Un-Pore-Gettable ALTHEA BOX

8:55 PM

Hello korang, Selamat tahun baru! Tahun baru ini kita start dengan Althea Box . Kalau korang tidak tahu, Althea telah menjadi salah satu kedai kecantikan dalam talian yang terbaik untuk membeli belah  kerana bukan sahaja mereka menawarkan banyak produk kecantikan daripada Korea yang sah pada harga yang lebih rendah, mereka juga membuat penghantaran terus dari Korea!

Pada setiap bulan mereka akan melancarkan Althea Concept Box bergantung kepada tema pada bulan tersebut. Apa yang menarik tentang Althea, adalah edisi terhad set penjagaan kulit atau barang solek yang ditawarkan setiap bulan, dan dijual jauh lebih murah daripada bila setiap produk dijual secara individu. Untuk kali ini, Ika akan review Un-pore-gettable Box. Seperti namanya, konsep kali ini focus produk penjagaan kulit terutama korang yang mempunyai pori-pori yang luas. Mari kita terjah apa yang produk yang ada di dalam Un-pore-gettable Box . Un-pore-gettable Box berharga RM127 dari nilai asalnya RM417. OMG sangat berbaloi tahu.


Red Ginseng Hydrogel Mask,
Setiap mask mengandungi ekstrak madu semulajadi yang tinggi dalam vitamin, asid amino dan mineral yang melindungi kulit. Sebelum penggunaan sila simpan dipeti sejuk selama 20 minit untuk mendapatkan rasa nyaman semasa process penggunaan mask.



Common Labs Mild Peeling Finger Pad (7pc)
Pad ini mempunyai poket meletakkan jari. Senang digunakan. Sarung sahaja di jari korang dan gosok perlahan –lahan di sekitar muka untuk untukmenyingkirkan sel kulit mati. Pad jari ini mengandungi AHA + BHA sesuai untuk digunakan 2-3 kali seminggu sahaja untuk mengelakkan daripada mengelupas kulit secara serious.



Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick
Satu lagi produk terbaik di Korea adalah All Kill Pore Tightening Stick oleh Rire! Ika pernah mendengar bahawa ia mempunyai iceberg yang kaya dengan mineral dari Iceland. Menariknya.Cuaca agak panas sekarang . Jadi Ika sapu disekitar muka Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick dan waaa rasa sejuk diwajah. Dalam masa yang sama mampu menutup pori-pori yang terbuka secara sementara.



Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Kit
Kotak ini hanya sampel kit. Sesuai untuk travel. Ia mempunyai satu paket pad kapas, 10ml Jeju Volcanic Pore Foam dan Jeju Volcanic Pore Toner 13 ml. Sesuai untuk penggunaan seminggu



Laneige Powder Fit Cushion # 23 Sand
Laneige Powder Fit Cushion meliputi kekurangan secara sederhana di kulit muka Ika. Sangat sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kombinasi kerana kerana ia memberikan effect matte pada kulit wajah. Semasa penggunaan, Ika tidak terasa Laneige Powder Fit Cushion berada pada permukaan kulit. Bertahan 5-8 jam sesuai untuk ke pejabat.  Code 23 Sand sesuai untu kulit Ika, tidak terlalu cerah.



Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner

Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner  mengandungi pelbagai ekstrak tumbuhan dan bahan semulajadi yang membantu mengimbangi tahap pH kulit. Apa yang menariknya toner ni agak mahal kerana ramai pengguna Klairs berpuas hati dengan hasil yang diberi setelah pemakaian secara konsisten. Telah dianugerahkan sebagai toner muka terbaik selama 2 tahun berturut-turut membuat Ika teruja untuk mencuba. Bau toner ini seperti herba dan Ika sukakannya.Texture toner agak likat tidak terlalu cair membuatkan Ia kekal di permukaan kulit dan tidak melekit! Selepas penggunaan,rasanya sangat fresh dan kulit terasa segar.



Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Ia berhasil untuk membersihkan kulit secara dalam dan mengeluarkan sebum yang berlebihan dengan tanah liat Volcanic dari Pulau Jeju. Sebelum memakai mask ini , jangan lupa membersihkan kulit muka korang terlebih dahulu.  Kemudian, sapukan  lapisan mask secara nipis, jangan terlalu tebal lambat untuk kering. Tunggu sehingga kering danbilas dengan air suam. Wah segarnya wajah Ika ni!.Rasa Lebih tegang dan anggun. Cewah.Apa yang best sangat tentang Althea. Box Kali ini penuh dengan sample mini untuk dicuba! Untuk maklumat sila layari
Althea Korea


You Might Also Like

17 comments

  1. wau seronok nyaa skincare banyak2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. Zaza pun ada guna.. Yg volcanic clay mask tu syok pakai.. Lps cuci rasa lembut je kulit.

    ReplyDelete
  3. Wah banyaknya barang mekap up. Saya berkenan nak cuba Innisfree tu nampak menarik reveiwnya

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Dah lama tak dilamar althea. Produk althea memang best. Ada jugak finger pad yer. Baru tahu ☺

    ReplyDelete
  5. Lucky you. I have always love its beauty box and I have keep mine so far, not wanting to throw them away. The products that come with it? Makes me sublimely happy!

    ReplyDelete
  6. Alaaa....Common Labs Mild Peeling Finger Pad tu nampak best la. Stress betul emi kalau tengok orang lain beli beauty products from Althea. Terus rasa nak beli jugak haha. memang berhantu sket dengan Althea ni

    ReplyDelete
  7. Wow bestlah untung lah orang perempuan sebab selalu dapat produk macam ni banyak lak tu.

    ReplyDelete
  8. Bestnya tengok skin care products innisfree nie. Somehow their packaging for the products look so cute and menarik minat untuk beli

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya.. macam-macam ada ya. Muka Kak Sue nie pun ada open pore, ada rezeki boleh cuba produk nie nanti..

    ReplyDelete
  10. Wahhh unboxing time.. bestnya.. content of althea box tu yg best

    ReplyDelete
  11. red ginseng hydrogel mask! from the name itself, sounds like something i would want and i would need for my face. haha maybe i should consider getting this Althea box too!


    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. Produk Althea memang best best.. Suka sangat. Nanti nak beli Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask tu.. Memang dah ada dlm list

    ReplyDelete
  13. Menariknya semua produk dlm un-pore-gettable box ni. Kak ana paling tertarik dengan finger pad tu. Menarik sgt. Hanya gosok pelahan utk singkir kulit mati. Entri ni buat kak ana nk beli set ni jer.

    ReplyDelete
  14. i love the clay.... never use the brand before, but should try one day

    ReplyDelete
  15. TB pun dah try Box ni.. best sangat-sangat! liang pori semakin mengecil dan yang bestnya clay mask tu.. adoi.. sejuk dan buat muka tegang lepas guna.. terbaik.. semua produk dalam box ni best!

    ReplyDelete
  16. Bestnya dapat barangan dari Althea. Lama dah tak dapat brg2 dr mereka..huhuhu. Memang suka betul barang2 dr Althea ni, nanti nak shopping lah..hehehe

    ReplyDelete
  17. I love your blog, thanks for sharing the box. The finger pad is really interesting.

    ReplyDelete