Saturday, June 10, 2017

RAMADHAN BUFFET DI G HOTEL GURNEY PENANG


Assalamualaikum semua! Nak buka puasa dimana ye hari ini? Jom kita ber buffet lagi. Alhamdulillah Ika berkesempatan berbuka puasa di 'Ramadhan Buffet Delight' di G Hotel Gurney Penang. Buffet Ramadhan ini bermula dari 27 May 2017 sehingga 24 June 2017 di Taste Cafe, G Hotel Gurney dan juga Spoon Cafe cawangan G Hotel Jalan Kelawai. Apa beza buffet di G hotel dengan hotel yang lain? G hotel menawarkan menu premium di mana korang akan terliur melihat semua makanan yang terhidang dari appetizer sehingga dessert semua Ika jamin sedap dan bukan hanya sekadar “asal ada sudah”.



G hotel terkenal dengan masakan International  namun pada bulan Ramadhan ini G hotel menyelitkan hidangan bercirikan Masakan Melayu - International . Keunikan buffet di G hotel bersempena dengan Ramadhan adalah setiap hari pihak cafe menyediakan kambing golek. Manakala untuk hujung minggu ditambah menu Mini lobster , daging Itik , dipanggang menggunakan Lava Stone. Lava Stone di import khas dari Indonesia di ambil dari Gunung Berapi yang mampu memberikan rasa yang rich untuk setiap hidangan yang dipanggang di atasnya selain itu mengekalkan rasa manis asli Lobster dan Daging Itik. Nampak bukan bertapa premium menu yang ditawarkan oleh G hotel!



Meh Kita masuk kedalam restaurant Taste Café, Hidangan utama adalah Udang Tiga Rasa, Ayam Curry Kerisik , Daging Kerutup , Stir-Fried Potatoes with Cockles Curry Leave , Sotong Goreng Berempah , Ikan Asam Pedas dan Lamb Stew di makan bersama Nasi Biryani Udang membuatkan Ika rasa makan di hotel 5 star! Tahu tak korang rempah ratus di sediakan oleh Chef sendiri. Bukan perencah segera tau! Sebab Itu rasanya lain sangat!



Ini Roaster beef dari Australia dengan Sos black pepper oiii macam nak angkut beef ni balik rumah!



Seterusnya masakan berasakan international smoke salmon , ala-ala sushi gitu.



Masakan Kampung pun ada tu! Ulam-ulaman , petai dicicah dengan sambal Belacan,  Air Asam,  Acar Limau,  Cincaluk,  Budu , (tak boleh tinggal budu tau, Ika makan budu ye) . Yang mana suka rojak pun ada Rojak section dengan buah buahan. Salad international pun ada kalau korang tak makan ulam-ulaman.



Sekarang kita move to Dessert section! Favourite Ika ni. Bahagian dessert sangat banyak,meh Ika perkenalkan dessert kesukaan Ika. Tart buah buahan fresh! Yang Ika suka dan repeat beberapa pinggan adalah Tart Manga! Sedap buah manga tu memang fresh manis dia oiiii.



Dates Pudding dari buah kurma yang akhirnya buat Ika rasa bukan makan kurma ,Macam makan Caramel oi! Pandai Chef ni buat.Ika memang suka Dessert yang berasaskan manga! Yang ni Manga pudding Mango Panna Cotta ! Memang Ika ngap ngap la… tak lepas dessert semua ni.Ika memang hantu Manga.



Nampak tak, tak sampai 15 minit, Durian Mousse tinggal separuh, tahu tak korang Durian Mousse ni signature di Taste Café, Customer yang menginap di G hotel sanggup datang lagi semata-mata untuk Durian Mousse ni. Peminat durian, kalau tak cuba Durian Mousse meh cuba sure rasa. Pasti jatuh cinta. Durian Mousse tu buat korang nak ambik sebiji makan kat korang je.Ni pun jenuh berebut untuk makan Tau!



Butter Pudding with Vanilla Sauce , fresh fruit , marshmallow di salut dengan Chocolate Ika hanya mampu tengok sebab perut Ika dah kenyang dengan Mango Panna Cotta.









Korang nak tengok macam mana Chef Kita buat roti Jala. Macam ni ha dia duk pusing pusing menggunakan teknik bunga raya buat Roti Jala. Nampak tak Chef punya focus tak mau tengok camera Ika. Comel kan? Roti Jala by request, Baru sedap makan panas-panas dengan kari (Orang Penang panggil Gulai)



















Beza teh Tarik mamak dengan teh Tarik G hotel, Chef Tarik sambil tersengeh (senyum). Ika memang jarang minum air panas jika berbuka. Ika prefer air sejuk, tapi Ika cuba teh Tarik 5-6 gelas taw . Maybe sebab teknik chef duk tarikkkkk tu yang sedap, nak pula dia buat depan-depan Ika!


Antara makanan yang Ika sempat tangkap gambar hahah. Banyak lagi kalau Ikutkan tak tertangkap sebab duk ngap ngap masuk mulut tak sempat take picture. Sorry guys!



Picture bersama kawan-kawan blogger yang sedang kekenyangan heheh. Semua Jumpa lagi ye muah CIkit! 



Duk kenyang tapi mulut duk ngap ngap Mango Panna Cotta lagi T_T berhantunya Mango Panna Cotta. 


The Spoon,  G Hotel Kelawai

RAMADHAN BUFFET DINNER
27 Mei hingga 24 Jun 2017
6.30 pm - 10.30 pm

Harga
Ahad - Khamis
Dewasa RM75
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM60
Warga Emas (60 ke atas) RM60

Jumaat - Sabtu
Dewasa RM99
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM78
Warga Emas (60 ke atas) RM78


Untuk Maklumat lanjut sila layari:
Laman web: https://www.ghotel.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ghotelgurney.penang/

Untuk Tempahan Sila hubungi:
Tel :04-2380000.
Email:  g4u@ghotel.com.my








13 comments:

  1. Semua makanan kat situ menyelerakann.. bestnya kalau dapat berbuka kat sini

    ReplyDelete
  2. Wow... Mcm best je... Harga pun okay....

    ReplyDelete
  3. Wow best juga makan kat hotel ini, next month i will go back to Penang again.

    ReplyDelete
  4. Wow, the presentation for the buffet is good and the food look tempting.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya mango panna cota tu!
    Saya plak suka minum air panas/ suam ketika berbuka - agaknya faktor usia kot. haha

    ReplyDelete
  6. Saya suka masakan makanan melayu ! melihat kepada gambar-gambar diatas sudah cukup membuat saya lapar ditengahari ini. yummyyyy !

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat berbuka puasa kat sini. Kita yang tengah dalam pantang ni terliur je tengok. Haha

    ReplyDelete
  8. wa so sedap! I wanna have buka puasa there too

    ReplyDelete
  9. Selamat berbuka puasa... Happy ramadhan... G Hotel nampak nice..

    ReplyDelete
  10. I have heard a lot of positive reviews about G Hotel. This Ramadan spread is exceptional as well.

    ReplyDelete
  11. wahh~~a lot food to eat ~~ You must be enjoy a lot~~

    ReplyDelete
  12. Thank you for sharing your buffet experience. Foods looks delicious!

    ReplyDelete