KOTA Dine & Coffee, When Francis Meets Rempah @ Fort Cornwallis Penang

11:56 PM



Selamat petang. Ika akan bawa korang melawati tempat bersejarah di Pulau Pinang. Kali ini kita akan melawat Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota,Georgetown. Kota Cornwallis  adalah kota lama dan ia didirikan pada tahun 1786. Kota Cornwallis dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Earl Cornwallis. Di dalam kota itu  terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang. Jika hendak memasuki Kota Cornwallis korang perlu membayar RM10 untuk dewasa. Agak mahal? 



Jangan risau korang akan dapat rebate RM10 jika berbelanja di dalam Kota Cornwallis . Tetapi jika anda masuk pukul 7.00 pm dan ke atas. Free sahaja bayaran masuk. Apa yang menariknya selain kedai cenderahati terdapat sebuah cafe yang diberi nama “Kota Dine & Coffee - when Francis meets rempah”. Kota Dine & Coffee - when Francis meets rempah berasaskan makanan Baba dan nyonya atau peranakan yang popular di Melaka. Agak janggal bagi Ika kerana ini pertama kalinya Ika nak cuba masakan baba dan nyonya. Tinggal di Pulau Pinang,makan nasi kandar ja Ika tahu haha.





Mari kita lihat kawasan sekeliling Kota Dine & Coffee yang dibina menggunakan tingkap kaca dan lutsinar. Membolehkan cahaja matahari Mencerahkan ruang makan dan untuk pelanggan menikmati pandangan sekitar kota Conrnwalis .





Mari kita terjah apakah menu menarik yang ditawarkan oleh Kota Dine & Coffee.Amboi cantiknya hiasan dalaman Kota Dine & Coffee. Sangat simple , minimalis, dan romantik. Korang disambut patung Sir Francis Light yang sedang melihat menu . Ini merupakan satu-satunya dekorasi untuk korang swafoto ataupun bergambar dengan lebih dekat dengan Sir Francis. 







Sekitar bahagian Cafe Kota Dine & Coffee. Selesa untuk satu family mahupun jika berseorangan. Kota juga menyediakan ruang khas untuk makan malam tahunan syarikat, makan malam jabatan syarikat , sambutan hari jadi mahupun private wedding. Café ini mampu menampung 60 hingga 80 tetamu dalam satu masa

 
Opps sebelum Ika teruskan, untuk pelanggan yang beragama Islam jangan ragu-ragu cafe ini berstatus Halal. Bukan halal di mulut sahaja dengan bukti kukuh sijil halal dipamerkan di dalam cafe. Susah bukan mencari cafe di sekitar Georgetown yang berstatus halal? Kan dan jumpa. Jom kita teruskan pembacaan.. 



Menu pertama yang disajikan Jumbo Platter (RM38). (Dihidangkan dalam pinggan yang besar berbentuk bulat ). Ini sebagai appetizer, pembuka selera sementara menunggu hidangan utama. Setiap hidangan dipilih dengan teliti dan dibentangkan ke meja korang. Ada kerabu mangga yang enak di makan begitu sahaja  dihidangkan bersama cawan pai tee.



 Menu terbaik sepanjang  malam adalah Hokkein Mee (RM25),  Mee diganti dengan spagetti  yang halus yang dipenuhi dengan udang, telur puyuh dan kaviar. Rasa yang lemak berkim seperti kuah perisa keju. Sedap dan unik. Ika habis kan hidangan ini sehingga menjilat  jari.



Hidangan kedua dinamakan  Nyonya (RM25) . Ia disediakan lapisan demi lapisan . Bahagian bawah merupakan  Otak-Otak , nasi kerabu menggunakan  Bunga kacang telang biru sebagai pewarna, kemudian diakhiri dengan acar dan rendang ayam.



Hidangan seterusnya adalah Satay(RM25). Satay ayam dengan perapan rempah ratus. Tidak seperti satay biasa Didatangi dalam bentuk sushi, nasi impit dibahagian tengah dibaluti dengan isi ayam. Disirami kuah kacang di bahagian atas sebelum dihidangkan.



