SUSAH BETUL DAPAT PANGGILAN INTERVIEW DARI LAMAN JOBSTREET.COM

9:59 PM


Assalamualaikum semua.  Jalan cerita setiap insan  mahupun rezeki  setiap manusia di bumi tak sama.  Ada yang cepat ada yang lambat. Mungkin pernah terlintas di hati kita hidup kita macam ni kenapa tak macam tu. Ada di antara kita senang dapat kerja, sekali interview terus dapat ada yang susah berpuluh interview pun belum dapat lagi kerja. Hampir 100+ Job Ika apply di Jobstreet  dan semua laman mencari kerja. Semua status “RECEIVED” by employer jeeee.  Resume viewed 2 time(s) by employer  hampeh ada dalam 7 employer  ja.. 
Dia orang ni Iklankan jawatan kosong jeke?? Tak nak ke tengok resume orang ke -_-. Ika apply semua untuk entry level / junior position/fresh grad/ 1-2 years pengalaman bekerja. Bukan nya apply yang tak sesuai dengan pengalaman yang kita ada.   Geram pun adaaa.  Pastu kan Ika macam fed up dengan Jobstreet ni.. Macam hampeh ja. Kawan ika suruh tengok di Mudah.com untuk kerja kosong. 
Krik krik krik mudah.com?? errrggg Ika cakap ……. Boleh percaya ke mudah.com ni?ermmm … yela yela Aku try.. Bila ika start tengok jawatan kosong lepas tu cuba la apply melalui email.

Yang best tu apply hari ni. Esok dah call suruh datang interview…. Terperanjat Ika… Berbulan Ika apply di Jobstreet….. Satu panggilan pun tak de huhu. Alhamdulillah 5 interview Ika dapat semua dari Iklan yang Ika tengok dari Mudah.com!  Jawapan panggilan untuk interview pun cepat sangat. Maybe sebab tak ramai candidate yang apply melalui Mudah.com.   Dari pada 5 interview. Ika dapat 2 panggilan kerja. Alhamdulillah Ika pilih yang terbaik antara dua tu!  

Satu lagi mungkin rezeki kut. Ika interview pagi oleh Admin syarikat tu .  Ika Lepas interview tu dia  suruh masuk kerja terus pada hari yang sama.. Serious terperanjat tau!!! Dah la lama tunggu untuk dapat kerja.  Alhamdulillah sangat. Tapi Ika tak bersedia untuk hari tu. Besoknya Ika masuk kerja. Alhamdulillah dapat company yang best.  Dekat ngan rumah plak tu. Jawatan pun ok. Salary pun ok. Bos dan Staff  pun terbaik membantu satu sama lain. Alhamdullilah. Berkat doa mak la ni. Yang mana duk tunggu panggilan dari Jobstreet  atau dah boring menganggur try la usha-usha di Mudah.com. Satu lagi pendapat Ika. Majikan yang iklankan kerja di mudah.com memang nak pakai pekerja secepatnya . Sebab tu panggilan  interview pun  1 atau 2 hari lepas hantar email.So korang jangan pandang rendah pada company yang iklankan jawatan kosong di mudah.com taw.  Semoga Berjaya ye korang!
  Next post Ika update cara yang cepat untuk korang di panggil interview oleh majikan.


You Might Also Like

3 comments

  1. memang gitu tapi coba terus ya ka nanti ada yang manggil walo lama dan.bisa dihitung jari
    semangaaat
    http://hatidanpikiranjernih.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Congrats for you dear. I used to look for jobs on jobstreet too. Will share with my friends looking for jobs to check mudah.my

    ReplyDelete