Ramadhan Buffet 2018 Di Eastin Hotel Penang

8:11 AM

RAMADHAN BUFFET 2018 . Bulan Ramadhan Al Mubarak akan menjelma beberapa hari lagi. Korang sudah ke survey hotel-hotel yang menawarkan Buffet Ramadhan? Jika belum , jom baca pengalaman Ika menghadiri majlis pelancaran Ramadhan Buffet 2018 di Eastin Hotel Penang.

Ramadhan Buffet 2018 di Eastin Hotel Penang
Untuk maklumat korang, Eastin Hotel Penang adalah hotel kelas perniagaan antarabangsa kontemporari. Terletak secara strategik dalam lingkungan pembangunan tepi laut bersepadu Queensbay, Eastin Penang bersebelahan dengan Queensbay Mall. Dekat sahaja kalau hendak membeli-belah. Sempena Ramadhan tahun ini, Eastin Hotel Penang mempamerkan promosi buffet istimewa untuk bulan suci Ramadhan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan buffet tradisional dengan tema "Warna Warni Ala Kampung". Pasukan masakan  aka Chef yang  berpengalaman telah menyediakan pelbagai menu makan malam  yang menawarkan semua hidangan cara masakkan "Kampung" sepanjang bulan suci ini. 

 Buffet Ramadhan 2018  kali ini mengetengahkan menu Utama Kambing Golek BBQ, Gulai Kawah Kepala Ikan Salmon dan Sup Gearbox Utara. Bukan sahaja nampak lazat namun Ika rasa ianya berbaloi dengan harga yang kita bayar. 

Action Stall


Kambing Golek BBQ. Rasa yang sangat menyelerakan. Wahh nyummmm


Gulai Kawah Kepala Ikan Salmon
Gulai Kawah Kepala Ikan Salmon. Pertama kali ,Ika dapat merasa Gulai Kawah Kari Kepala Ikan Salmon. Exclusive sangat tidak boleh jumpa kat mana-mana.


Sup Gearbox Utara
Sup Gearbox Utara. Gearbox! Peminat Gearbox kena datang sini. Nak makan 4-5 ketul Gearbox pun tidak ada masalah. Not limited taw. Harga Ramadhan Buffet is fixed with unlimited food. Makan sampai kenyang. 



Selain itu, di action stall terdapat juga menu berikut. Shawarma Ayam, Penang Char Koay Teow , Bubur Lambuk dengan Condiment dan Mee Siam Berkuah


Aneka Kerabu


Aneka Ulam-Ulaman, Sambal Belacan, Sambal Cencaluk
Sambal Mangga Muda, Sambal Jelatah, Budu, Kicap Cili Padi
Aneka Jenis Jeruk, Lemang, Ketupat, Serunding Ayam, Serunding Daging
Kerabu Mangga, Kerabu Papaya, Kerabu Kaki Ayam
Kerabu Udang dengan Soo Hoon
Kerabu Sotong dan Kerabu Ikan Bilis


Sup


Sup Tulang Rusuk Kambing Berempah dan Seafood Tom Yam Putih

Citarasa Hidangan Utama


Udang Masak Tempoyak, Daging Kuzi
Chicken Pomodoro, Kam Heong Kupang
Sotong Kembang Masak Cili Kering dengan Kekacang
Ketam Masak Cili Ala Temasik, Ekor Lembu Masak Ros
Kambing Panggang dengan Sos Capsicum Berkrim
Pajeri Belimbing Buluh, Stir Fried Egg Tofu with Siew Pak Choy
Nasi Minyak Puspawangi dan Nasi Putih




Ekor lembu masak Ros. Sapa yang tidak pernah rasa. Hampa kena try rasa. For me, it was a hidden gems of the day. Sebabkan terlalu kenyang dengan main menu utama, kami hanya sempat rasa sedikit sebelum berangkat pulang. Namun, Ika menyesal makan lambat. Rasa dia perghhhhh kick ooo. Sedap sangat sampai tak taw nak habaq. Dah nak balik ni, kami sempat pi ceduk lagi sepinggan untuk ratah. Hampa taw tak, rempah ratus dia meresap dalam ekor Lembu. Sebab tu people said,its better late than nothing kan. Nasib sempat rasa, kalau tak kempunan taw. >_<


Pencuci Mulut

Kek Nangka Manis
Kek Nangka Manis. Rasanya manis buah nangka dan Ika recommend kalau sapa yang hendakkan kelainan.

Aneka Kek
Kek Ladu Oren Coklat, Kek Batik, Kek Pandan Kukus. Kek Batik Eastin hotel Penang, tak sama dengan Kek Batik yang kita beli di luar. Chocolate yang digunakan sangat exclusive sedap dan lazat. Sesuai untuk pencuci mulut. Anak korang mesti suka taw.

Sago Gula Melaka, Aneka Pilihan  Kuih-Muih Melayu

Bubur Durian
Bubur Durian Istimewa. Ringan sahaja rasa durian ni.



Antara makanan pilihan Ika dan Ain untuk 1st round haha.



