SON & PARK MAKEUP WORKSHOP X SASA

10:30 AM


Hello  Semua! Hari Sabtu yang lalu, Ika menghadiri beauty workshop SON & PARK MAKE UP WORKSHOP X SASA. Bertempat di SASA QUEENSBAY,PENANG. Tempat yang disediakan juga terhad. Namun Ika terpilih untuk menjadi peserta . Peserta yang hadir Cuma 6 orang sahaja termasuk Ika.  Teruja Ika. Syarikat SON & PARK menghantar pakar kecantikan MUA bertaraf professional. 




Bukan senang hendak mendalami ilmu makeup dari pada MUA professional. Sebab itu Ika merebut peluang seperti ini untuk memperbaiki skill makeup Ika.Elaine Adalah MUA kami untuk hari itu. Setiap peserta akan di bimbing oleh penolong MUA. Ini model kami hari itu. Namanya lupa hendak Tanya :P. Gambar tidak banyak. MUA Elaine suruh kami fokus kepada pembelajaran makeup daripada mengambil gambar. Sempat la ambik curi-curi.



Apa yang menarik tentaang bengkel kecantikkan ini. Ika dapat menggunakan hampir kesemua barangan jenama SON & PARK. Banyak kan? Semasa menghadiri bengkel ini. Ika mengenakan solekan nipis. Perkara yang pertama yang perlu kami lakukan ialah membuang makeup di muka! Ohhhhh tidak! Ika guna eyelinear waterproof. Sudah pasti sukar untuk membuangnya! Assistant MUA menyuruh kami menggunakan Beauty Water sebagai makeup remover.



Biar betul? Tahu tak Beauty water adalah toner! Mana mungkin sebagai makeup remover!
Ika pun krik krik krik.Biar betik ni? Cuba jela.
Ok sekali sapuan, OMG makeup Ika telah tanggal!
Dua kali sapuan! Eyelinear water proof telah tanggal juga!  Baru Ika tahu SON & PARK
Beauty water adalah 2 in 1.  Sebagai toner dan make up remover. Beauty water membuang sel-sel kulit mati atau kekotoran seperti sisa makeup mahupun lebihan minyak dimuka.



Son & Park Skin Fit Foundation. Stick foundation warna hijau ini , code #23 tidak tebal jika korang pakai, rasa ringan namun mempunyai teknik supaya foundation itu tidak berketul ataupun bercapuk. Gunakan berus dibelakang supaya sapuan lebih flawless. Baru Ika tahu. Kan kita dah belajar benda baru cara menggunakan foundation stick.






Ika juga dapat belajar teknik penggunaan mascara supaya bulu mata tidak jatuh. Patut la selama ni Ika paling tak suka nak menggunakan mascara. Bulu mata tak lentik pun.  Ada teknik rupanya. Sebab itu kalau kita tak cuba sendiri,kita tak tahu bagus ketidak sesuatu produk itu. Ini buka selepas makeup. Tema kami hari itu,Korean Street Style  look.Vibrant color is a must.




Peserta tengah praktis makeup.



Gambar kami semua. Apa yang Ika boleh simpulkan disini Ika sangat berpuas hati dengan dua produk iaitu Beauty Water dan Two Way Lip Chalk. Two Way Lip Chalk bagi Ika texturenya matte, Sangat pigmented, long lasting. Macam mana Ika tahu long lasting? Selepas habis beauty workshop. Ika pergi makan tengah hari. Warna tetap cantik dan tidak cepat luntur. Sampai kepetang, warna masih ada di bibir Ika!  Kalau korang free, nanti jika korang singgah di SASA cuba try guna tester Beauty Water dan Two Way Lip Chalk. Sudah pastik orang jatuh cinta.



Ini goodies beg yang diberikan oleh SON & PARK. Kami diberikan Two Way Lip Chalk random warna sebagai hadiah. Yang bertuahnya Ika mendapat  warna yang paling Ika jatuh hati adalah NO3 WOONI. Nude color high pigmentation!




You Might Also Like

18 comments

  1. best tengok orang belajar make up. msred tak pernah belajar dgn pro, belajar sendiri je ngan mag... so tak caun la sgt...

    ReplyDelete
  2. Pernah join aktiviti camni dulu dulu kat Mas Training Academy.

    ReplyDelete
  3. Kalau zaza pun gilaaa tengok makeup tau hehehe.. Masuk workshop mst byk tip dan teknik solekan dia ajar kan..

    ReplyDelete
  4. Bestnya dapat tunjuk ajar daripada MUA berpengalaman. Bolehlah belajar teknik mekap yang betul

    ReplyDelete
  5. best tengok orang terror mekap. Dapat puaskan hati sendiri hasil kerja tangan sendiri memang terbaik. BTW first time dgr jenama ni nampak menarik

    ReplyDelete
  6. I also don't really know how to apply mascara. I want to learn make-up too.

    ReplyDelete
  7. seronok dapat belajar mekap ni. Lepas tu ajar kat orang lain pula. hehe

    ReplyDelete
  8. bestnye...main mekap2. untung ika

    ReplyDelete
  9. bagus la beauty park tue 2 in 1 , boleh jadi makeup remove dengan toner , jimat

    ReplyDelete
  10. Wow pretty! Wahh kaum Hawa mestilah suka dengan event begini. Boleh mendalami ilmu untuk penampilan diri!

    ReplyDelete
  11. wow sumore got such workshop at SASA! but good to educate people on how to use their product.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. Nice workshop, i like their makeup also. Wow that Two Way Lip Chalk is good.

    ReplyDelete
  13. Untuk orang yang minat makeup memang best dapat join workshop ni. Banyak dalapt ilmu kan.

    ReplyDelete
  14. tak pernah lagi join mekap event macam ni heheheh.. nak try gak :-p

    ReplyDelete
  15. Wah..beauty water dia sounds interesting je lol

    ReplyDelete
  16. I have heard this brand. But never try myself. Heard their lippie is good.

    ReplyDelete