CAMERON HIGHLANDS : PERGI BALIK HARI PART 4 ( Bahagian Akhir)

11:59 PM

Assalamualaikum semua! Ini part terakhir entry Cameron Highlands : Pergi balik hari! Kalau diberi pilihan Ika akan pilih tido sana tetapi mungkin next time! So Entry terakhir Ika akan kongsi  tips Cameron Higlands : Pergi balik hari!

Pilih tarikh bukan cuti sekolah atau cuti umum. Kami bertolak 4 pagi. Jadi kami sampai di tol Simpang pulai lebih kurang pukul 6.30 pagi. Jadi masih awal . Udara yang nyaman semasa naik bukit  dan tidak banyak kenderaan hanya 2-3 lori yang kami jumpa sepanjang perjalanan. Jadi Ini tidak melambatkan masa perjalanan kami.

Service Kereta! Ini penting Check air & tayar. Yang penting check break kenderaan korang. Korang nak bercuti dan enjoy! No No No masalah! Pastikan ada dua driver kereta. (Minimum). Ini penting untuk keselamatan diri. Kalau satu driver memang akan penat dan menggundang kemalangan bila korang mengantuk sambil drive.

Rancang perjalanan dan tempat yang ingin di tuju. Mungkin korang tidak boleh melawat semua tempat. Jadi pilih tempat yang korang betul-betul nak pergi.! p/s( ladang lavender wajib) haha.  Kami pilih tempat yang paling jauh kemudian terun ke bawah semula . Kami start dengan  Pasar Pagi brincang – Multicrops Central Market – Kea Garden/ Kea farm  – Ladang Lavender – Ladang Teh Sg Palas – (Makan tengah Hari di Old Town White Coffee) – Bertolak Balik.

Ladang Teh Sg Palas..... wawww so scary! Jalan nak masuk sempit dan menakutkan. Ada satu masa hanya satu kenderaan je boleh lalu. Kenderaan yang bertentang kena berhenti. Kebetulan kereta Ika yang pertama dan tiada kereta lain di hadapan. Cuak ok!. Nak pusing patah balik memang tak boleh ye!  Nasib baik Otak tak heng. Ika bunyi kan hon setiap kali selekoh yang Ika lalu . Ika tak nampak sama ada kenderaan bertentangan akan datang atau tiada kenderaan. Ni fungsi Hon ok!  Ika hon hampir 10 kali?  Bagi Ika ni langkah yang bijak sebab bila Ika bunyikan hon, setiap kali Ika lalu mesti ada kenderaan di hadapan berhenti di tempat yang di mana  dua kenderaan boleh berselisih. Kalau kereta Axia berselisih kereta Axia tak pe la juga! Kereta dengan Van! Kau agak? T_T..... Ika fikir “Aku nak jatuh ke bawah  bukit/ langgar kereta hadapan or nak pikir org marah sebab bunyi hon?” Stupid kalau orang nak marah sebab bunyi hon! Bukan sesaja!   Ika dapat tips ni pun masa google trip ke ladang teh!. Bekesan ok! Ingat ye fikirkan keselamatan diri dari fikir orang marah kita. Satu lagi,korang jangan nak ego lalu dulu walaupun korang tahu laluan sempit dan korang yang sepatutnya berhenti . Bertolak ansur! Kita nak enjoy dan bercuti sambil relex. Bukan mengundang kemalangan kepada diri sendiri atau orang lain! Till then! Jumpa lagi di  CAMERON HIGHLANDS! hoho




You Might Also Like

1 comments