Thursday, June 18, 2015

[TRAVEL] BOOKING HOTEL MENGGUNAKAN DEBIT KAD DI AGODA

update: 23/3/2017 Agoda menerima debit transaksi debit card.

 update: 16/11/2016  Laman web terbaru yang menerima Debit Card adalah EXPEDIA. SILA BACA POST TERBARU IKA DI SINI


Assalamualaikum .  Di harap semua baik-baik belaka. Dan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.  Pada korang yang ingin melancong pada hujung tahun ini ataupun yang sudah beli tiket dari tahun lepas untuk melancong pada masa terdekat ni.  Korang dah book bilik penginapan ke belum???  Eh korang jangan beli tiket flight je time murah tapi bilik hotel korang tak book??  Tak pasal-pasal korang kena tido tepi kaki lima baru korang tahu hehee. Kalau dalam Malaysia tu boleh lagi la tapi kalau luar Negara sendiri mau ingat hehe. Jangan sesekali lupa book bilik hotel. Terutama korang yang nak pergi luar Negara.

Cara nak book bilik hotel. Korang boleh try https://www.agoda.com/ , http://www.booking.com/http://www.tripadvisor.com.my/  dan banyak lagi website korang boleh try,  harga hotel” A “di setiap website tu berbeza, jadi korang kena survey dulu before korang beli.  Dah survey,time nak beli pula ada masalah? Semua website di atas perlukan korang bayar menggunakan Kredit kad. Macam mana nak bayar kalau korang tak de kredit Kad betul tak? Jadi hari ini Ika nak tunjuk TUTORIAL BOOKING HOTEL MENGGUNAKAN DEBIT KAD DI AGODA

(KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT DENGAN LEBIH JELAS)

1)    Macam biasa  Sign up dulu,  lepas tu Sign In account korang.Yang paling penting, tukar currency korang ke MYR. Senang untuk korang tengok harga setiap hotel nanti.

2)    Destinasi korang nak pergi. Contoh Ho Chi Minh.

3)    Tarikh yang specific korang akan sampai di Ho Chi Minh.

4)    Berapa malam korang akan berada di sana. Contoh 4 hari.



Senarai hotel-hotel di sekitar Bandar Ho Chi Minh. Klik  je mana yang korang rasa nak survey dulu. Contoh Ika pilih Blessing 1 Hotel Saigon.



5)    Korang Nampak ranting Blessing 1 Hotel Saigon secara keseluruhan  7.3 /10 berdasarkan dari 505 review.  Review ni sangat penting untuk korang baca . Review ni yang akan mempengaruh sama ada korang nak menginap disini atau di tempat lain.  Ika baca review untuk Blessing 1 Hotel Saigon  agak bagus.  Bila korang puas hati korang check jenis-jenis bilik yang available.



6)  Untuk percutian pertama Ika, Ika pilih bilik Superior di Blessing 1 Hotel Saigon. Hanya  RM 98.45 Semalam.

7)    Disebabkan Ika pergi berdua dengan kawan baik Ika. Jadi 1 bilik je.

8)    Bila dah muktamad pilihan korang,korang klik BOOK.




9)    Bila nak buat pembayaran, klik je AGODA MEMBER LOGIN. Automatik maklumat korang di bawah ni akan di isi .

10)    Cek harga keseluruhan. Kalau korang rasa mahal selepas ditambah charge perkhidmatan , Korang klik pangkah je. Korang mula semula step 5.

11)    Kalau puas hati  Klik CONTINUE.




12)   Tiba masa nak membuat pembayaran, tapi korang tak de kredit kad. Debit kad pun boleh. Senang je. Keluarkan Kad bank korang.
Untuk “SELECT PAYMENT METHOD”  Kalau Maybank  Debit kad selalu “VISA”.  Kalau CIMB Debit Card “Master Card”. Ikut kad bank korang.
 RUJUK GAMBAR DI BAWAH TU. 

13)    CARD NUMBER. Merujuk kepada number kad debit korang. RUJUK GAMBAR DI BAWAH TU. 

14)    CARD HOLDER NAME. Merujuk kepada NAMA PENUH pemegang KAD DEBIT Tersebut.

15)    EXPIRED DATE.  Ada tertera di atas kat debit korang tu. RUJUK GAMBAR DI BAWAH TU. 

16)    CVC.  Dibahagian belakang kad debt korang ada 3 number . Masukkan number tersebut. RUJUK GAMBAR DI BAWAH TU. 


