CAMERON HIGHLANDS : PERGI BALIK HARI PART 1 (PASAR PAGI)

2:38 PM


Selamat pagi! Udaran yang nyaman di atas Cameron membuat Ika tak nak pulang hahaha. Sekarangkan musim panas, memang la kalau boleh tinggal di Cameron memang nak sangat! Selalu kalau korang pergi Cameron tujuan Utama mesti nak beli buah Strawberry kan? Warna yang merah saiz yang besar  harga yang murah, kalau boleh borong memang korang nak borong! Tak tipu Satu tray kuning yang penuh dengan Strawberry ni berharga RM35.00! Murah kan? Boleh dapat dalam 3 pek besar atau 6 pack medium untuk dibawa pulang. Tujuan Utama Ika nak datang Cameron nak rasa Ice Cream Lavender! Tu je hahha. 



Percutian singkat  Ika kali ni dari Penang Island ke Cameron PERGI BALIK HARI. Mula-mula rasa mustahil je, tapi bila fikir-fikir semula tak cuba tak tahu jadi kita try le tengok macam mana kan. Penat memang penat. Yang sanggup buat je boleh try. Maunye perempuan yang drive hahah! Kami bertolak pukul 4 pagi sampai di Cameron sekitar Jam 8 pagi!. Semua tempat start buka 8.30 pagi dan ke atas . Sebelum menunggu  pergi Lavender farm dibuka  kami singgah  Pasar pagi di sekitar Brincang. Hampir 75% gerai sudah buka sewaktu kami pergi.



Sayur, buah strawberry merata-rata di jual termasuk juga bunga-bunga yang menarik perhatian Ika. Di sebabkan Kami baru sampai ,Jadi kami hanya tengok ja dan membeli makanan untuk kudapan pagi! Maaf Strawberry bukan  kegemaran Ika.



Bagi Ika Strawberry sepatutnya manis! Ada ke Strawberry manis? Hahha Masam yang amat ada la walaupun Ika beli Strawberry coklat . Rasa masam tetap ada!  Ika makan sedikit selebihnya Ika bagi kat Kawan Ika!



.  Pelbagai perisa tea! 3 kotak RM20. Nasihat Ika jika korang nak beli tea beli tea di Pasar pagi ni. Kalau di KEA FARM harga agak mahal sikit.



                  Cantik-cantik bunga di Cameron. 



Nak beli bunga tapi macam awal sangat so Ika tengok je le.. Cantikkan bunga ni? Sampai kesudah Ika tak beli bunga!



Madu!  Ok Ika beli botol kecil RM10 untuk di bawa pulang. Tapi Mak cakap madu yang ni di campur gula sebab itu manis! Hahah Ika mana tahu pilih madu. Kalau korang nak beli madu yang madu asli. Korang beli sewaktu balik. Sepanjang turun bukit akan ada  banyak pondok penduduk orang asli menjual madu asli. Yang tu memang sahih keasliannye!. Tak la mahal sangat dalam  RM30 – RM35 per botol untuk saiz besar. Nak minta kurang jangan over sangat ye korang! Kesian le dia orang nak cari rezeki..



Gerai sayur celup tepung! Pelbagai Sayur yang celup tepung dan rasa yang enak. Mana-mana 3 jenis RM10. Boleh le nak makan. Di goreng panas-panas itu yang sedap. Ika beli cendawan, Brokoli dan juga UBI goreng!. Sekali ngap je ! hahah




Kesemua memang sedap. Terutama Ubi goreng! Ingat UBI biasa ja. Sekali dalam tu ada inti! Pergh sedap taw sedap!  Tak pernah lagi Ika jumpa Kat Penang. Hanya Available di Cameron je le. Rugi plak tak beli banyak-banyak hahhaa.

Ika pergi dengan kereta  Axia Ika yang comel macam tuan dia ni hehe ! Sehari sebelum pergi. Isi minyak siap-siap supaya esok tidak kelam kabut. Kebetulan Baki dalam tank minyak masih ada RM10 jadi Ika tambah je  RM37.50 untuk cukupkan full tank. . Axia lepas K pergi Cameron! -_-. Sampai je atas Cameron Ika tambah minyak kat BHP petrol Station. Tu je Petrol Station yang Ika jumpa. Tambah lagi RM20 bagi full tank semula. Tu jela minyak yang kami guna dari Penang Island – Sekitar Cameron – Penang Island.  Balik dari Cameron. Minyak masih berbaki RM10 dalam tank .  Jimat? Sangat Jimat! Kalau korang pergi dua hari lebih le kosnya.

Kereta Axia : Penang Island – Sekitar Cameron – Penang Island.
Petrol : RM 57.50.
Toll : RM 43.50
a)  Jambatan Kedua ke Simpang Pulai : RM 17.80
B) Simpang Pulai ke Jambatan Kedua: RM 17.80
C) Masuk Jambatan Kedua : RM 8.50

Jumlah keseluruhan kos perjalanan tidak termasuk shopping dan makan : RM 101.10



You Might Also Like

4 comments

  1. datang dari penang ke?? ya allah semangat nye datang dari jauh. rumah saya dekat je dengan cameron ni, dalam sejam lebih je. tapi dah malas pergi sebab selalu pergi hehehe

    ReplyDelete
  2. mieza tak pernah pergi cameron lagi, sadis betul. nnt kena cari kawan yg boleh drive nak ajak ke sana sebab meiza takde kereta. thanks for sharing your trip ika, mieza nak borong strawberry tea nnt, suka sangat ^_^

    ReplyDelete
  3. Serius axia lepas...standard g tuu ke??

    ReplyDelete