Kota Asam pedas(RM32), yang pertama sekali Ika dapat merasa asam pedas dari ikan Salmon! Wah hidangan yang exclusive ini hanya boleh di dapati di Kota Dine & Coffee. Rugi nya kalau korang jalan-jalan di sekitar Georgetown dan tidak singgah di sini.



Burger ketam goreng diapit dengan 3 roti goreng . Sajian yang unik tidak pernah Ika cuba.



Kari(RM25), dihidangan pastri puff panggang yang menyeliputi semangkuk kari disajikan dengan dua potong roti Benggali untuk di cicah dengan kari Ayam dan kentang. Gunakn pisau untuk memotong pastri puff, di dalamnya mengandungi kari ayam dan kentang. Walaupun pastri puff menyeliputi kari, ia  dimasak dengan baik , isi ayam dan kentang sangat lembut.





Jangan lupa memesan Milk shake setiap satu beharga (RM16) . Honeydew , Cendol, Pandan milk ,Ang Dao Kar (kacang merah). Tak pernah dengar lagi kan orang jual Pandan milk shake. Selalu daun pandan digunkan untuk mewangikan nasi lemak.Tetapi jika Pandan di buat milk shake Sedap ke? Pandangan peribadi Ika, Ika memang terlalu sedap sehingga kami berenam berebut untuk minum Pandan Milk Shake dari minuman milk shake yang lain.



Sunset: Watermelon, Mint, Lime, Sprite
Signature: Lemongrass,Lime,Min, Chili, Sprite
Sunrise: Orange, Lime, Mint, Mango, Sprite.
Ketiga-tiga minuman ini memberikan korang menikmati minuman sentuhan Baba Nyonya Malaysia.Sangat berkhasiat.Setiap satu berharga (RM16)



Review Ika kali ini diakhiri dengan pencuci mulut. Creme Brulee (RM19bukanlah Creme Brulee biasa seperti yang terdapat kedai .Chef menyediakan 3 jenis rasa yang berbeza dalam satu hidangan dengan inspirasi Masakan Perancis. Setiap hidangan terdiri daripada Pandan ,Gula Melaka, dan original. Semestinya Creme Brulee Pandan sedap berbanding Gula Melaka, dan original. Kek Nasi lemak. Agak ganjil, tapi tak salah untuk mencuba jika anda sukakan keunikan Tapi tekak ika tidak boleh terima. Tidak boleh berimaginasi nasi lemak sebagai kek.



Awak awak, Petang-petang minum teh tarik, tertarik tak awak dengan kita? Cewah, kek ini adalah kek berperisan teh tarik. Serious seperti minum teh tarik diwaktu petang rasaya.



Parfait : Pandan, black sesame, nangka. Bolehlah rasanya tetapi agak ganjil rasanya.



Tamat sudah review Ika tentang menu yang disediakan oleh Kota Dine & Coffee. Sebelum pulang mestilah minum secawan kopi. Memberikan tenaga untuk Ika pandu pulang ke rumah. 



 Rasa setiap hidangan tidak akan berubah walaupun korang datang selepas 2 bulan berkunjung ke Kota Dine & Coffee kerana setiap pekerja di sini menawarkan skill pekerja mahir dalam bidang masing-masing. Dalam masa yang sama korang akan dilayan seperti VVIP. 
Ini merupakan 5 menu yang Ika cadangkan untuk korang jika pertama kali korang ke Kota Dine & Coffee . Trust me you won't disappointed with my choice.

