love pizza the most.

    ReplyDelete
  2. Love the food variety served here, your photos all so tempting delicious, cant wait to enjoy all by myself...saved this for my next penang trip :P Cheers,siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. These pizza look so delicious! I'll pass this along with my relatives in Penang. I know they're going to like it there. Thanks!

    ReplyDelete
  4. Once in a while, I indulge in Italian, too, besides pizza la. Will drop by next time when in Penang. Looks so appetising!!

    ReplyDelete
  5. your photo looks tempting and delicious. Will drop by next time when i visit penang. thanks for your sharing. :)

    ReplyDelete
  6. Menarik.. pi penang nanti boleh laaa singgah makan2 kat sini.. ada homestay lg tu.. kecur tengok lasagna.

    ReplyDelete
  7. Semua makanan tu nampak sedap sangat..tgok time ni terus lapar..dh la akak x amik makan tengahari yg berat2...huwaaa lapar. .

    ReplyDelete
  8. omg....sedapnyer makanan kat sini...bagus juga entri ni..nanti nak g penang dah tau la nak duk mana,n makan kat mana...seriously murah sangat harga banglo tu...

    ReplyDelete
  9. Wow Italiano food tak pernah cuba tapi nampak menarik dan sangat sedap nanti kalau datang ker Penang mesti akan singgah sini....

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya! konsep dia sangat menarik sebab dalam bungalow. tengok dalam gambar pon memang spacious. makanan plak nampak sedap especially pizza.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya pizza tu. Nyum nyum. Konsep dia pun lain dari yang lain. In sha Allah datang penang nanti nak try makan sini la

    ReplyDelete
  12. suka tengok restoran yang bertemakan italian ni, design mesti cantik. makanan konfem sedap hehe

    ReplyDelete
  13. fuh banyaknya makanan yang sedap - sedap ni , tengah - tengah baca lapar pulk perut ni

    ReplyDelete
  14. Bruschetta memang sedap makan dengan mushroom soup.Italian food memang sedap. Bilalah nak ke Penang singgah makan2 sana. Mesti best.

    ReplyDelete
  15. Menarik tempat dia, bersesuaian dengan hidangan makanan yang mereka sediakan. Kalau sis ke Penang nanti boleh lah cuba makan di sini

    ReplyDelete
  16. Adus - tercedera iman diri apabila melihat juadah-juadah kat situ. Lasagna - pelase come to me now. Hahaha. Nice review there.

    ReplyDelete
  17. Penang memang banyak tempat best kan untuk makan. kalau AS duk penang, gamaknya bila lah AS nak boleh kurus hahaha

    ReplyDelete
  18. Kalau pos bab makan ni meleleh air liur tengok. Bila la dapat ke Penang ni. Nak cuba Chicken Masala Pizza tu. Macam sedap!

    ReplyDelete
  19. Wowwww menarik lokasinya, hidangan pula tidak mengecewakan... Tapi paling menarik part bilik tue, harga pun boleh tahan dan berbaloi juga

    ReplyDelete
  20. miss hometown so much... will surely drop by for this!!!

    Racheal

    ReplyDelete
  21. Wah.. nampak sedap je semuanya! Harga pun agak murah juga. Nanti bolehlah cuba kalau ke Penang!

    ReplyDelete
  22. Wow overall the food looks delicious to me especially the grilled salmon.

    ReplyDelete
  23. Penang really have nice food. Especially the baked cheese.

    ReplyDelete