17)    COUNTRY OF ISSUING BANK .Of course Malaysia

18)  WHICH BANK GIVE YOU THIS CARD Kalau Maybank type je Maybank  nak taip nama penuh “MALAYAN BANKING BERHAD” pun boleh. Ika taip Maybank je.

19 )    Make sure korang taip maklumat yang betul. Dah double check klik PAY & BOOK.  Tunggu sampai transaksi Berjaya. Kalau korang was- was buka maybank2u. Check transaksi. Yup, Ika dah check semua ok. Tak de hidden charge langsung. 






20)Terbaik la . Kemudian buka Email korang.Agoda akan bagi korang BOOKING ID secara pdf. Print, waktu korang sampai di hotel tersebut tunjuk je kertas tu. Settle.Selamat bercuti 




25 comments:

  1. Klu sy xde maybank 2u blh book jgk ke guna debit kad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna debit kad kalau tiada maybank2U. MAybank2U untuk ouble check transaksi sama ada amount yang di tolak sama atau tidak dengan harga yang dipamerkan di website

      Delete
  2. very informative ika

    ReplyDelete
  3. Oo gitu..tq yer..tp selepas book tu x yh call hotel tu kan?? Nnt dh smpai hotel cuma bg kertas yg kita print tu jekan??

    ReplyDelete
  4. So , mmg bayar pakai duit malaysia lah ye? Reply please

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Myra, guna duit malaysia.pastikan semasa browse Agoda/Epedia, tukar Currency /Matawang. So senang nak tengok harga bilik hotel dalam Currency Malaysia

      Delete
  5. Kalau xde dapat emel maknanaya x berjaya lah? Kalau dapat msj dr cimb yg kita kena caj amaun harga bilik tp xdapat voucer tu kira berjaya ke x? Konfius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tidak dapat emal,sila checkprofil anda > tempahan saya > check ada tak bilik /hotel yang u beli disitu. kalau ada betul la ada. kalau tiada minta pertolongan CS Agoda jika duit anda ditolak tetapi tiada tempahan bilik di buat.

      Delete
  6. maaf nak tanya..if kite select pay later..payment akan auto deduct from kite punye account ke camne eyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, pay later,dia akan tulis date terakhir contoh pay later on 31 march 2017,
      sebarang cancellation sebelum 31 march 2017 adalah free, jadi pada 31 march 2017,baru duit anda akan di tolak dari account bank.

      Delete
    2. Bila dia auto deduct tu, kita akan dapat notification x?

      Delete
    3. ya, ika akan dapat notification melalui telephone

      Delete
  7. Biasanya perlukan deposit lagi ke time check in? Ke tunjuk vaucer tu je? Atau ikut pada hotel/bilik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu deposit. You dah bayar habis semasa di website. Ambil kunci sahaja. But depend Terma and syarat hotel tersebut. Rarely case dia minta deposit lagi. Print kertas dan tunjuk masa nak check in. Jika nak selamat jika tempah bilik di oversea u memang kena tunjuk kertas untuk bukti, sometime communication barrier, dia org tak paham apa yang u cuba sampaikan. Jika u just sebut tempahan atas nama MR xxxxx, BUT no bukti u dah bayar jika u tak tunjuk kertas tu, sometime system problem la bla bla bla.... at the end u end up bayar lagi sekali...rugiiii

      Delete
  8. mean kiter bayar gune debit card kt hotel tu boleh ke? ke cam mne

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bayar dahulu di Agoda, melalui website menggunakan debit card.
      BUkan bayar semasa di hotel.

      Delete
  9. kat atas debit tkde nama account holder camana nk isi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAMA PEMEGANG KAD TERSEBUT. Jika kad itu milik siapa? Letak NAMA PENUH.

      Delete
  10. hi. saya nak tanya, saya ada buat booking dekat agoda, and pilih untuk pay later on 4/4/17. then, on that day, saya ada received email dari agoda, dia cakap, payment declined, so say cuba isi balik number debit card saya, and successful. lepastu dapat msg dari bank cakap amount sekian sekian dah kena charge dekat acc bank saya. tapi, saya cek dekat transaction for online, tak ada pulak nampak apa-apa transaction untu bayar hotel. tapi dekat voucher dia ada tunjuk "your booking has been paid" kalau tengok baki pun, tak ingat last balance duit dalam account berapa. hehhe. jadi tak perasan duit dah kenak tolak ke belum hehehe. thank you ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Qistina, Apa kata you double check back account bank you today.

      Delete