CAMERON HIGHLANDS : PERGI BALIK HARI PART 3 (LADANG LAVENDER)

6:04 PM



Punca utama untuk Ika pergi Cameron adalah nak try Ice Cream Lavender! Mana ade Ice Cream lavender dekat  Penang! Ika tahu Cameron je!. Dah datang Cameron! Tak kira nak masuk juga Ladang Lavender ni!. Tapi yang tak best! Kejap sangat singgah. Tak dapat hayati Ladang Lavender sepuasnya. Next time Ika nak plan betul-betul dan nak singgah lama sikit di sini. Baru berbaloi datang.



Nah harga tiket masuk dah naik jadi RM8 untuk dewasa! Gila mahal. Sebab tu tak berbaloi nak singgah kalau 20 minit ja. Membazir duit je! Mau-mau kena duduk sejam hahaha. Apa-apa pun, Alhamdulillah dapat juga pegang bunga lavender!.




Ok tak pe! Ladang lavender dihiasi dengan pelbagai jenis bunga! Dan ramai pula orang time ni. Nak tangkap gambar susah sikit…. background picture tak cantik. Payah la kalau tak de official photographer. Gambar sendiri tak de yang cantik….   Next time nak  hire photographer (bajet retis le plak).



Ice cream pun RM 6 per cone! Serious mahal. Boleh le sekali beli… ingat RM3 ke boleh la beli 2 kali huhu. Yang penting mahal-mahal pun sedap! Nah disebabkan mahal sangaat Ice Cream ni! "Auntie! kejap I take pic dulu" hahha .



Nak selfie tak boleh. Hp tertinggal dalam kereta. Bagus kan -_- .. Makan sampai puas hahaha. Ice Cream unggu,  Bunga unggu! Kereta unggu! Kalau buat wedding photoshoot pun cantik ni!



Lepas tu panjat bukit sikit naik ke atas. Kat atas ada kebun  bunga boleh petik sendiri! Tetapi Ika tak Nampak pun bunga lavender untuk di petik! (Ke Ika yang rabun ). 



Janji tangkap gambar pun jadi le!




Dari Pasar pagi Brincang Ika cari Tea Lavender. Tak jumpa pun… Asyik Tea Strawberry ja! Ermmm tak pe next trip Ika nak cari betul-betul. Ni dia akhirnya Selfie juga dengan kamera! Setting main agak-agak ja! Yang agak tragis Ini Picture terakhir sebelum Batery Kamera kong! Hahhaa . Alhamdulillah puas! Dapat juga datang sini. Dari tahun lepas nak datang Ladang Lavender tapi minggu lepas baru ada rezeki untuk datang! 



You Might Also Like

2 comments

  1. wahh macam best je ais krim lavender ni.. dah lama tak pergi cameron.. tapi agak mahal juga la ais krim tu

    ReplyDelete
  2. Rm8 ni harga tiket 2016 ke. Wow..

    ReplyDelete