DESIGN BUSINESS CARD UNTUK BLOGGER

9:32 AM


Hello guys! Sejak kebelakangan ini, Ika ada mendapat beberapa jemput event di sekitar Pulau Pinang. Malangnya bisnes kad Ika dah habis stock. Sedih tidak dapat bertukar-tukar bisnes kad. Tahukan bisnes kad membuat korang kelihatan lebih profesional. Senang jika ada potential customer nak hire kita untuk sesuatu job. Bisnes kad untuk blogger lebih fancy , korang boleh letak apa sahaja dalam bisnes kad tetapi dalam masa yang kena ada nampak ciri-ciri professional. Yang penting kemas dan mudah dibaca. Ika malas nak tunggu lama sebab tu Ika malas nak beli online. Hendak tunggu design siap, nak tunggu print, nak tunggu posmen datang hantar la. Lambat sangat process.

Ika  cepat-cepat google kedai yang menyediakan printing bisnes kad dengan cara yang pantas dan cepat di sekitar Pulau Pinang. Ada la Ika jumpa beberapa kedai tetapi harga pun main peranan juga kan. Bercakap tentang design, kedai yang Ika print ini ada mengenakan Charge untuk Design. Korang ingat senang ke nak design card. Kepada yang ambik upah design secara free, Ika salute. Dalam design sesuatu perlukan kesabaran nak pula pelanggan yang cerewet, tukar warna la,tukar tu la tukar ni la.  Nasib la Ika ada basic ilmu dalam design . Jadi tak perlu la Ika bayar extra upah untuk design, hanya bayar printing bisnes kad sahaja. Cantik atau tidak bisnes kad Ika? Sendiri Design taw. Mestila puas hati.

Meh Ika cerita ciri-ciri yang perlu ada di bisnes kad sebagai seorang blogger.

1) NAMA: Nama apa korang nak letak? Semestinya nama blogger korang. 
Jika di dunia blogger korang di panggil IKA SANI. Jangan di letak nama penuh,
 Susah orang nak ingat bisnes kad ini sapa punya.

2) STATUS : Bukan status single ke kawin ke, adakah anda ini Blogger, Insta Famous, Influencer? letak sahaja yang korang rasa sesuai .Ika hanya Blogger biasa, tak sampai tahap influencer huhuhu.

3) EMAIL: Jangan malas buat Email khas untuk blogging. Jangan dicampur 
adukkan email kerja dengan email blogging. Nanti yang susah siapa? Korang juga

4) SOCIAL MEDIA : Ika letak Instagram sahaja. Boleh juga letak 2 atau 3 social 
media korang. Kalau ada 10, tak kan nak letak 10, name card saiz kecil sahaja.
 Mana muat. Jadi pilih yang penting atau yang mana korang nak focus lebih.

5) NO TELEPHONE: Penting, kadang-kadang,PR ini ada urgent invitation, 
mereka akan call anda. Lebih cepat,pantas dan friendly. Kalau untuk lebih 
professional guna email le.

6) URL BLOG: Ini penting untuk PR, melihat hasil kerja blog review korang 
yang lepas-lepas. Kadang – kadang mereka akan menilai hasil kerja korang 
baru mereka akan tawarkan korang peluang-peluang review.


CIRI- CIRI TAMBAHAN,
7) HEADER: Paling penting Ika titik beratkan lebih adalah header blog. 
Kalau korang perasan, Header blog Ika agak berbeza dengan header blogger yang lain. 
Susun atur barangan makeup mencerminkan I'm Beauty Blogger (walaupun diri bukan kategori cantik pun hahha). Sekali imbas orang dah tau, kategori blog Ika. Cewahhh.  Ika letak gambar header Ika dalam bisnes kad untuk orang mudah mengenali Blog Ika. Jadi korang pertimbangkan header korang untuk dimasukkan ke dalam bisnes kadFor me, my business card is  a part of my blog. My blog header is trademark to me. So, this header is compulsory in my business card.

8) FONT: Font tulisan sangat penting, mudah di baca tetapi masih mengekalkan gaya 
yang unik. Font di header, Ika gunakan font yang sama  di dalam bisnes kad.

9) GAMBAR: Kebanyakkan blogger letak gambar mereka di dalam bisnes kad.
Optional. Ika pun letak tetapi wajah Ika agak samar-samar. I want to make it mystery. <3

10) WARNA: Pemilihan warna Kad juga penting, Ika suka berlatar belakangkan 
warna putih, kerana senang untuk Ika bermain dengan warna-warna tulisan atau gambar. Kalau korang suka warna hitam. Boleh sahaja tiada masalah, yang penting kena tahu warna kontra untuk tulisan atau logo yang membolehkan name card korang menyerlah dari yang lain.

11) KUANTITI: Kalau korang jarang pergi Event, Ika cadangkan korang print 100 atau 200pc. Jangan terlalu banyak. Nanti design bisnes kad korang not up to date. Ika suka tukar design header. Jadi bisnes kad pun Ika akan design lain. Tapi kalau suka maintain kan design kad orang dari dulu sampai sekarang pun tak ada masalah semua bergantung kepada citarasa sendiri. 

Itu sahaja pandangan Ika tentang topik bisnes kad untuk sorang blogger.Kalau ada peluang-peluang review, jangan lupa email Ika ye. 

You Might Also Like

13 comments

  1. Alololo comelnyaaaaaaa kad dia. Hahaha. Akak dulu name card pertama gambar kartun. Sebab akak suka art. Tetiba next year rasa mcm kekanak. Akak tukar design muka akak. Kad tebal dan mcm 3D. Kemudian ia menjadi ikutan. Hehehe. Lepas tu akak tukar lg kad. Gambar termini yg slim. Kad akak mesti warna putih. Sebab font dah warna warni.sekarang akak rasa nak tukar lg design. Nak takmo ada muka. Hahahaha. Macam-macam kan? Depend pada mood kita name card ni kan. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Good sharing. Bab business card ni kena dahulukan maklumat yang penting dulu. Lepas tu baru tengok design dan lain lain :)

    ReplyDelete
  3. very informative, goob job. thank you

    ReplyDelete
  4. Buat business card pun kena ada tips hehehe tapi bagus lah lepas ni tak salah isi info dalam tu dan tak nampak serabut kan..

    ReplyDelete
  5. Semua yang Ika cakap ni semua betul! Hehehe thanks for sharing. Moga bermanfaat buat semua yang nak buat card :D

    ReplyDelete
  6. Lagi simple lagi bagus kan! Kalau complicated sangat,nak tengok pun rasa semak semacam,tak jadi urus niaga nanti ahahah

    ReplyDelete
  7. Baca entry ini baru teringat yang business card dah habes. nak buat design yang baru tapi tak tahu macam mana lagi..hehe..btw lawa business kad awk..

    ReplyDelete
  8. Good info. Nak jugalah tempah business card... www.prettilyrare.com

    ReplyDelete
  9. Iday punya kad hari tu pon simple je, cuma 2 warna hitam dan putih. ni sekarang kad pon dah habis. Dah kena buat sebab nak join event. hehe Thanks share tips, dah tahu apa info nak letak dekat kad nanti :)

    ReplyDelete
  10. simple la best sekarang ni semua minimalist...

    ReplyDelete
  11. Simple name card design will be the best. Clear n clean name card. Add in some color to make it more attractive

    ReplyDelete
  12. Cantiknya.. suka tengok fancy macam tu. Thanx for sharing :)

    ReplyDelete