Saturday, October 22, 2016

BAYAR TUNGGAKAN PTPTN MENGGUNAKAN KWSP DALAM MASA 2 JAM SETENGAH

Assalammualaikum.. Hari ni Ika  nak share step by step nak bayar hutang PTPTN melalui KWSP II Akaun dalam masa 2 Jam Setengah. Cepatkan? Ini pengalaman sendiri Ika sendiri.  Jimat masa jimat cuti tahunan korang (untuk yang bekerja ).  Meh baca kalau korang nak tahu. Walaupun dah ramai blogger buat entry ni. Tetapi Ika tetap nak share hahah. Kerana cara kita berbeza walaupun tujuan utama nak bayar PTPTN.

STEP 1: PERGI PTPTN (AREA BAYAN BARU,PENANG)
-         Cari Surat Perjanjian Pendidikan korang. Alhamdulillah Ika masih simpan. (NASIB BAIK) . Kalau korang ada dua pinjaman atau tiga pinjaman,pilih salah satu yang mana korang nak bayar dulu. Untuk Ika, Ika pilih bayar pinjaman semasa Diploma dahulu.
-         DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN PENGESAHAN BAKIPINJAMAN (INDIVIDU).  Jangan download sahaja. Isi sebelum pergi.
-         Salinan IC
-         Salinan Diploma
-         Sijil asli Diploma
-         Pergi PTPTN yang berdekatan, untuk yang tinggal di bahagian Pulau Pinang, PTPTN cawangan ada di Bayan Baru. Ika pi pada 7/10/2016
-         Esok pagi-pagi Ika pergi Cawangan PTPTN dan memberitahu staff mereka Ika nak bayar PTPTN menggunakan KWSP Akaun Kedua. Di sebabkan Ika dah Isi borang PERMOHONAN PENGESAHAN BAKI PINJAMAN, Ika dah jimat  masa Ika kat situ.
-         Tetapi Staff PTPTN ni buat drama:
STAFF PTPTN : Cik datang semula hari Isnin ambil Salinan perjanjian diploma ye dan surat rasmi dari PTPTN

IKA: dalam hati (aku dah cuti hari ni, kau nak suruh aku datang minggu depan? Apa kes? Kau ingat aku suka-suka cuti banyak hari) nasib  itu hanya terluah dalam hati Ika hahahha. Pastu Ika cakap kat dia. NAH , SAYA BAWA PERJANJIAN ASAL , BOLEH LA KUT PROCEED PERMOHONAN SAYA NI HARI NI KENAPA SAYA NAK KENA TUNGGU MINGGU HADAPAN?

STAFF PTPTN : OK, kejap saya buat.

IKA: dalam hati ( jimat cuti aku).Nasib Ika datang pagi. Tak ramai orang, dalam 30 minit. Siap semuanya di PTPTN. Staff PTPTN akan sediakan dokumen2 yang perlu dibawa ke kwsp.

STEP 2 : TERUS PERGI KE KWSP ( AREA QUEENSBAY, PENANG )
-         DOWNLOAD BORANG BORANG PERMOHONAN KWSP 9H (AHL) Jangan download sahaja. Isi sebelum pergi.
-         Pastikan bawa dokumen daripada PTPTN
-         Salinan IC
-         Salinan Diploma  ( wajib bawa, jangan mengada, tak danya KWSP nak photostat Sijil  Diploma kat korang, waktu Ika pi, staff KWSP kata, mesin photostat mereka rosak, so padan muka , sapa yang tak bawa Salinan kena gi cari kedai photostat terdekat.  Nasib Ika bawa, bukan apa, nak bagi settle semua cepat malas nak ulang alik banyak kali sebab benda yang remeh-temeh ni )
-         Sijil asli Diploma.Untuk pengesahan korang dapat Diploma.
-         Nasib Ika dah Isi borang, staff tu kata bila dah isi baru ambik Number. Kan membazir masa je kat situ dah la ramai orang. Sambil-sambil tunggu giliran ada la dalam 23 orang lagi , Ika print penyata KWSP di kiosk mereka. Nampak la berapa Amount Akaun I & II tu.
-         Korang boleh la fikir nak guna semua Akaun II atau sebahagian atau berapa pun korang nak.Hanya Akaun II sahaja dibenarkan untuk pengeluaran.
-         Tunggu punya tunggu, selepas  45 minit baru giliran Ika, fuhhh . Alhamdulillah lega rasanya heheh.
-         Siap staff KWSP tu offer lagi, “alang-alang dah datang tu dik tukar la  KWSP KE SIMPANAN Shariah. Quota Masih ada kosong lagi ni. Kalau nak kak nak buat kan dalam system". Waahh Kira Kill two birds with one stone la ni .

So dalam masa 2 jam Setengah Macam tu Ika dapat settle kan semua. Ikut la step kat atas ni kalau korang tak nak datang PTPTN dan KWSP beberapa kali. Jimat masa, Jimat tenaga, Jimat Petrol heeeeeeeeeee


Nah ni buktinya, lega la sedikit,walaupun Ika tak bayar lumpsum semua hutang,sekurang-kurangnya Nampak la kurang hutang tu sikit. Next year nak buat lagi hehe. Nak bayar bulan-bulan tak beberapa nak Consistent huhuh.Post ini tak paksaan untuk korang gunakan  AKAUN II KWSP kurangkan hutang . Nak simpan untuk deposit rumah pun tak ada masalah. Untuk pengetahuan, kalau korang ada hutang PTPTN, jangan kata nak beli rumah, nak beli kereta skrang pun tak lepas sebab payment korang ke PTPTN tak cantik. Selamat Malam opps 2 jam Setengah tu masa keseluruhan Ika uruskan dari mula sehingga akhir hal pengeluaran  include masa dari PTPTN Bayan Baru ke KWSP Queensbay dan juga masa menunggu. 

p/s: SILA LE BAGI SAYA JOB BLOGGING BERBAYAR YE . SAYA NAK BAYAR PTPTN HEE

3 comments:

  1. Fuh jenuh nak satelkan asyik kena cuti je kan.. Yanie buat potongan gaji tapi terpikir cam ne dengan diskaun yang diorang bagi untuk potongan gaji tu. tolak cam ne..ermm..

    ReplyDelete
  2. Bagus bagi tips ni ika...dlu julia byr lumpsump tau ptptn...tak tau msa tu kwsp leh deduct...huhhh alhamdulilah settle sejak tahun 2011 lega

    ReplyDelete
  3. Fuhh seb bek x de hutang ptptn. Kalau tak tangan atas dahi la spjg masa.. hehe..

    Lea singgah sini n follow.. :)

    ReplyDelete