PROGRAM VAKSINASI HPV PERUMA 2017

9:15 PM

Hello Semua! Korang ambik ke belum Suntikkan Vaksin HPV? Apa itu HPV? HPV adalah ‘Human Papilloma Virus’.  Virus ini boleh menyebabkan kanser servik. Tahu tak korang Suntikan vaksin HPV yang diberikan bagi mencegah jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser servik dimasa akan datang. Apakah kaitan HPV dengan kanser servik? Hampir kesemua kes kanser servik (lebih 99%) dikaitkan dengan jangkitan HPV.. Jangkitan HPV tertinggi berlaku dikalangan mereka yang berumur 16 ke 20 tahun. Seriously?? Sehingga kini, terdapat dua jenis vaksin yang boleh melindungi perempuan daripada jangkitan HPV yang menyebabkan kanser servik. Kedua-dua vaksin ini telah terbukti berkesan dalam mencegah jangkitan HPV subtype 16 dan 18, yang menyebabkan 70% keseluruhan kes kanser servik. So meh kita mencegah dari mengubati!.



Jika belum belum dapatkan suntikkan, korang boleh dapatkan secara percuma di (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara – LPPKN) sempena Program Vaksinasi Hpv Tahun 2017. Pemberian Vaksinasi Hpv Secara Percuma Pada Tahun 2017 Adalah Kepada Wanita Warganegara Malaysia/Penduduk Tetap Yang Lahir Pada Tahun 1990 Hingga 1996 Serta Bujang/Belum Pernah Berkahwin. Walau Bagaimanapun, Kuota Jumlah Penerima Adalah Terhad Kepada 30,000 Orang Wanita Sahaja Untuk Seluruh Malaysia & Berdasarkan Kepada ‘First Come First Serve Basis’. Kuota Diberikan Kepada Setiap Negeri/Klinik Nur Sejahtera Lppkn.



Ini syarat-syarat untuk korang layak mendapatkan suntikan secara percuma. Yang tidak layak sila dapatkan secara berbayar di mana-mana hospital atau klinik yang menawarkan perkhidmatan suntikkan vaksin. Yang paling murah , 1 jarum RM300 - RM400 ,So untuk 3 jarum hampir RM1200?. Jika hospital, Ika rasa lagi mahal. Ergggg mahalnya….. Setiap individu yang berdaftar akan menerima suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 4-6 . Wajib 3 kali mengikut jadual yang ditetapkan nurse. Kalau tak cukup, vaksin itu tidak berkesan, so rugi je…… Kalau korang dah cukup syarat yang ditawarkan oleh LPPKN, free je , meh dapatkan suntikan ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN.Tetapi sebelum korang pergi ke LPPKN, sila hubungi mereka terlebih dahulu untuk mengetahui masih adakah vaksin yang available untuk korang. 




Side effect pula depend kepada individu tersebut,Ika hanya lenguh tangan sahaja untuk 1 minggu.Bila nak gerakkan tangan pun rasa tak boleh gerak huhu. Tetapi lepas seminggu lebih dah ok. Lepas Ika balik, terus tuam dengan tuala panas,jadi tak rasa sakit sangat.



You Might Also Like

28 comments

  1. Alaaa..org yg da kawen pun nak jugam...hehheheh

    ReplyDelete
  2. Nka buat la. Selagi masih membujang ni. TErima kasih kak share pasal info vaksin HPV ni.

    ReplyDelete
  3. Wahhhhhh! Nak cari laaaaa... tq dor sharing dear. Nak google la Klinik Nur Sejahtera LPPKN ni yang terdekat.

    ReplyDelete
  4. Tahniah di atas inisiatif begini. InsyaAllah akan membantu ramai yang tidak berkemampuan kan.

    ReplyDelete
  5. Saya takut jarum....

    Tapi baru-baru ini bawa anak yang bongsu pergi cucuk untuk 2 tahun.

    Siot je, sikit pun dia tak nangis.. lepas cucuk dia boleh sambung main sambil gelak-gelak. Tertiba rasa malu dengan anak sendiri.

    ReplyDelete
  6. I do encourage young women and not married to go for this vaccination.

    ReplyDelete
  7. Boleh tahan mahal jugak harganya. Yang bujang dan layak tu elok lah amik.

    ReplyDelete
  8. Info bagus ni untuk kaum hawa..
    Pteventive is better than cure

    ReplyDelete
  9. Thanks for spreading this awareness. It is so important for women to take this HPV vaccination.

    ReplyDelete
  10. Alaaa..terlebih umur jugak..hehehe

    ReplyDelete
  11. Suntikan nie mmg penting utk kaum wanita semua

    ReplyDelete
  12. wah bagusnya perkongsian ni! good job!

    ReplyDelete
  13. Ooo..dah terlebih umur..so kena eat clean je la kot..haha

    ReplyDelete
  14. Thanks sharing info. Selama ni xamk tau pun. hehrhe

    ReplyDelete
  15. Kalau umur nak masuk 40 pun kena la ni kan?

    ReplyDelete
  16. Kenape eh hanya untuk orang-orang yang lahir 90-96 je?

    ReplyDelete
  17. Never had this vaccination before. A good program to provide free for certain ladies.

    ReplyDelete
  18. menarik ni! sebab dulu masa kat poli memang ada suntikan vaksin percuma ni. 3 Dos. Memula fikir nak buat sekali masa dos kedua takde dekat poli tengah praktikal. Rasa macam susah, terus tak buat. Rupanya senang je, pergi memana klinik then tunjuk kad tu pun dah dapat free juga utk dos ke-2. Nak kena buat juga ni sbb free kalau bayar mahal, menangissssss. haha

    ReplyDelete
  19. Pernah dengar tentang vaksinasi ini tapi belum ada masa lagi untuk buat appointment. huhu

    ReplyDelete
  20. Bagus vaksin ni tapi dah kahwin, tak boleh dah haha baru ingat nak ambil

    ReplyDelete
  21. kenapa orang dah berkahwin xboleh ambil yang ni ya? ke memang dah xperlu dah.

    ReplyDelete
  22. oh seems new to me. must go test it

    ReplyDelete
  23. I think I need to get my daughters to go get theirs too

    ReplyDelete
  24. If good to prevent first before been dignose servik kanser.since offer free, I will go for the injection

    ReplyDelete
  25. Better ambil opportunity ni kan. Elok utk pencegahan. Jangan lepaskan peluang. Untuk budak sekolah dan wanita bujang. Tp ada juga segelintir ibu bapa tak benarkan. Macam-macam hal

    ReplyDelete
  26. Thanks for sharing this info!! I thought the free injection already ended!

    ReplyDelete
  27. Want to do but why nowhere near my place! And also thought it ended already.

    ReplyDelete