Tema 
Warna Warni Ala Kampung,Ramadhan Buffet Dinner


Masa:
 7.00 malam - 10.30 malam
Tarikh : 18 Mei 2018 - 14 Jun 2018
Tempat: Swez Brasserie, Eastin Hotel  Penang

Harga
RM120.00 nett (Dewasa)
RM69.00 nett (Warga Emas)
RM60.00 nett (Kanak-kanak)


***** Eastin Hotel Penang is  offering an Early Bird Voucher Promotion at RM 100nett per person (for ages 12 to 59 years old). Please call 04-612 1111 for more details.


You Might Also Like

21 comments

  1. Macam-macam menu yang dihidangkan ya. Dan menarik sekali sbb dihidangkan dalam kawah. Dessert tu pula nampak menyelerakan sekali. Tapi sayang, jauh pulak ke utara. Nanti sy sharekan tempat ini kpd kawan2 di utara ya.

    ReplyDelete
  2. Terliur sat. Bole suggest kt geng2 org kampung ni.

    ReplyDelete
  3. So many varieties of Kerabu and the grill lamb looks so tempting. I always love the traditional food that serve in the buffet . The dessert looks so drooling.

    ReplyDelete
  4. Bubur durian nampak menyelerakan. Kek Nangka pun lain dari yan lain. Dekat je Eastin Hotel ni dengan rumah eiza. Thanks for the sharing Ika.

    ReplyDelete
  5. Wah banyak menu menarik. Tapi paling rare rasanya Gulai Kawah Kepala Ikan Salmon tu. apa la rasanya ya. Selalu makan mentah kat sushi. Orang Penang kena try sebab yang jauh ni boleh baca je. Hihihi

    ReplyDelete
  6. Warna warni sungguh hidangan dekat hotel ni. Rasa tak tahu nak pilih yang mana dulu ni. Kek nangka manis tu nampak unik sebab tak pernah pula rasa kek nangka. Buat mereka di utara boleh terjah sini untuk berbuka.

    ReplyDelete
  7. Sedapnye nampak sup gear box tu time bulan puasa kalau x lalu makan bulan puasa.. Mmg bley try makan kat sini sbb banyak pilihan makanan smua nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. macam macam hidangan.. yg exotic mcm ekor lembu pun ada. kalau saya pergi buffet mesti terjah kat dessert. saya suka tgk presentation diorang

    ReplyDelete
  9. Ayu kalau pegi buffet mmg akan terjah lauk kerabu dulu. Lepas tu dessert. Sbb kat hotel hidangan mcm ni mmh tempting

    ReplyDelete
  10. Sana sini dah start buat review pasal buffet Ramadan ni kan. Terlioq pulak sis di buatnya lebih2 laggi bila tengok kambing golek tu. Kalau berbuka kat luar tak ada kambing golek memang tak sah..hehehe

    ReplyDelete
  11. Semua menu sedap. Kene cepat2 booking tempahan untuk harga early bird.

    ReplyDelete
  12. Meriah haaa makanan. Mana2 kambing golek mesti jadi sajian utama. Sup gearbox tu nampak menarik sangat. Mesti sedap kan. Siap ada bubur durian lagi.

    ReplyDelete
  13. Banyak menu dan pilihan ramadan buffet kat eastin ni. Harga pun berpatutan. Boleh syorkan dekat company, kawan2 xpun family.

    ReplyDelete
  14. Easting Hotel Penang keren ya. bisa laksanakan event buffet ramadhan. mesti makan sedap nih apalagi bisa buka puasa nanti di Easting Hotel Penang.

    ReplyDelete
  15. Fuh.. meleleh air liur tengok gambar-gambar kat atas ni.. macam-macam ada.. tapi TB tertarik sangat pada kek nangka tu. macam mana agaknya rasa dia kan.. mesti sedap kan! Sup Tulang Rusuk Kambing Berempah dan Seafood Tom Yam Putih tu pun buat TB rasa lapar ni.. huhu

    ReplyDelete
  16. sup gearbox dia tu yang menarik perhatian ainy. kalau dekat ni dah boleh masuk wishlist ni tapi jauh pulak. sobs!

    ReplyDelete
  17. Bestnya banyak pilihan menu yang boleh pilih.airah pun masih survey buffet mana best nak berbuka nanti

    ReplyDelete
  18. Huwaaa buat lapar je tengok gambar ni. Nasib baik belum bulan puasa lagi. Hahaha. kalau tak, jilat screen lah nanti. hahaha. Eastin Hotel ni harga bleh tahan eh, juadah pun macam-macam. Bleh juga cuba nanti.

    ReplyDelete
  19. Omg... i nak makan kambing golek and nasi briyani. Memang sedap semua makanan kat situ,terliur opsss.

    ReplyDelete
  20. wow
    untung orang penang
    sedap2 menu eastin hotel nih

    ReplyDelete
  21. Just done discussion to have a gathering there during Ramadan month. Luckily I saw this and now can shared it with my friends in penang..

    ReplyDelete