CAMERON HIGHLANDS : PERGI BALIK HARI PART 2 (KEA GARDEN)

6:02 PM










Multicrops Central Market adalah destinasi kedua Kami !. Korang nak singgah boleh atau tak nak singgah pun boleh! Tapi alang-alang dah datang, singgah je le kan. 



Biji benih pokok Bunga dan sayur pun boleh beli. Mana tahu nak beli buah tangan kepada sahabat yang suka berkebun! Ha di sini ada. Kami hanya singgah tanpa membeli apa-apa!



Di dalam ni ada menjual cenderahati, pokok bunga dan kaktus. Kalau korang tidak sempat nak singgah kebun kaktus beli di sini pun boleh!. Cantik- cantik juga bunga kat sini. 



Destinasi berikutnya sudah semestinya Kea farm sebelah nya adalah Kea Garden! Kami Singgah di Kea Garden untuk tangkap gambar sebelum membeli barang-barang! Nanti tangan penuh susah nak tangkap gambar haha. Cantikkan bunga di Sini.



Gambar di Kea Farm Ika tak de tangkap disebabkan ramai sangat manusia yang membeli belah dan Ika risau Keselamatan diri! Yele nanti khusyuk ambil gambar lupa nak tengok dompet sendiri  karang kena ragut plak! lagi pun dah sesak dengan ramai orang . Di Kea Farm banyak menjual sayur-sayar.



Nah kalau bawa mak sure dia nak membeli! Yele 10 jenis sayur RM10. 1 peket RM1 sapa tak mau!. Walau pun Ika bukan penggemar Strawberry Tapi beli le juga untuk bawa balik rumah Itu pun 1 tray  RM20 Ika share dengan kawan Ika. Sorang tiga pek (RM10). Kat Kea farm harga Strawberry murah sikit! Ika siap beli jagung susu (Share) dan Ubi Madu. Itu sahaja yang Ika beli heheh. Jom baca Part 3 dimana Ika melawat Ladang Lavender! Wahhh Excited taw!


You Might Also Like

0 comments