Address: 
KOTA Dine & Coffee, When Francis Meets Rempah
Fort Cornwallis (inside Fort Cornwallis), 
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 
10200, Georgetown, Penang.
Business Hours: 10 am to 10 pm. Opens Daily.
Contact Number: 604- 251 9420

You Might Also Like

32 comments

  1. Wow! semua nya sedap-sedap. I nak cuba kota asam pedas with rice.

    ReplyDelete
  2. Best nyer..selalu pegi padang kota mkn mee sotong je..next week pegi penang! Nak try la cafe ni lol best

    ReplyDelete
  3. Ohh menarik.xpernah lagi masuk kat dlm kota nie

    ReplyDelete
  4. Alahai pagi2dah nampak makanan sedap2..terus berbunyi perut ini..hehe..

    ReplyDelete
  5. Menggoda sungguh lah, pandan milk shake tu, agak2 try buat sendiri kat umah menjadik tak ekk, nk nunggu ke sana tak tau bila.. anyway great sharing dik, thanks

    ReplyDelete
  6. Waaa,nampak sedap semuanya. Lain kali pergi penang kena singgah tempat ni.

    ReplyDelete
  7. Wahhh cantiknya kedai dia, ini kalau kaki instagram mesti suka. Macam-macam menu pulak tu. Iday tak pernah try makanan perancis. Mungkin kalau ke penang nanti, boleh singgah. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Kalau pi Penang tempat pertama tuju mesti pasaraya Chowrasta dulu.

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya..makanan pun menyelerakan.

    ReplyDelete
  10. Alahai... baru je balik dari Georgetown semalam. Kalau tau awal ni bolehlah singgah. Semua nampak sedap je. Huwaaa

    ReplyDelete
  11. Ya Ampun. terliur semua! Bestnyaaa..Tak pernah gi sini..

    ReplyDelete
  12. Alamak sedapnyaaaa terliur betul tengok menu dia yg sedap2 belaka. Boleh singgah nanti kalau ke area Penang hee

    ReplyDelete
  13. Wahhhh.. Semua makanan tu nampak sedap sangat, Harga pon boleh tahan jugak yer. Tapi kalau berbaloi dengan kesedapannya ok lah ☺

    ReplyDelete
  14. Like the food preparation and it look delicious

    ReplyDelete
  15. Tak sangka plak ada tempat lepak and makan sebegini ye. Thanks sebab sharing - perhaps boleh bawa parents saya datang melawat next time diorang nak vacation.

    ReplyDelete
  16. the place looks nice. i will check it out with my dear

    ReplyDelete
  17. The milk shake looks refreshing. Love the delicious food here.

    ReplyDelete
  18. Penang I wanna go again. This place no dine before. Need plan a vacation soon!

    ReplyDelete
  19. Lots of good food here. Want to try when I am around that area.

    ReplyDelete
  20. okeh.

    makanan dan lauk pauk memang aummm habis. hoho

    ReplyDelete
  21. menyelerakan weih.. ajak la lisa sekali haha

    ReplyDelete
  22. Kota seems new. I was in Penang some time back and didn't notice Kota. Too bad, cos I like Peranakan food!

    ReplyDelete
  23. The creme brulle also comes with so many different flavour leh! I like the serve plate though, so classic!

    ReplyDelete
  24. Oh my! Semua makanan pun nampak sedap! Rasa nak cuba pulak tapi jauh! Nak bookmark post ni jap, Suatu hari nanti bila berdekatan bolehlah singgah ke sini utk cuba makanan di sini! TQ for sharing review sis!

    ReplyDelete
  25. Saya orang Penang pun tak jennguk lagi lokasi yang menarik kat sana. Nanti kene plan ni, macam rugi je tak pegi kan.

    ReplyDelete
  26. Haven't try this before. I want to try their Jumbo Platter!!

    ReplyDelete
  27. Penang is one of my fav place selain melaka.Tapi sampai sekarang tak habis jelajah penang lagi.

    ReplyDelete
  28. Tak pernah sampai sini lagi. tpi insyallah dpt pegi satu hari nnti. nasib ada preview dari blog awak ni. hehe

    ReplyDelete
  29. Wah! If you go to Penang you can't on diet. There are plenty of delicious food to try and savour. I like the Jumbo Platter and Hokkien Mee also.

    ReplyDelete